Dari seorang pelakon kemudian aktif menyertai arena politik, kini Datin Anne Ngasri melangkah setapak lagi ke hadapan apabila dia memberanikan diri menceburi bidang perniagaan secara serius. Kalau sebelum ini dia sudah pun membuka rangkaian Kopi Saigon, kali ini Datin Anne melebarkan sayap perniagaan dalam bidang fesyen muslimah.
Tidak sekadar menjana pendapatan menerusi bisnes, isteri Datuk Mohd Sumali ini mahu menjadikan empayar perniagaan yang baharu dilancarkan sebagai medan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Datin Anne Ngasri Pemilik AN Bawal Exclusive Johor
Majlis perasmian butik AN Bawal Exclusive Johor berlangsung penuh meriah pada 9 Ogos lepas. Datin Anne Ngasri atau nama penuhnya Naszriah Ngasri tampil berseri-seri dalam busana hitam sedondon dengan hijab yang digayakan.
Difahamkan personaliti ini memilih untuk membuka AN Bawal Exclusive Johor yang merupakan negeri kelahiran keluarganya sendiri. Lebih istimewa, perasmian butik ini disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Akhirnya impian Datin Anne Ngasri untuk membuka butik tudung sendiri dimakbulkan Allah SWT. Menerusi perkongsian di media sosial, dia memanjat kesyukuran atas kurniaan rezeki dari-Nya.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya berdiri di sini bukan kerana kuatnya saya, tetapi kerana doa dan tangan-tangan yang mengangkat saya.
Ads
AN Bawal Exclusive Johor bukan sekadar pembukaan butik — ia adalah permulaan niat yang tulus untuk membina sesuatu yang memberi nilai, bukan hanya kepada wanita, tetapi kepada ummah.
Apa yang kami usahakan ini adalah satu bentuk dakwah kecil melalui perniagaan — menyampaikan mesej kelembutan, ketekunan dan keindahan Islam melalui rekaan yang sopan dan eksklusif.
Saya percaya, perniagaan yang diberkati bukan hanya mengisi poket, tetapi mengisi hati, jiwa dan kehidupan insan lain. Dan jika ini jalanku menuju syurgaMu, Ya Allah, maka kuatkanlah aku bersama semua yang terlibat dalam perjuangan ini.”
Turut hadir menjayakan pembukaan rasmi AN Bawal Exclusive Johor ialah keluarga tersayang termasuk suami tercinta, ibu Datin Anne, Bell Ngasri, Darling Ngasri dan sahabat handai.
Keluarga Datin Anne Ngasri
Datin Anne yang sebelum ini dikenali sebagai pelakon bergiat aktif dalam politik dan menjadi Exco Wanita UMNO Malaysia bagi 2023-2026.
Ads
Penglibatannya dalam bidang politik kian aktif selepas berkahwin dengan suami tercinta pada 2012.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Suri Harraz dan Nefa Naura.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Datin Anne turut mempunyai tiga anak iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza.
Sementara suami pula memiliki seorang anak iaitu Suffian Akim dalam perkahwinan pertama.
Sedar tak sedar dah genap setahun rupanya usia perkahwinan kedua Vanidah Imran dengan jurutera, Arifabillah Idris.
Kredit Foto: Instagram Vanidah Imran.
Tarikh 7 Julai 2022 menjadi detik terindah buat pelakon jelita berusia 50 tahun ini apabila kembali bergelar isteri.
Kredit Foto: Instagram Vanidah Imran.
Jelas terpancar sinar bahagia pada wajah Vanidah sejak mendirikan rumahtangga.
Kredit Foto: Instagram Vanidah Imran.Kredit Foto: Instagram Vanidah Imran.
Bersempena dengan anniversary mereka yang pertama, baru-baru ini Vanidah telah berkongsi satu hantaran di Instagram peribadinya.
Hantaran tersebut memaparkan video pendek yang memaparkan kompilasi foto-fotonya bersama suami tersayang. Nampak bahagia dan romantik sangat kedua-duanya!
Kredit Foto: Instagram Vanidah Imran.
Berikut titipan bermakna Vanidah buat suami tercinta: –
“7.7.23 They say the first year is the hardest, but a year has flown by, and I didn’t even realize it.
“Thank you for completing half my deen. Alhamdullilah. May Allah swt bless us not only in this world but also in Jannah. Happy Anniversary my IMAM.”
Kredit Foto: Instagram Vanidah Imran.
Rata-rata para peminat dan pengikutnya termasuk rakan-rakan artis di menitipkan ucapan tahniah dan doa. Antaranya ialah Sharifah Amani, Jasmine Suraya, Dr Soo Wincci, Ziela Jalil dan Liza Abdullah.
Vanidah kini bergelar pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di samping aktif berlakon.
Kredit Foto: Instagram Vanidah Imran.
Vanidah yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) Universiti Malaya (UM) pada Mac 2022.
Kredit Foto: Instagram Vanidah Imran.Kredit Foto: Instagram Vanidah Imran.
Untuk info, Vanidah dan Arifabillah bernikah pada 7 Julai 2022 dan menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas.
Terserlah seri pengantin Vanidah ketika itu yang menyarungkan persalinan pernikahan rekaan fashion designer tersohor Rizman Ruzaini.
Kredit Foto: Instagram Vanidah Imran.Kredit Foto: Instagram Vanidah Imran.
Terdahulu, Vanidah pernah berkahwin dengan aktor Rashidi Ishak namun bercerai pada 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan ambl mudah soal stail rambut tau. Ada wanita yang kadang-kadang bergaya tak kena tempat. Takkan ke pejabat dengan rambut berkepuk dan semburan kilau, boleh dapat memo dari Jabatan Sumber Manusia pula nanti!
Cuba baca info ini supaya anda tidak terlalu over atau terlalu less in style!
KE PEJABAT
Sebelum melangkah ke pejabat, pastikan penampilan anda is at your very best! Mood bekerja kadang-kadang boleh dipengaruhi dengan penampilan anda hari itu.
Pilih sepasang power suit, kasut bertumit tinggi, jam tangan klasik serta aksesori minima, sekurang-kurangnya sebentuk cincin. Gaya rambut? Pilihlah yang mudah digayakan seawal pagi, kemas dan ringkas.
Boleh juga untuk pilih gaya bun. Dengan blaus polos, bercetak mahupun berjalur, gaya bun tetap anggun untuk anda. Sesuai untuk anda yang kejar masa nak ke pejabat!
MAJLIS
Dengan dres yang dipilih, sesuaikan pula dengan stail rambut. Untuk dres renda, apakata gayakan messy hair? Senang dan cepat. Malah ia sesuai dengan busana yang anda pakai.
Jika anda memilih dres labuh dengan leher tinggi, atau halter neck, ikat rambut gaya ponytail supaya dapat menonjolkan rekaan baju di bahagian leher.
BERSENAM ATAU BERSUKAN
Janji praktikal dan selesa untuk anda menjalankan aktiviti senaman, itulah pilihan terbaik untuk anda! Tapi perlu ingat, walaupun hanya untuk bersukan, daya dan kecantikan perlu dititikberatkan ok!
SMART CASUAL
Ini adalah pilihan penampilan yang sering digayakan. Smart untuk anda bersantai bersama keluarga dan teman, dan kasual untuk tampil lebih selesa. Tetapi, apa pula gaya yang sesuai untuk disesuaikan dengan skinny jeans, top sendat dan kasut tumit tinggi anda?
Pilih sesuatu yang tidak terlalu formal dan tidak terlalu ringkas, dan bukan gaya sama yang anda tonjolkan ketika ke gymnasium atau ke pejabat. Ponytail tinggi yang sleek dan berombak di hujung sangat sesuai untuk smart casual.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Awet muda wajah Sussanne Khan! Sejak bergelar isteri pelakon lelaki terkenal Bollywood iaitu Hrithik Roshan ramai yang terpikat dengan kejelitaan wanita ini. Dia bukan hanya berpendidikan tinggi dan memiliki aura tersendiri bahkan ramai yang ‘jatuh hati’ dengan rupa paras Sussanne.
Walau berkahwin dengan aktor popular, ibu dua anak ini juga bukan calang-calang kerana keluarganya mempunyai pengaruh di India.
Melihat susuk tubuh dan raut wajah Sussanne pasti ramai yang tidak menyangka wanita ini bakal mencecah usia 50 tahun. Gemar mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam, tak
hairanlah Sussanne yang bakal menginjak usia 48 tahun pada 26 Oktober ini tampil seperti gadis 20an!
Kredit Instagram @suzkrKredit Instagram @suzkrKredit Instagram @suzkrKredit Instagram @suzkr
Dilahirkan di Mumbai, dia merupakan anak ketiga kepada pasangan Sanjay Khan dan Zarine Katrak.
Keluarga Sussanne dikenali sebagai individu berpengaruh dalam bidang hiasan dalaman dan penggiat seni kerana bapanya ialah pelakon terkenal era 1980an. Manakala ibu Sussanne pula usahawan hiasan dalaman yang juga pernah bergelar pelakon.
Pada tahun 1995, Sussanne menyambung pengajian peringkat Art Associated Degree dengan pengkhususan bidang hiasan dalaman dari Brooks College USA. Dia juga mengikut jejak langkah ibunya yang menceburi bidang tersebut dan kini kian sukses dalam karier berkenaan.
Kredit Instagram @suzkrKredit Instagram @suzkrKredit Instagram @suzkr
20 Disember 2002 menjadi detik bahagia bagi Sussanne apabila dia sah bergelar isteri kepada Hrithik Roshan. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua anak iaitu Hridaan Roshan dan Hrehaan Roshan.
Karier awal Sussanne selaku pereka hiasan dalaman kediaman bermula pada tahun 2011 sewaktu dia menyertai Charcoal Project bersama pengusaha hiasan dalaman dan penerbit filem terkenal, Gauri Khan. Gauri Khan juga isteri kepada bintang popular Bollywood iaitu Shah Rukh Khan.
Charcoal Project ialah projek terkenal dalam kalangan pereka hiasan dalaman kerana ia menghimpunkan butik fesyen hiasan dalaman pertama yang ada di India.
Kredit Instagram @suzkrKredit Instagram @suzkrKredit Instagram @suzkrKredit Instagram @suzkr
Dalam kesibukan mengurus perniagaan dan keluarga tersayang, Sussanne berjaya membuka cawangan kampus berdaftar Pearl Academy di Mumbai pada tahun 2014 di samping membantu pelajar mendapatkan pembiayaan biasiswa pengajian.
Ketika dia mendaki puncak kerjaya, Sussanne diduga dengan ujian rumah tangga pada November 2014. Dia dikhabarkan berpisah dengan Hrithik namun kedua-duanya masih menjadi sahabat baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa demi anak-anak.
Meskipun bergelar ibu tunggal, Sussanne cukup berdikari menyara anak-anak dan sepanjang bergelar usahawan dia berjaya meraih pelbagai pengiktirafan antaranya AD100 list dan Inspiring Entrepreneurs of India 2021.
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.