Siapa sangka, seorang atlet wanita yang aktif bersukan dan berjiwa lasak ini mampu menawan hati putera diraja Denmark. Princess Mary atau nama sebenarnya Mary Elizabeth Donaldson bukan sebarangan wanita. Selain meminati sukan lasak, puteri diraja Denmark ini juga dikurniakan rupa paras yang cantik, berpendidikan tinggi dan mempunyai cita rasa yang hebat dalam dunia fesyen. Pendek kata, memang pakej lengkap lah jadi puteri diraja!
Pesona Princess Mary tidak hanya terletak pada wajah cantik semata-mata. Bahkan ibu berusia 47 tahun ini disenangi kerana sikap penyayang beliau terhadap rakyat. Patutlah 75 peratus masyarakat di Denmark bersetuju dan percaya Princess Mary mampu menjadi permaisuri yang baik suatu hari nanti berdasarkan undian yang dibuat media tempatan di sana.
Bercerita tentang kehidupannya yang berubah seperti kisah dongeng Cinderella, Princess Mary menjelaskan, “Saya masih teringat lagi memori manis sewaktu menyaksikan perkahwinan Lady Diana di TV pada tahun 1981. Bagaimana pun saya tak pernah sangka akan menjadi puteri diraja sama sepertinya. Yang saya impikan ialah untuk menjadi seorang veterinar.”
Ads
Princess Mary dilahirkan pada 5 Februari 1972 di Tasmania, Australia. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya, John Donaldson ialah profesor Matematik berketurunan Scotland sementara ibunya pula, Henrietta Clark Donaldson berkhidmat sebagai setiausaha di sebuah universiti. Kedua-dua ibu bapa Princess Mary berhijrah dari Edinburgh ke Australia pada awal tahun 60an dan mendapat kerakyatan Australia pada tahun 1975.
Disebabkan aksi lincah dan bakatnya dalam sukan, Princess Mary pernah dilantik sebagai kapten pasukan hoki dan renang di samping menyertai pelbagai lagi aktiviti lain ketika menuntut di Taroona High School. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Hobart Matriculation College dan di sana, Princess Mary masih terlibat aktif dalam sukan terutamanya bola keranjang.
Bijak membahagikan masa di antara sukan dan akademik, jelitawan ini seterusnya berjaya memiliki segulung ijazah perdagangan dan undang-undang pada tahun 1994 dari University of Tasmania. Usai menamatkan pengajian, Princess Mary berpindah ke Melbourne untuk menceburi kerjaya profesional dan terpilih bertugas di sebuah agensi pengiklanan antarabangsa.
Ads
Dari situlah Princess Mary belajar tentang perhubungan awam dan mengasah kemahiran komunikasi setiap kali bertemu klien. Jawatan terakhirnya sebelum bergelar puteri diraja adalah sebagai perunding projek bagi Microsoft Business Solutions di Denmark. Fasa hidup Princess Mary berubah sepenuhnya sejak mengenali Prince Frederik di sebuah hotel di Sydney pada Oktober 2000. Pada awal pertemuan itu, jejaka tampan tersebut hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Fred’.
Meskipun datang dengan teman masing-masing, namun kerana chemistry yang ada di antara kedua-duanya… Princess Mary dan Prince Frederik dilihat cukup selesa dan rancak berbual bersama-sama. “Pertama kali berjumpa kami sempat bersalaman. Saya tak tahu sama sekali yang beliau adalah putera diraja Denmark. Hanya selepas 30 minit berkenalan, seseorang datang kepada saya dan bertanya sama ada saya kenal siapa sebenarnya jejaka tersebut.”
Ads
Tanggal 14 Mei 2004, Mary Elizabeth Donaldson akhirnya bergelar puteri diraja Denmark secara rasmi selepas melangsungkan perkahwinan bersama Prince Frederik dalam upacara penuh gilang-gemilang. Menariknya, veil yang dipakai Princess Mary pernah digayakan oleh Crown Princess Margret of Sweden pada tahun 1905 hasil rekaan pereka Denmark, Uffe Frank. Kini, Princess Mary dan Prince Frederik dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada sepasang kembar.
Sumber: Hello! Magazine
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, macam kerengga! Kelu dibuatnya bila dapat tahu pelakon cantik, Fatin Afeefa miliki ukuran pinggang sekecil 24 inci. Dah macam ukuran pinggang anak dara sedangkan dia sebenarnya dah bergelar seorang ibu.
Afeefa yang mula dikenali ketika membintangi filem kanak-kanak popular, Tentang Bulan ini berusia 25 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak. Anak sulung lelakinya iaitu Adam Aisy Arrian kini berusia 9 tahun. Manakala anak perempuan Ivy Herra Sophia berumur 4 tahun.
Kalau tengok susuk tubuh langsing Afeefa ni, mesti tak percaya statusnya yang sudah beranak dua.
Mungkin ramai berpendapat usia Afeefa yang masih muda membuatkan ibu ini mudah memiliki bentuk tubuh menawan dan cantik. Hakikatnya, tanpa usaha dan gaya hidup sihat pasti yang muda pun terdedah kepada obesiti dan masalah berat badan.
Terbuka berkongsi amalan yang dipraktikkan untuk mendapat ukuran pinggang ideal, ini jawapan Afeefa yang ditulis di laman Instagram miliknya.
“I finally hit 24 inch waist. Baby pooch is still there but I am working on it. Fa punya routine everyday is lots of oblique and abs workout. Planking too! And of course pakai Sexy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur.”
Jadi lepas ni, sesiapa yang berniat untuk kembali ramping lepas bersalin… bolehlah tiru petua cantik Afeefa. Yang penting, kena rajin bersenam dan jaga pemakanan. Barulah minda dan fizikal tenang!
Kredit: Instagram Fatin Afeefa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, dinding yang ada dirumah selain memberi perlindungan kepada diri dan keluarga kita, sebenarnya mempunyai fungsi lain yang mampu menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan jika digunakan dengan sebaiknya!
Dengan sesuatu yang semudah dinding (atau pokok) anda boleh bekerja seluruh badan dari kepala hingga kaki sambil membina kekuatan dan meledakkan kalori. Senaman dinding 3 langkah ini akan membuatkan anda sangat cergas, hanya perlu 20 minit!
Sokongan tambahan dan kestabilan tambahan yang disediakan oleh dinding boleh menghasilkan peralatan senaman percuma yang hebat untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan, sambil menambah sedikit cabaran dengan memerlukan lebih banyak keseimbangan dan kekuatan.
Jadi, jika anda ingin mencabar diri anda semasa mencuba sesuatu yang baharu, senaman dinding ini sesuai untuk anda! Lakukan 3 set sebanyak 15 ulangan untuk setiap latihan. Rehat selama 1 minit selepas 3 set, kemudian teruskan ke latihan seterusnya!
Gerakan 1: Tekan Tubi Lengan Tunggal
3 set 15 ulangan
Berdiri di hadapan dinding, rentangkan tangan anda untuk mengukur jarak yang betul. Ikat teras anda dan letakkan sebelah tangan ke dinding.
Dengan mengekalkan teras yang ketat, perlahan-lahan turunkan dada ke arah dinding.
Sebaik sahaja lengan kerja anda membentuk sudut 90 darjah. Kecutkan otot dada dan tolak diri anda kembali ke posisi permulaan.
Ulang menggunakan lengan yang bertentangan.
Gerakan 2: Duduk Dinding ‘Squat’
3 set 15 ulangan
Mulakan dengan membelakangi dinding dengan kaki dibuka seluas bahu.
Libatkan otot perut dan perlahan-lahan luncurkan punggung anda ke bawah dinding sehingga paha selari dengan tanah.
Laraskan kaki supaya lutut anda berada tepat di atas buku lali dan bukannya di atas jari kaki.
Pastikan belakang anda rata ke dinding dan rapatkan kaki perlahan-lahan supaya lutut anda bertemu.
Perlahan-lahan buka lutut beberapa inci lebih lebar daripada titik permulaan asal.
TIP: Jika anda baru menggunakan wall sits, mula-mula cuba langkah ini tanpa kulit kerang. Tenggelam ke bahagian bawah squat dan tahan pose.
Gerakan 3: Dinding Glute
3 set 15 ulangan
Berbaring telentang dengan lutut dibengkokkan dan kaki di atas dinding seluas bahu.
Ketatkan glute anda dan angkat pinggul anda dari lantai sehingga paha dan badan anda berada dalam garis lurus.
Pegang kedudukan itu selama 2 saat, picit glute anda.
Turunkan perlahan ke posisi permulaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beza wanita dulu dan sekarang, muda-muda dah nampak matang dan tua dari umur sebenar. Kadang-kadang baru 17 tahun tapi macam 20-an. Mekap bukan main tebal, dan kalau tanggalkan pun kulit tetap kusam macam orang berusia.
Inilah wanita moden, telefon pintar sentiasa dalam genggaman. Sehari semalam kita online, buat panggilan video, bermesyuarat, berforum di Zoom, bersosial di Facebook, Twitter dan Instagram, tonton Netflix, bermain games dan macam-macam lagi… Akibatnya ‘wajah’ kita terancam tanpa disedari.
Ramai fikir pengguna telefon pintar cuma alami masalah mata. Tidak sebenarnya. Kita juga berdepan masalah kecantikan dan penuaan pramatang. Muka tak berseri sebab pancaran cahaya biru atau H.E.V (High Energy Visible).
Pancaran H.E.V merupakan sejenis cahaya biru yang terhasil daripada skrin peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer, tablet dan televisyen. Ia adalah penyumbang utama masalah kulit pramatang (kedutan) serta kerosakan seperti melasma dan hiperpigmentasi.
Kajian ini menjawab dakwaan kenapa wanita sekarang tidak secantik wanita dulu walaupun seusia. Aktiviti online sebenarnya mendatangkan banyak keburukan jika tidak dilindungi dari awal.
CARA-CARA LINDUNGI KULIT
Elakkan skrin yang terang. Buat tetapan paling gelap (dimmest).
Kurangnya sentuhan pada skrin, sebaiknya handsfree agar bakteria di atas skrin tidak berpindah ke kulit.
Kurangkan waktu online.
Gunakan produk kosmetik anti-blue light.
BEDAK ASAS TERBAIK
Nona tertarik dengan produk terbaru Milani Cosmetics, satu jenama dari Los Angeles yang memperkenalkan teknologi Digital Bluelight Filter untuk menentang kesan kerosakan digital seperti kusam, perubahan warna dan hiperpigmentasi.
Bedak asas Milani Screen Queen ini didatangkan dalam 10 warna vegan dari rona cerah hingga gelap. Litupan bedak boleh disesuaikan dari light-to-medium coverage sambil menyamarkan ketidaksekataan kulit. Selepas berbedak, hasilnya kulit nampak natural bagai layangan kulit kedua.
Berbeza daripada produk kosmetik anti-blue light lain yang mahal, Milani tampil dengan formula hebat pada harga berpatutan agar semua wanita dapat dilindungi daripada awal.
Jadi berusahalah supaya keremajaan wajah dapat dikekalkan sebelum terlambat. Jangan sampai kulit dah bercela dan dipanggil tua baru terburu-buru nak bertindak!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!