Gaya Hidup

Datin Seri Maria Farida Injak Usia 57, Kecantikan Tak Pudar “Your Forever Vampire!”

Datin Seri Maria Farida terus meraih perhatian ramai apabila kecantikannya dilihat langsung tidak dimamah usia. Tanggal 28 Mac lalu menyaksikan selebriti ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57, namun yang paling hangat diperkatakan adalah penampilannya yang masih kekal memikat dan anggun seperti dahulu.

Sejak dulu lagi, penampilan Datin Seri Maria Farida pada usia 50-an sering menjadi perhatian. Dari zaman muda sehingga kini, wajah jelitawan ini seakan tidak berubah. Aura kecantikan semula jadi yang dimilikinya membuatkan ramai kagum. Tidak hairanlah jika ada yang menggelarnya sebagai ‘vampire’ kerana kekal awet muda.

Kecantikan Jadi Inspirasi

Baru sahaja meraikan hari jadi ke-57 bersama ahli keluarga dan rakan rapat, wanita berdarah campuran Melayu-Filipina ini turut berkongsi rasa syukur di media sosial.

“Surrounded by love with friends who knows me best. Blessed to be another year older and wiser.. but mostly thankful for my inner circle who only gives me unconditional love.

Your forever vampire, MF…” tulisnya penuh makna di sisi kek hari jadi berwarna pink.

Instagram @mariafarida
Instagram @mariafarida
Instagram @mariafarida
Instagram @mariafarida
Instagram @mariafarida

Ucapan tersebut jelas menunjukkan betapa Datin Seri Maria Farida ini menghargai kehidupan dan insan sekelilingnya, satu sikap positif yang mungkin menjadi antara rahsia kecantikan dalaman yang dimilikinya.

Penampilan Raya

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Datin Seri Maria Farida turut kelihatan mengunjungi sahabat baiknya iaitu Puan Seri Tiara Jacquelina. Beza usia dua jelitawan ini hanya dua tahun, tapi kedua-duanya masih jelita mengalahkan anak dara.

Instagram @mariafarida

Dikenali dengan gaya yang minimalis, beliau gemar mengenakan solekan tipis. Malah, menurutnya, jika hanya keluar membeli barangan dapur, beliau tidak memakai sebarang mekap.

Rahsia Sebenar Di Sebalik Kecantikan

Apabila ditanya tentang petua kecantikan, jawapan Datin Seri Maria Farida ternyata mengejutkan ramai.

“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang,” katanya jujur.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa faktor genetik memainkan peranan penting dalam penampilannya hari ini.

“Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging,” ujarnya.

Instagram @mariafarida
Instagram @mariafarida
Instagram @mariafarida

Penjagaan Kulit Yang Sangat Minimal

Menariknya, rutin penjagaan kulit Datin Seri Maria Farida sebenarnya sangat ringkas. Beliau hanya menggunakan wet tissue untuk membersihkan wajah kerana kulitnya sensitif terhadap kebanyakan produk penjagaan kulit.

“Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah,” tambahnya.

Kisah Datin Seri Maria Farida membuktikan bahawa kecantikan tidak semestinya memerlukan rutin yang rumit. Kadangkala, faktor genetik, gaya hidup santai, dan sikap positif sudah cukup untuk mengekalkan seri wajah.

Kejujuran dan kesederhanaannya dalam menjaga diri menjadikan beliau bukan sahaja cantik dari luaran, malah mempesonakan dari segi keperibadian. Tidak keterlaluan jika beliau terus digelar sebagai ‘your forever vampire’ oleh para peminat.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/hantaran-syed-saddiq-asnb-sspn-tabunghaji/

Share
Published by
Norzalina