
Tahniah buat Datin Vivy Yusof dan YM Raja Jesrina Raja Arshad yang terpilih menerima anugerah khas di The Asean@50 Achievement Award, malam tadi.
Anugerah berprestij terserbut telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed.
Datin Vivy Yusof, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif laman membeli-belah terkemuka, FashionValet, telah dipilih menerima Young Entrepreneur Award.

Sementara YM Raja Jesrina Raja Arshad, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif laman kesihatan dan kesejahteraan Purely B, menerima pengiktirafan Rising Entrepreneur Award.

Majlis yang dianjurkan oleh The Asean Business Advisory Council (ASEAN-BAC) itu diadakan bersempena sambutan jubli emas ASEAN ke-50 malam tadi. Turut menerima anugerah adalah Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah di atas sumbangannya membangunkan Malaysia dan negara Asia yang lain.

Syabas diucapkan kepada Datin Vivy dan Raja Jesrina. Anda berdua lambang wanita muda Asia yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasih Sayang Sampai Ke SYURGA, Buat Pasangan Suami Isteri Amalkan 8 Cara ROMANTIK Ini

Hubungan yang dijaga dengan baik pasti akan sentiasa subur dan mengharum. Sesebuah hubungan, baik yang masih baru mahupun sudah menjangkau berpuluh puluh tahun haruslah dibaja oleh pasangan kerana masing-masing mempunyai peranan yang penting.
Praktikkan 8 cara ini agar hubungan anda akan sentiasa sempurna dan yang paling penting lakukannya pada setiap hari tanpa ada sedikit pun rasa bosan.
KUCUPAN TANDA SAYANG
Sebelum ke tempat kerja atau berpisah buat sementara waktu, cium tangan suami dengan penuh kasih sayang. Begitu juga suami, kucuplah dahi isteri sebagai tanda anda sayang pada si dia sepenuh jiwa dan raga.
UNGKAPAN I LOVE YOU
Walau sesibuk mana tugas seharian anda, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali hanya untuk bertanya apa yang sedang dilakukan, sudah makan atau belum. Selain itu sentiasa hantarkan pesanan ringkas sama seperti waktu anda bercinta dulu. Cukup dengan ungkapan I Love You dapat membuatkan pasangan anda tersenyum simpul di sana.

JADI PENDENGAR & PENASIHAT
Amalkan bertanya tentang apa yang berlaku sepanjang hari padanya selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat kepada pasangan. Jika si dia mempunyai masalah sebaiknya berikan idea atau nasihat tentang apa yang perlu dilakukan. Jangan berat sebelah dan memihak kepada sesiapa.
ANGGAP PASANGAN UMPAMA RAKAN KARIB
Ketika sedang bersantai berdua, bolehlah berbual tentang apa sahaja isu semasa atau masalah-masalah dalam rumahtangga seperti kewangan, politik dan sebagainya. Anggap pasangan seperti rakan karib dan kaunselor anda setiap hari.

BERALAH
Tidak ada pasangan yang tidak bertengkar. Tenangkan jiwa anda sebelum memujuk pasangan. Beralah dan jangan sesekali berpisah tempat tidur ketika sedang marah atau merasakan anda tidak bersalah kerana hanya memburukkan lagi keadaan. Sentiasalah berada di sisi pasangan anda.
BERTERUS-TERANG
Bersikap jujur dan berterus teranglah dengan pasangan kerana akan ada jalan penyelesaian terbaik. Simpan tekad dan berjanji anda akan menjadi suami dan isteri yang baik demi keluarga serta sentiasa bersikap positif.

UNGKAPAN TERIMA KASIH
Hargai pasangan dengan mengucapkan terima kasih atas kebaikan mahupun bantuan yang diberikan. Hargai pengorbanan dan layan pasangan penuh kasih sayang, fahami kesakitannya dan bantu membuat kerja-kerja rumah. Ssentiasa berada di sisi ketika susah mahupun senang.
GURAU SENDA
Bergurau senda dapat mengeratkan hubungan. Ajak pasangan untuk sama-sama menonton rancangan kegemaran atau luangkan masa menonton wayang jika berkesempatan agar perasaan seperti baru bercinta tidak pernah pudar dalam perhubungan anda berdua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada Angin Tiada Ribut, NAD ZAINAL dan UNGKU ISMAIL Selamat Diijabkabulkan, Rakan Artis Mula Ucap Tahniah

Tahniah NONA ucapkan kepada pelakon Nad Zainal yang dikhabarkan sudah bernikah bersama pelakon tampan Ungku Ismail pada 23 Januari yang lepas.

Tiada angin tiada ribut Nad Zainal turut berkongsi sedutan memakai persalinan baju pernikahan sambil memegang erat tangan Ungku Ismail di hadapan sebuah tangga masjid.
Dengan hanya meninggalkan kapsyen ringkas Alhamdulillah, merujuk tarikh 23 Januari 2023 bersamaan dengan 1 Rejab 144 Hijrah, ruangan komen Instagram Nad telah dihujani dengan ucapan tahniah.
Sementara itu, menerusi hantaran di IG, Nad memuat naik foto berpelukan dengan Ungku berserta mas kahwin iaitu RM1,000.

Turut berkongsi kenyataan rasmi adalah pereka fesyen duo tempatan, Seth And Luna yang mereka busana pernikahan mereka.
“Diberi kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan diatas tujuh tahun kami bersahabat. Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya,” tulis Seth And Luna.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Nad Zainal selepas bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin selepas tujuh tahun melayari rumahtangga. Nad Zainal juga mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.
Di ruangan Instagram Nad Zainal, ramai rakan-rakan artis sudah mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

Tahniah NONA ucapkan, dan semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya 5 Hari Bertunang, TASHA SHILLA Kini Sah Bergelar Isteri Ahli Kewangan!

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelakon cantik, Tasha Shilla yang selamat bergelar isteri hari ini. Memilih pagi Jumaat, 28 Februari 2020 sebagai tarikh bermakna untuk mendirikan rumah tangga… aktres berbakat ini akhirnya sah menjadi isteri selepas hanya mengikat tali pertunangan selama lima hari. Alhamdulillah, benda baik tidak perlu tangguh lama!
Difahamkan Tasha selamat bergelar isteri kepada ahli kewangan bernama Muhammad Atiq Idris berusia 33 tahun dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Anggun mengenakan persalinan nikah berwarna putih sedondon dengan suami tercinta, pasangan ini dikatakan hanya sempat berkenalan selama dua bulan sejak Disember lalu.


Tertarik dengan keperibadian masing-masing dan keserasian di antara mereka, Tasha dan Atiq sepakat mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas. Berita pertunangan Tasha nyata mengejutkan ramai pihak memandangkan tiada desas-desus mengenai kisah percintaan mereka berdua bertebaran di Internet.
Biarpun melalui proses perkenalan yang singkat namun perhubungan Tasha dan suami mendapat sokongan baik daripada kedua-dua belah keluarga.
Menurut Tasha, dia memilih untuk tidak menghebahkan niat menamatkan zaman bujang kepada pengetahuan umum kerana baginya isu tersebut cukup peribadi dan memadai jika ia hanya dikongsi bersama keluarga serta sahabat karib.
Pada upacara ijab kabul yang berlangsung pagi tadi, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Adik Tasha,
Muhd Rizdwan Abdul Razak diwakilkan sebagai wali dan pasangan telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Wilayah, Ustaz Ihsan.
Kedua-dua mempelai dilihat cantik dan segak dalam persalinan serba putih ilham pereka terkenal, Hatta Dolmat pada majlis akad nikah. Sementara pada majlis resepsi pengantin
perempuan pula akan diadakan pada sebelah petang yang menyaksikan pasangan romantis ini bakal menyarung busana tradisional melayu klasik rekaan Zaimi Zulkafli.
Resepsi kedua pihak pengantin lelaki dijangka akan diadakan pada minggu hadapan. Ditanya perancangan selepas berkahwin, Tasha menjelaskan dia memilih untuk tinggal bersama Atiq di Singapura sebaik selesai majlis persandingan di sana nanti.
Moga ikatan suci yang terjalin di antara Tasha dan Atiq berkekalan hingga ke syurga serta dikurniakan cahaya mata yang comel sebagai penyeri rumah tangga.
Kredit foto: Blackpepper Production
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


