Menjadi impian penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob untuk bekolaborasi dengan beberapa rangkaian hospital di bawah naungan IHH Healthcare termasuk Hospital Pantai, Hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court.
Di platform Instagramnya, Datuk Fazley memaklumkan beliau sangat berbesar hati dengan kolaborasi tersebut kerana berpeluang menghasilkan menu-menu baharu untuk pesakit hospital.
Dedah Datuk Fazley, beliau mengambil masa setahun untuk melakukan kajian sebelum menghasilkan menu-menu tersebut.
Menjengah di platform Instagramnya, Datuk Fazley berbesar hati memaklumkan tentang kolaborasi itu kepada para pengikutnya.
“Dengan berbesar hati, saya ingin umumkan kerjasama dengan semua hospital dibawah naungan IHH Healthcare Group termasuk Pantai Hospitals, Gleneagles Hospital dan Prince Court Medical Center.
“Ia sudah lebih setahun dalam pembikinan dan saya amat berbangga kerana ia telah membuahkan hasil hari ini.
Ads
“Saya anak Negeri Sembilan yang hidupnya berubah di luar jangkaan apabila saya menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia 10 tahun lalu. Adalah menjadi impian saya untuk menjadi pembawa obor perubahan, untuk membawa makanan Negeri dan tempatan ke dalam bilik dan wad hospital tempatan kami.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan IHH dan cef mereka yang hebat dan berkebolehan.
Kebanyakan daripada kita yang membesar di Malaysia ini mempunyai pemikiran dan pandangan khusus tentang rupa makanan hospital, walaupun sekiranya kita tidak pernah dimasukkan ke hospital. Kami tahu dengan tepat apa yang dijangkakan.
Ads
Tetapi hospital-hospital di bawah kumpulan IHH adalah berbeza dan telah berani serta mengalu-alukan idea-idea baharu mengenai makanan pesakit, justeru kerjasama kami adalah langkah semula jadi yang seterusnya untuk diterokai.
Menurut Dato’ Fazley, makanan kesihatan kini tidak lagi terhad kepada sup dan bubur sahaja kerana ia juga boleh dipelbagaikan dengan hidangan lain yang bagus untuk penyembuhan. Malah, cantik untuk dilihat dan menyelerakan.
“Makanan kesihatan tidak lagi terhad kepada sup dan bubur. Kami memperkenalkan hidangan yang bukan sahaja baik untuk khasiat dan penyembuhan, tetapi juga cantik pada mata, senang di hidung dan mengujakan untuk hati dan minda.
Ads
Terima kasih kepada rakan-rakan media yang telah menyokong semua penerokaan masakan saya sejak hari pertama.”
Datuk Fazley memaklumkan, menunya itu sudah pun ada di semua hospital yang terlibat mengikut kesesuaian pesakit.
Bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) ini turut menyatakan beliau mahu memberi pengalaman baharu kepada mereka yang berada di hospital.
Datuk Fazley turut mencipta tiga kelompok makanan berbeza bergantung kepada setiap jenama hospital.
Kredit Foto: Instagram Dato’ Fazley Yaakob
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pagi Jumaat, berita kematian seorang pelakon veteran Hollywood akibat komplikasi jangkitan virus Corona menggemparkan industri hiburan antarabangsa. Mark Blum, 69, disahkan meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas dijangkiti COVID-19 minggu lepas.
Korban COVID-19 itu ditangisi oleh kebanyakan peminat siri televisyen lewat 80-an dan 90-an, antaranya Law & Order, Roseanne, New York Undercover, The West Wing, NYPD Blue dan Frasier.
Menurut isterinya, Janet Zarish, sebelum ini mereka tidak pernah keluar negara atau berhubung dengan sesiapa yang dijangkiti virus COVID-19. Aktor popular yang pernah membintangi filem Desperately Seeking Susan, Crocodile Dundee dan siri Netflix, You, itu walau bagaimanapun menghidap asma.
“Mendiang merupakan seorang yang lucu, penyayang dan profesional” Madonna, aktres Desperately Seeking Susan (1985)
Madonna turut dilihat memperingati pemergian sahabatnya itu melalui satu posting di Instagram pagi tadi.
Madonna dengan jelas meminta peminatnya supaya mengambil serius tentang wabak COVID-19 serta mengikut peraturan kuarantin sebaik mungkin.
Another reminder that this virus is no joke, nothing to be casual about or pretend wont affect us in some way. We need to stay grateful, be hopeful, help each other and follow the quarantine rules! – Madonna
Kini dilaporkan virus COVID-19 juga menjangkiti beberapa bintang veteran Broadway lain seperti Gavin Creel, Aaron Tveit dan Laura Bell Bundy.
Tertinggi Di Dunia
Sehingga hari ini, kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mengatasi China dan Itali dengan peningkatan mendadak sebanyak 17,119, menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 82,404.
Sumber dari Astro Awani, kota raya New York, Washington dan California merupakan lokasi panas dan paling terjejas teruk di negara Uncle Sam itu. Angka kematian di Amerika Syarikat pula melepasi paras 1,000 mangsa dengan keseluruhannya sebanyak 1,178 kes.
Menurut statistik terbaharu Universiti Johns Hopkins, China berada di kedudukan kedua dengan 81,782 kes, diikuti Itali 80,589 kes. China setakat Khamis merekodkan dua hari tanpa kes tempatan dan hanya mempunyai pertambahan kes import.
Sementara itu, Itali masih kekal sebagai negara yang mempunyai kes kematian paling tinggi di dunia dengan 8,215 mangsa diikuti dengan Sepanyol dan China.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah kah anda membayangkan wanita lain hidup tanpa memiliki bra yang sempurna dan hanya memakai bra untuk menutup payudara semata-mata? Mungkin anda bertuah kerana memiliki kehidupan yang sempurna dan mampu memiliki bra yang mencukupi dan terbaik untuk menutup dan menyokong payudara. Namun bukan semua wanita bertuah seperti anda. Mereka yang hidup dalam kedaifan bukan sahaja tidak mampu untuk membeli bra malah untuk membeli makanan demi kelangsungan hidup juga tidak mampu.
Atas kesedaran terhadap wanita yang kurang bertuah, jenama pakaian dalam terkenal, Neubodi telah menganjurkan kempen menderma bra yang sudah terpakai atau tidak diperlukan oleh wanita sejak tahun 2012 lagi. Mengikut kajian yang telah dijalankan, hampir satu hingga empat wanita di Malaysia mempunyai lebih daripada 10 bra dalam gerobok pakaian mereka. Namun, dalam jumlah itu 80 peratus yang mengaku tidak memakai keseluruhan bra milik mereka atas alasan tidak muat dan sebagainya.
Pada tahun ini, Neubodi mengalu-alukan setiap wanita seluruh Malaysia untuk mendermakan bra yang sudah tidak diperlukan lagi bermula 27 September 2018 hingga 4 November 2018 di mana-mana outlet Neubodi yang berhampiran. Selepas menderma setiap wanita bakal memperoleh baucar pembelian sebanyak 25 peratus.
Menurut Pengarah dan Pengasas Neobodi, Anne Tan, sepanjang enam tahun mengadakan kempen ini neubodi berupaya mengitar semula sebayak 100,000 bra yang disokong oleh tujuh organisasi bukan kerajaan. Tambahnya lagi, program ini juga secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat tentang kehidupan insan lain dan juga perspektif alam sekitar.
Bra yang sudah dipilih untuk di kitar semula ini akan didermakan kepada badan bukan kerajaan seluruh dunia yang menyokong serta menyalurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Antara badan bukan kerajaan yang bekerjasama adalah Asha Nepal, Free The Girls, Uplift Project, Village Focus, FreeAGirl, dan Mothers Heart Foundation.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ingat lagi tak penangan filem Indonesia, Surga Yang Tak Dirindukan lakonan aktres cantik, Laudya Cynthia Bella? Selain ramai yang tertarik dengan kecantikan dan bakat seni isteri Engku Emran ini, watak Nadia iaitu anak kepada Pras (lakonan Fedi Nuril) dan Arini (Bella) juga antara yang berjaya menarik perhatian penonton di negara ini. Masakan tidak, wajah kanak-kanak tersebut memang mirip muka Bella. Especially mata dan hidung mereka.. sejuk mata memandang!
Bella yang baru-baru ini pulang ke Jakarta atas urusan kerja dan sempena menyambut ulangtahun kelahiran bapa tersayang yang ke-61 turut berpeluang bertemu pelakon kanak-kanak berkenaan sepanjang berada di sana. Nadia atau nama sebenarnya Sandrina Michelle kini berusia 11 tahun dan mempunyai darah kacukan Amerika dan Jawa. Patutlah cantik!
Menerusi foto yang dikongsikan Bella, jelas terpancar keakraban beliau dengan anak kecil ini. Malah, Bella turut meluahkan hasrat hati agar dikurniakan rezeki anak secepat mungkin.
“Jadi ini bukan untuk filem Surga Yang Tak Dirindukan 3 loh ya.. tapi ini kenyataan yang sesungguhnya. Ya Allah senang sangat sudah 4 hari di Jakarta setiap hari kerja ditemani si cantik. Terima kasih ya sayang, walaupun kita sudah lama tak ketemu tapi kaka tetap buat bonda falling in love.
Jadi ingat waktu aku belum nikah. Aku pernah bilang ke mama & Karita ‘Bella sayang sangat sama Nadia (Shandy). Bella teringin punya anak macam Nadia’. Dan akhirnya keinginan itu aku bawa ke dalam doa. Allahualam mashaAllah Alhamdulillah doa aku termakbul. Allah pertemukan aku dengan Aleesya.
Nah, sekarang doanya.. semoga aku cepat diberikan rezeki anak yang hatinya baik seperti Nadia dan yang pasti mahu mukanya macam Nadia,”
Apa yang pasti, rata-rata peminat Bella pun mengakui kemiripan wajah mereka berdua dan berharap agar selebriti popular tersebut segera dikurniakan anak.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.