Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau honoris causa oleh Universiti Filipina (UP) dalam majlis yang diadakan di Dewan Villamor universiti berkenaan di sini pada Khamis.
Kredit Foto: Bernama
Menurut kenyataan universiti itu, Anwar dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan kerana menjadi sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.
Ijazah kehormat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tinggi Pendidikan Filipina, J Prospero E De Vera III serta Presiden dan Pengerusi Bersama Lembaga Regen UP, Angelo A Jimenez.
“Perdana Menteri Malaysia menyanjungi kehidupan, karya dan pengajaran Jose Rizal.
“Minat Anwar terhadap Rizaliana semakin mendalam setelah kerap mengunjungi UP semasa muda di bawah bimbingan mendiang Prof Emeritus Sejarah Universiti dan Dekan Kolej Seni dan Sains UP Diliman Cesar Adib Majul,” menurut Naib Canselor Hal Ehwal Awam UP Jose Wendell Capili.
Ads
Kredit Foto: Instagram DS Anwar Ibrahim
Beliau berkata, Anwar dihormati kerana memiliki prinsip menentang rasuah dan pengurusan terhadap ekonomi Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia.
Anwar dalam lawatan rasmi dua hari, yang merupakan lawatan rasmi kelimanya ke negara ASEAN sejak dilantik sebagai perdana menteri akhir tahun lepas.
Ads
Sebaik tiba, beliau diberi sambutan rasmi oleh Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr di Istana Malacanang.
Capili turut berkata usaha Anwar telah menyelamat ekonomi Malaysia ketika Krisis Kewangan Asia 1997 dan menerima pujian termasuk Asian of the Year daripada Newsweek International.
Ads
Kredit Foto: Instagram DS Anwar Ibrahim
Terdahulu, Perdana Menteri memulakan lawatan rasmi hari kedua ke republik berkenaan dengan menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Rizal Park.
Beliau disambut oleh Datuk Bandar Manila Honey Lacuna-Pangan dan Ketua Staf Tentera Laut Filipina Laksamana Jose M-A Ambrosio Q Ezpeleta.
Sumber: Bernama
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, cantik sungguh perancangan Allah SWT buat hambaNya yang sabar macam Fila Amir ini. Sekian lama menanti kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga akhirnya tanggal 14 Mei 2025, doa pempengaruh media sosial ini diperkenan. Alhamdulillah!
Berita gembira tersebut dikongsikan Fila Amir di Instagram miliknya bersama followers setia. Menerusi foto yang dimuat naik kelihatan wajah bahagia suami isteri berkenaan apabila impian bergelar ibu bapa kini jadi kenyataan.
Impian Fila Amir Jadi Ibu Dimakbulkan
Malah gambarnya memangku permata hati di samping suami tercinta, Adama turut meraih ratusan ribu tanda suka!
Difahamkan Fila Amir dan Adama dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Namun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai butiran kelahiran anak tersayang termasuk nama bayi tersebut.
Luah Fila, “Assalamualaikum, we are finally papa and mama.”
April lalu, pasangan romantis ini meraikan ulang tahun perkahwinan keenam mereka dan pastinya tahun ini menjadi detik terindah dengan kelahiran zuriat sulung.
Fila Amir Jalani IVF
Fila disahkan hamil pada Oktober 2024 selepas 5 tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF) dan tabah melalui ujian kesihatan apabila tiub fallopionya juga dibuang.
Fila atau nama sebenarnya Nurafilah Amir Rusdi mendirikan rumah tangga dengan Adama Mohamed Camara yang berasal dari Guinea.
Sepanjang berkahwin, pasangan ini kerap berkongsi rutin harian dan bisnes mereka di media sosial.
Selain berkongsi momen sewaktu berada di negara kelahiran Adama yang menarik perhatian warga maya memandangkan kehadiran Fila diterima baik di sana.
Bukan itu saja, Fila dan Adama juga berpeluang membantu dan menabur bakti kepada masyarakat di sana dengan memberi sumbangan berupa makanan dan pembinaan paip yang menyalurkan air bersih.
Isu “penyondol” dilihat semakin rancak diperkatakan. Dari satu ke satu kes kita dengar apabila melibatkan golongan personaliti dan selebriti yang dikenali. Belum lagi kisah yang kita tidak dengar di dada akhbar melibatkan orang-orang awam yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumahtangga.
Yang pasti, kelibat “orang ketiga” sememangnya cukup sinonim dalam pergolakan rumahtangga dan kehadiran mereka cukup dikhuatiri.
Dan bari-baru ini, penceramah terkenal, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tampil meninggalkan pesanan ‘pedas’ buat mereka di luar sana yang berhasrat dan menyimpan cita-citauntuk menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga seseorang.
Menerusi perkongsia Prof Muhaya di akaun Tiktoknya, isu ‘penyondol’ yang tidak mengira latar belakang agama kala ini dilihat semakin membimbangkan dan boleh diibaratkan sebagai penyakit berjangkit.
Jelas Prof Muhaya lagi, “setiap perkara yang tidak baik yang dilakukan kepada orang lain pasti akan berbalik kepada diri kita sendiri. Yang pertama, setiap apa yang awak buat tidak baik, dia akan datang pada awak. Bila kita suka buat benda yang tak baik, maka kita tahu benda tak baik akan datang.
Malah, ujarnya lagi golongan ini tidak akan hidup bahagia kerana pasti akan terluka di hujung-hujungnya.
“Kedua, setiap kali kita memilih untuk melukakan orang lain, maka kita juga akan terluka. Ketiga, kita tidak akan boleh bahagia di atas kesusahan atau derita orang lain.”
Prof Muhaya juga sempat berpesan agar wanita di luar sana menjaga maruah diri dan tidak sesekali bercita-cita untuk menjadi ‘penyondol’ dengan menggunakan kelebihan diri sendiri seperti kecantikan yang diberikan Allah S.W.T.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nikmati musim percutian ini dengan kerangupan bertih jagung Garret yang tersedia dalam pek Nutcracker Trio Tins Edisi Terhad. Mula ditawarkan pada awal November lalu, penggemar snek popular ini berpeluang merasai perisa Cocoa CaramelCrisp atau memilih mana-mana perisa lain yang disediakan termasuk rasa savuri Chicago Mix atau Nut CaramelCrisps ekstra rangup.
Selain tersedia dengan pilihan perisa, istimewanya kempen Garrett Popcorn Shop kali ini kerana turut menawarkan pilihan Nutcracker Trio Tins yang diinspirasikan daripada karakter unik seperti snowman, red fox dan nutcracker soldier. Setiap koleksi tin ini juga dihasilkan dengan kombinasi berbeza dan boleh diputar serta diasingkan sebagai meraikan suasana percutian yang menyeronokkan.
Sama ada menikmatinya di rumah atau di pejabat, Garrett Popcorn turut sesuai dijadikan snek tatkala berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Miliki edisi terhad Nutcracker Trio Tin yang dijual pada harga RM69 mulai 6 November hingga 31 Disember 2017. Sementara harga Cocoa CaramelCrisp pula bermula daripada RM19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!