Demi Pendidikan Anak NIA RAMADHANI Ambil Keputusan Pindah Ke Singapura

Nia Ramadhani memutuskan untuk tinggal di Singapura buat sementara waktu. Khabar itu pertama kali didedahkan oleh pembantunya, Theresa Wienathan.

Menerusi akaun media sosial, pembantunya itu berseloroh bahawa Nia Ramadhani akan segera meninggalkan Indonesia untuk menjadi warga negara Singapura.

Kredit Foto: ramadhaniabakrie

Menjawab gurauan pembantunya itu, Nia Ramadhani hanya mampu ketawa.

Dia kemudiannya membuat penjelasan berhubung rancangan untuk menetap di Singapura.

BACA JUGA: “Body Goals Ibu Tiga Anak” Segar & Cergas Ketika Bermain Tenis, Penampilan Terkini NIA RAMADHANI Raih Pujian

“Tak lah. Masih balik ke sini (Indonesia),”

ujar Nia Ramadhani seperti dipetik daripada akaun TikToknya baru-baru ini.

Bercakap tentang kerjaya sekiranya Nia Ramadhani berpindah ke Singapura, ibu kepada tiga orang anak ini tidak memberikan jawapan pasti.

“Kalau ada kerja mungkin (akan diuruskan) dari Singapura,” balasnya.

Pindah Demi Anak

Nia Ramadhani rupa-rupanya membuat keputusan untuk berpindah ke Singapura kerana anak lelakinya, Mainaka.

Menerusi Instagram peribadinya, Nia Ramadhani berkongsi aktiviti menghantar anaknya ke sekolah.

Keputusan Nia Ramadhani untuk berpindah ke Singapura mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Sebahagiannya mengaitkan keputusan tersebut dengan keadaan sosial politik dalam negara.

Apa pun semoga Nia Ramadhani tenang dan ceria menjalani kehidupan di sana bersama keluarga.

Share
Published by
Amy Mohd