Gaya hidup sihat bukan hanya tentang bersenam berjam-jam. Lebih dari itu, menjaga kesihatan fizikal dan mental sebenarnya boleh bermula daripada aktiviti menyeronokkan contohnya kembali kepada hobi lama.
Ramai wanita khususnya selebriti mula menyedari kepentingan menjaga diri secara menyeluruh tanpa perlu sentiasa tampil ‘on point’ di hadapan kamera.
Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani sering berkongsi rutin kehidupan seharian termasuk proses penyembuhannya. Terkini, Nia turut berkongsi detik ketika dia kembali bermain tenis.
Kredit Foto: Instagram @ramadhaniabakrie
Dalam muat naik videonya, Nia Ramadhani dilihat bermain tenis di gelanggang bersama beberapa rakan baiknya.
Nia memilih pakaian sukan berwarna hitam dan dipadankan dengan kasut putih, Penampilannya itu membuatkan dia kelihatan segar dan sporty. Hitam adalah pilihan yang tepat untuk memberikan kesan elegan namun ringkas.
Cermin Mata Hitam
Rambut diikat ke belakang dan cermin mata hitam adalah dua elemen yang menyokong aktivitinya di bawah terik matahari. Nia Ramadhani masih kelihatan menarik dan memberi inspirasi.
Ads
Wajah Polos Tanpa Solekan
Selebriti jelita berusia 35 tahun ini langsung tidak memakai sebarang solekan. Wajahnya yang bersih dan polos menjadi tarikan tersendiri.
Raih Pujian
Ads
Respon daripada pengikut di media sosial kebanyakannya dipenuhi dengan pujian. Ramai yang meluahkan rasa kagum dengan Nia Ramadhani yang kekal cergas dan langsing walaupun telah melahirkan tiga anak. Istilah seperti “body goal” dan “masih kelihatan seperti pelajar kolej” itu antara komen-komen positif di media sosial.
Sedar tak sedar sudah 15 hari kita berpuasa. Ini bermakna lagi 2 minggu umat Islam akan meraikan hari lebaran. Terasa masa berlalu begitu cepat mungkin kerana tahun ini keadaan cuaca yang sejuk di sebelah petang akibat hujan yang turun lebat. Dalam menjalani ibadah berpuasa yang masih berbaki ini, agak-agaknya bila kah pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah ini mula berpuasa?
“Bila saya mula berpuasa? Saya mula berpuasa sejak sekolah rendah lagi. Boleh dikatakan saya seorang budak baik, tak pernah ponteng puasa dan tidak punya kenangan curi makanan ketika semua orang tidak ada di rumah. Saya cuma pernah basahkan mulut sahaja tetapi tak sampai pernah telan air. Bukan macam orang cakap tu, sambil kumur terus telan air,” bicara Mira sambil tersenyum.
Setiap orang mempunyai makanan kegemaran yang sering menghiasi meja makan saat berbuka puasa, begitu juga dengan Mira. Patutlah Mira ni berwajah manis, rupa-rupanya suka makan kuih-muih yang manis. “Saya tidak mempunyai juadah berbuka puasa yang tetap kerana ia pasti berubah mengikut trend yang tengah in.
Basically saya suka makan benda-benda manis. Kuih-kuih tradisional yang manis memang wajib ada ketika berbuka. Contoh kuih yang menjadi favorite saya seperti Seri Muka, Tepung Pelita dan Pengat Pisang. Saya tak kisah asalkan ada benda manis, saya okay. Saya akan berbuka dengan benda manis terlebih dahulu. Tapi air yang manis, saya tak suka pula.
Saya jenis yang boleh makan semua benda. Saya tidak memilih makan. Even kalau saya travel ke luar negara memang saya boleh survive sebab berani mencuba makan benda baru. Kalau pergi Jepun lama-lama, makan sushi saya boleh survive, pergi Istanbul makan roti keras pun saya boleh survive. Alhamdulillah perut saya jarang meragam kalau makan benda-benda yang tidak biasa,” ujar Mira yang merupakan MUSE ARIANI ini.
Berpuasa Di Set Penggambaran
Mira sendiri turut teruja dengan kehadiran Ramadan namun terpaksa akur dengan tuntutan kerjaya. “Bulan Ramadan tahun ini saya terpaksa bekerja kerana beberapa drama saya dijadualkan keluar ketika bulan puasa dan bulan raya. Jadual saya agak padat sehingga bulan Jun. Memang tiada break langsung ketika Ramadan kali ini kerana saya terlibat dengan penggambaran drama dan juga filem.
Ini merupakan tahun kedua saya berpuasa di set penggambaran. Tahun lalu saya berehat dan menghayati Ramadan sepenuhnya namun pada tahun ini saya kembali bekerja di bulan puasa. Sebenarnya tiada beza berpuasa di rumah atau di set penggambaran. Jika berpuasa di rumah lebih santai kita tak perlu rushing mengejar sesuatu. Apabila berbuka puasa di rumah lebih dengan keluarga lagi seronok. Seronok kerana mak akan masak juadah kegemaran saya. Begitu juga kalau berbuka di luar kita lebih tenang berbuka puasa dengan kawan-kawan.
Namun, bila di set penggambaran lebih kepada mengejar masa. Sebab kadang-kadang malam pun kita ada shooting mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadi kadang-kadang a bit rushing mengejar masa. Ditambah pula di siang hari penat sedikit. So far alhamdulillah pengalaman berbuat di set penggambaran tidak pernah membebankan saya.
Sebenarnya seronok juga berbuka puasa di set penggambaran sebab kami akan berbuka puasa ramai-ramai. Biasanya bila kita shooting semua krew penggambaran akan dianggap seperti keluarga. Daripada pelakon, pengarah dan krew yang terlibat sebab kita shooting dalam jangka masa yang panjang dalam dua bulan atau lebih untuk drama. Jadi bila buka puasa bersama-sama saya masih rasa seperti berbuka bersama keluarga sendiri,” terang graduasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Jurusan Perniagaan Antarabangsa ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kulit yang berminyak kadang kala menjadi masalah ketika bersolek. Ia boleh menjejaskan solekan serta mudah luntur. Namun begitu, usah jadikannya sebagai halangan untuk anda tampil berseri.
Ikuti 5 cara berikut.
CUCI MUKA SEHINGGA BERSIH
Perkara pertama sekali perlu anda buat jika kulit berminyak. Cuci muka sebersih-bersihnya sebelum memulakan solekan. Jika kurang bersih kulit akan mudah berjerawat kerana kulit berminyak mudah bertindak balas dengan kotoran yang melekat di wajah. Gunakan pemersih muka yang sesuai agar kulit tidak terlalu kering.
GUNAKAN PRIMER
Menggunakan primer sebagai asas membantu solekan tahan lebih lama. Kawasan berminyak seperti zon T (dahi, hidung dan dagu) tidak kelihatan berkilat. Gunakan produk berasaskan bebas minyak khususnya primer, bedak asas, bedak dan pemerah pipi.
PRIMER KHUSUS UNTUK MATA
Ada yang menggunakan concealer bagi menutup lingkaran hitam bawah mata. Namun disarankan agar menghindari concealer di sekitar kelopak mata. Sebaiknya gunakan primer yang dirancang khas untuk mata agar pembayang mata dapat melekat dengan sempurna dan mampu menyerap minyak di kelopak mata.
KURANGKAN PENGGUNAAN BEDAK TABUR
Jika bedak tabur digunakan secara berlebihan dengan harapan minyak di wajah berkurang itu adalah cara yang salah. Ini kerana ia akan membuatkan pori-pori kulit menghasilkan minyak lebih banyak. Maka, gunakan bedak tabur hanya di sekitar yang berkilat atau berminyak. Gunakan jenis berformula matte translucent yang dapat menghilangkan minyak pada semua warna kulit.
KERTAS MINYAK
Sentiasa sediakan kertas minyak yang dapat menyerap minyak berlebihan di wajah. Tekan perlahan kertas minyak di kawasan berminyak saja, bukan dengan cara menggosok-gosok pada kulit wajah. Lakukan dengan cara yang betul.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuaca panas terik akhir-akhir ini mengundang rasa tak selesa. Walaupun duduk dalam bilik berhawa dingin, bahang panas masih terasa. Inikah dinamakan strok haba?
Ramai juga yang masih kurang peka dengan kehadiran cuaca panas melampau yang dijangka berlarutan sehingga Mac nanti. Sana-sini berita menyarankan agar segala aktiviti luar dikurangkan atau dibatalkan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan. Jom kita lihat apa itu strok haba.
Siapa berisiko mendapat strok haba?
Simptom strok haba
Langkah mencegah strok haba
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!