Terpaku tengok video tarian Madhuri Dixit yang dikongsikannya baru-baru ini di media sosial. Mengambil salah satu lagu filem Bollywood blockbuster Dil To Pagal Hai, gerak tari Madhuri Dixit nyata memikat perhatian peminat.
Madhuri memuat naik video tarian tersebut bersempena meraikan 25 tahun filem Dil To Pagal Hai. Difahamkan lagu Are Re Are ialah lagu kegemaran Madhuri dalam filem berkenaan.
Sehingga kini, video itu meraih lebih sejuta likes dengan ribuan reaksi yang membanjiri ruangan komen.
Meskipun sudah berusia 55 tahun, pesona Madhuri masih menambat hati peminat. Pada tahun 1999, Madhuri menamatkan zaman bujang dengan Dr Sriram Madhav Nene iaitu doktor pakar bedah kardiovaskular.
Ads
Selepas mendirikan rumah tangga, Madhuri berpindah ke Amerika Syarikat dengan suaminya dan melahirkan dua anak lelaki iaitu Arin dan Ryan.
Mengimbas kembali pembabitan jelitawan ini dalam industri perfileman India, dia mula menceburi kerjaya seni menerusi filem Abodh pada tahun 1984. Ketika itu, Madhuri baru meniti usia 17 tahun.
Ads
Semenjak berkecimpung dalam industri seni, Madhuri dikenali kerana rupa paras cantik dan bakatnya dalam tarian. Selain itu, dia juga aktif menyertai badan amal UNICEF meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak kanak-kanak dan isu buruh melibatkan golongan berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali Amber Chia iaitu supermodel, pelakon, hos serta pemilik Amber Chia Academy yang membuatkan ramai wanita terpegun tatkala melihat kejelitaan semula jadinya. Amber Chia yang kini berusia 41 tahun sememangnya antara personaliti tempatan Malaysia berketurunan Cina yang cukup komited dalam soal penjagaan tubuh badan dan kecantikannya.
Baru-baru ini Amber ada memuatnaik video gambar bersama anak lelakinya, Ashton Wong di media sosialnya. Dalam rakaman yang dikongsikan, Amber bersama anak lelakinya bergambar dalam posisi yang sama seperti dalam foto yang mereka berdua pernah ambil pada 10 tahun lalu.
Rata-ratanya ramai yang memuji kejelitaan Amber dan memberi komen bahawa wajahnya tidak berubah atau berusia. Di hantaran tersebut, Amber turut menulis dengan kepsyen, “Sungguh cepat masa berlalu, @ashtonwongjw sudah besar sekarang! 2 tahun VS 12 tahun! #sayasudahsemakinberusia.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah susuk tubuh serta penampilan Amber Chia jika nak dibandingkan dengan 10 tahun lepas seakan tidak banyak yang berubah, malah Amber seakan tidak menua dalam kedua-dua gambar tersebut. Rata-ratanya ramai warga maya yang memuji kejelitaan Amber dan memberi komen bahawa wajahnya tidak langsung dimakan usia. Apa agakya rahsia kecantikan Amber?
Ditanya apa rahsia kejelitaanya oleh peminat-peminatnya, Amber sempat menulis di ruangan komen “Jangan fikir yang anda sudah tua. Umur hanyalah angka. Jaga badan, kulit dan kesihatan anda, itu yang paling penting.”
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja nama Fazura, pasti ramai dikalangan Nonarians yang mengenali bintang jelita suri hati kepada aktor, Fattah Amin ini. Malah, dek kerana sikap rendah diri dan mesra peminat yang dimilikinya, Fazura sentiasa disenangi orang ramai.
Selain itu, penampilan yang ditonjolkan sentiasa berjaya meraih perhatian dan menjadi sorotan wargamaya! Justeru, disini NONA kongsikan beberapa gambar OOTD Fazura yang boleh dijadikan rujukan gaya wanita moden.
Mana tahu, Nonarians juga boleh jadi cantik persis ibu kepada Fatima ini? Jom lihat fesyen OOTD terbaik Fazura!
Suka benar kami melihat pelakon Fazura dalam rona putih. Sudahlah memang empunya diri cantik & manis, apabila menyarungkan rekaan berona putih, lebih tampak ayu dan sopan. Seperti gaya OOTD di atas, pelakon ini bijak menggayakan rona putih dengan rekaan celana potongan besar atau ‘palazzo’ untuk menjadikan seluruh imej lebih menarik.
Padanan akesesori seperi ‘handbag’ juga memainkan peranan penting menjadi pelengkap stail ini. Pilih warna-warna aksesori yang lebih ‘bold’ untuk dijadikan sebagai ‘fashion statement’ dalam keseluruhan gaya. Gaya hijab juga menjadi nilai bonus dalam stail rona putih ini. Jika anda ingin wujudkan stail wanita yang sofistikasi, jangan lupa bawa sekali cermin mata hitam untuk tampak lebih mahal dan eksklusif!
Ayunya Fazura dalam rekaan serba ‘pink’ ini! Jelas kelihatan gaya yang santai, selesa dan paling penting, sopan! Biarpun hanya mengenakan rekaan ala jubah, pelakon ini masih nampak urban dan bergaya! Nak tahu triknya? Usah beli rekaan jubah yang terlalu besar atau terlalu kecil.
Anda harus membeli jubah yang sesuai dengan saiz tubuh anda. Barulah nampak gaya OOTD ‘on-point’ walaupun hanya menyarungkan sehelai jubah. Pilihan warna serta aksesori juga memainkan peranan penting untuk melengkap keseluruhan stail ini. Jika mahu selamat, elakkan pilihan corak yang terlampau. Ingat ya! ‘Less is more’! Lebih sederhana lebih mahal!
Ramai wanita di luar sana risau jika menggayakan ‘blouse’ yang kosong dan bimbang keseluruhan gaya nampak bosan. Tidak ya! Lihat saja pelakon ini! Bijak dalam menyesuai padankan rekaan ‘blouse’ yang berona polos putih bersama celana jeans berona gelap, semestinya gaya ini wajib anda lihat dan rujuk untuk menghasilkan stail yang mewah!
Ketepikan dahulu padanan yang sarat dengan corak bunga, potongan yang labuh atau feminin. Untuk gaya OOTD ini, kita raikan gaya ranggi si muslimah moden! Padanan ‘baseball shirt’ bersama seluar khakis berona tanah cukup sempurna untuk digayakan di tengah bandar raya Kuala Lumpur!
Pilihan kasut yang sesuai ala ‘sporty’ juga menghidupkan imej OOTD ini! Masih dalam konteks menutup aurat, cumanya ia lebih ranggi! Mengapa tidak?
Apa yang tidak kena dengan helaian denim? Tidak ada salah dalam menyarungkan rekaan denim samaada celana mahupun baju! Sesuai untuk anda yang ingin gaya minimalis dikala sibuk melakukan tugasan kerja di luar, sehelai rekaan denim mampu untuk membuatkan gaya anda mahal! Pilih kemeja yang kosong (lebih baik jika fabriknya ‘cotton’) untuk digayakan dengan celanan denim.
Percaya atau tidak, biarpun ianya tampak ringkas tetapi sebenarnya gaya ini sahaja sudah cukup untuk menonjolkan aura kejelitaan anda persis pelakon Fazura ini! Tidak salah juga untuk menyarungkan dari atas ke bawah dengan fabrik denim! Asalkan tidak terlalu sarat dan tidak kelihatan ‘murah’, ia sesuai untuk digayakan!
Selamat mencuba!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Semahal mana pun sesuatu produk kecantikan mahupun kosmetik, tidak akan bermakna jika anda tidak prihatin dengan tarikh luputnya.
Tahukah anda, produk yang sudah rosak tidak akan terlihat secara nyata? Produk yang tamat tempoh sebenarnya boleh memudaratkan!
Sebaik dibuka atau digunakan, produk tersebut boleh dicemari dengan mudah oleh bakteria dan fungus yang terdapat pada kulit mahupun udara, seterusnya mengakibatkan jangkitan mata dan masalah kulit.
Produk yang mengandungi air yang tinggi seperti krim, pelembap dan maskara antara produk paling sensitif serta mudah rosak. Maka, penting untuk anda mengenal pasti kesan-kesan kerosakan produk seperti teksturnya kelihatan sudah berbeza daripada asal.
Produk tersebut mungkin bertukar warna, baunya kurang menyenangkan dan lebih teruk lagi tumbuhnya kulat secara jelas.
TANDA-TANDA PRODUK TAMAT TEMPOH
Retakan
Pembayang mata atau lipstik bukan hanya kering tetapi juga mudah retak. Tekstur dan warna turut berubah menjadi lebih gelap. Segera hentikan pemakaian lipstik jika bibir terasa pedih atau baunya berubah.
Bintik Hitam
Jika barangan kosmetik anda ditumbuhi bintik-bintik hitam atau bulu-bulu halus itu menandakan produk tersebut sudah ditumbuhi fungus atau kulat.
Bau Berubah
Produk jenis cecair seperti minyak wangi dan krim sangat sensitif terhadap sinaran matahari. Jika tidak disimpan di tempat sejuk dan gelap, kandungannya akan berkurangan. Jika baunya sudah berlainan daripada asal, menandakan ia sudah rosak.
Kurang Berkesan
Kalau bedak asas jenis cecair mengeluarkan bau yang berlainan, berubah warna, teksturnya semakin cair atau mengeras dan mengering itu menunjukkan ia tidak boleh digunakan lagi.
Mengering
Maskara dan eyeliner cecair dua jenis alat solek yang mudah mengering jika terkena udara.
MENINGKATKAN JANGKA HAYAT PRODUK
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin menyambut ulang tahun kelahiran ke-62 dengan ucapan penuh kasih daripada anak kesayangannya, Dr Ruhila. Titipan menyentuh hati itu mengundang perhatian ramai dan mencerminkan hubungan erat antara ibu dan anak.