Nama Nia Ramadhani bukan hanya terkenal di Indonesia bahkan dia juga mempunyai peminat di negara ini selepas lakonannya dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih pada awal tahun 2004 mencetus fenomena di Malaysia.
Menginjak usia 34 tahun pada 16 April lepas, selebriti popular ini bertuah kerana merupakan menantu kepada bilionair Indonesia iaitu Aburizal Bakrie.
April lalu juga merupakan ulang tahun perkahwinan Nia bersama Anindra Ardiansyah Bakrie atau dikenali sebagai Ardie Bakrie. Tahun ini genap 14 tahun mereka bergelar suami isteri.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.
Anak sulung Nia dan Ardie iaitu Mikhayla menginjak usia 12 tahun pada 2 Jun lepas. Makin cantik dan berimej matang, puteri kesayangan selebriti ini mirip ibu tersayang.
Ads
Meluahkan rasa syukur dengan kurniaan Mikhayla, Nia menerusi media sosial menitipkan ucapan buat anak tersayang.
“To Kakak Mikha, mungkin mama tak terlalu pintar dalam mengungkapkan apa yang mama rasa. But this paragraph (i got it online) dengan kata-kata yang begitu tepat, dapat benar-benar persis menggambarkan bagaimana artinya kakak buat mama dan bagaimana besarnya peranan kakak dalam membantu mama di keluarga kecil kita ini.
Seperti yang mama selalu bilang, saat kakak lahir, mama baru pertama kali menjadi ibu. Jadi banyak yang mama gak ngerti.
Ads
Sebagai anak pertama, banyak kesalahan-kesalahan yang mama lakukan saat mendidik kakak yang akhirnya jadi pelajaran buat mama, agar bisa menjadi lebih baik dalam membesarkan adik-adik.
Dan ini yang mama selalu bilang sama kakak bahwa mama sanagt bersyukur, kerana Tuhan beri anak pertama mama itu seorang KAMU.”
Sebelum ini, kisah mengenai yuran persekolahan Mikhayla menjadi bualan warga maya.
Ini selepas personaliti tersebut mendedahkan pada tahun 2019 apabila mereka membelanjakan 500 juta Rupiah atau kira-kira RM142,000 setahun untuk kos persekolahan anaknya di sebuah sekolah terbaik di sana.
Ads
Mikhayla dilaporkan bersekolah di British School Jakarta dan khabarnya perbelanjaan untuk memasuki sekolah itu boleh mencapai sehingga ratusan juta Rupiah.
Bayaran masuk untuk ke sekolah tersebut sahaja bermula dari 30 juta rupiah dan itu tidak termasuk dengan perbelanjaan lain.
Selain bergelar selebriti yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, Nia Ramadhani kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Gra Kala Dipaka yang merupakan sebuah syarikat pengurusan kreatif diasaskan pada tahun 2020.
Ramai terpegun tengok kecantikan anak gadis selebriti popular Que Haidar dan Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu Haidar! Meniti usia 12 tahun, anak kedua daripada tiga beradik ini menjadi tumpuan peminat ibu bapanya sejak wajah Tengku Ratu kelihatan di sebuah program hiburan.
Memiliki pakej lengkap bergelar model taraf antarabangsa, Tengku Ratu turut mempunyai seorang adik perempuan iaitu Tengku Cleopatra Haidar. Kalau diamati betul-betul, anak perempuan sulung mereka, Tengku Ratu mewarisi kecantikan ibunda tersayang. Sementara Tengku Cleopatra Haidar pula lebih iras wajah bapa.
Tengku Ratu atau mesra disapa sebagai Ratu berusia 12 tahun. Manakala Tengku Cleopatra atau nama timangannya Cleo mencecah usia 10 tahun pada April lalu.
Kredit Instagram @official_lindajasmineKredit Instagram @the_haidarsKredit Instagram @the_haidars
Selain dikurniakan wajah comel dan cantik, puteri kesayangan Que dan Linda ini juga sebenarnya berbakat dalam bidang peragaan dan seni. Waktu mereka masih kecil, Ratu dan Cleo pernah menghiasi kempen hari raya jenama fesyen terkenal, Jovian.
Bukan itu saja, Ratu dan Cleo juga sebenarnya sangat suka menari. Bak kata pepatah, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’! Menerusi perkongsian Que dan Linda di laman
media sosial masing-masing, jelas menunjukkan Ratu cukup meminati tarian dan aktif mengikuti kelas tarian balet.
Kredit Instagram @official_lindajasmineKredit Instagram @official_lindajasmineKredit Instagram @official_lindajasmineKredit Instagram @the_haidars
Melihat bakat Ratu tersebut pasti membuatkan ramai peminat Linda yang terkenang kembali zaman kegemilangan program Akademi Fantasia. Dari situlah nama Linda Jasmine melonjak naik dalam persada seni kerana kelincahannya selaku choreographer untuk para peserta program popular berkenaan.
Dengan raut wajah cantik, ramping, bertenaga dan suara yang lantang, ramai anak muda menjadikan Linda sebagai idola dalam seni tarian.
Kredit Instagram @the_haidarsKredit Instagram @official_lindajasmineKredit Instagram @the_haidars
Jadi, tak hairanlah kedua-dua anak perempuannya pun secara tak langsung meminati dan mewarisi bakat ibunda mereka. Dalam erti kata lain, darah seni sudah sebati dan mengalir dalam diri Ratu dan Cleo.
Selain dikurniakan dua anak perempuan, Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang merupakan anak tiri Que iaitu Qalif Khan berusia 22 tahun.
Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mendirikan rumah tangga bersama Linda Jasmine Hashim pada 15 Februari 2009.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuch Kuch Hota Hai antara filem blockbuster Bollywood yang cukup dekat di hati para penonton Malaysia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, sampai sekarang pun masih ramai yang mengingati plot cerita dan skrip filem tersebut.
Diterbitkan sekitar tahun 1998, filem yang menampilkan pelakon berbakat India seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee ini… antara lain yang turut berjaya melonjakkan nama barisan pelakon lain. Salah seorang daripadanya ialah pelakon cilik yang melakonkan watak sebagai Anjali iaitu akan kepada Shah Rukh Khan atau nama sebenarnya Sana Saeed!
21 tahun telah berlalu… pasti ramai peminat filem lagenda ini tertanya-tanya wajah terkini pelakon cilik tersebut. Daripada figura kanak-kanak comel yang begitu menghiburkan, kini ‘Anjali’ berubah menjadi wanita matang dan seksi. Dilahirkan pada 22 September 1988, Sana tidak hanya aktif dalam dunia lakonan bahkan turut terlibat dalam bidang pengacaraan dan peragaan.
Difahamkan Sana mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India. Kerjaya seni Sana bermula ketika dia baru berusia 8 tahun dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebelum dia kemudian membintangi filem komedi romantik School of the Year yang memainkan watak dewasa pada tahun 2012. Selain filem Kuch Kuch Hota Hai, Sana turut pernah berlakon dalam filem Badal dan Har Dil Jo Pyar Karega.
Pada tahun 2013, wanita yang bakal berusia 32 tahun ini mengacarakan MTV Splitsvilla Sexy Sana show. Dari awal pembabitan Sana dalam dunia lakonan, dia tidak pernah mendapat restu daripada bapa tersayang. Namun, ibunya sentiasa di sisi dan menyokong kerjaya seni Sana.
Memetik kenyataan Sana dalam Times of India, “Ibu saya adalah orang pertama yang membawa saya ke dunia lakonan dan dia juga sentiasa ada bersama saya. Bapa pula tidak pernah menyokong keputusan saya untuk menjadi seorang pelakon.”
Bersandarkan bakat dan kecantikan yang dimiliki, Sana turut pernah menerima tawaran dan menandatangani kontrak sebagai model peragaan dengan Benchmark Models.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aidilfitri kali ini menyaksikan ramai selebriti berkongsi gambar-gambar mereka meraikan 1 Syawal bersama yang tersayang, di mana masing-masing tampil anggun dan tampan dengan persalinan dan warna pilihan masing-masing.
Namun yang paling mengejutkan adalah penampilan dua orang personaliti yang tampil dengan imej baru yang ternyata mengejutkan ramai pihak.
Pertama sekali, Alya Iman yang juga merupakan anak kepada pelakon yang terkenal sekitar 1980-an, Allahyarham Azmin Mustapha. Dia mengejutkan ramai pengikutnya di platform media sosial selepas memuat naik hantaran memaparkan dia tidak lagi bertudung pada 1 Syawal, kelihatan anggun dengan gaya rambut berombak di samping pakaian raya. Ia dipercayai untuk sebuah sesi fotografi.
Kemudian, isteri kepada kepada penyanyi dan juga komposer Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea turut menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen apabila meninggalkan tiga keping foto dalam Instagram miliknya serta memadam foto-fotonya bersama Haqiem dan meninggalkan salah satu gambar dalam keadaan dirinya tidak berhijab.
Menafikan berlaku masalah di dalam rumahtangga mereka, menurut sumber Berita Harian, ibu kepada Haqiem Rosli mendedahkan yang perkahwinan anaknya tiada masalah, malah Haqiem memberittahu engan memaksa, percaya suatu masa kelak, Anis terbuka hati untuk berhijab sepenuhnya.
“Kenapa mahu menipu dalam media sosial? Sudah-sudahlah jadi hipokrit dan membohongi semua orang. Inilah diri saya yang sebenar. Terpulang untuk menerima dan jika tidak suka pun tak mengapa,” jelas Alya ketika dihubungi Kosmo! Online.
“Kenapa dia tiba-tiba tanggalkan tudung?” tulis netizen. Namun, ada juga yang meminta agar netizen mendoakan yang terbaik buat Alya. Iman manusia naik dan turun. Tak boleh hukum dia. Doa yang baik-baik saja,” tulis seorang lagi netizen.
Penampikan Alya Iman dan Anis Sofea manis berhijab sebelum tampil dengan imej baru Syawal kali ini.
Alya Iman yang juga seorang pelakon dan Anis Sofea masing-masing sebelum ini dikenali imej mereka yang sanggat manis bertudung.
NONA mendoakan semoga mereka berdua kekal istiqamah dan terbuka untuk kembali berhijab nanti. Yang pasti siapa kita untuk mengadili mereka bukan? Doa saja yang baik-baik.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu persatu kejayaan program Permata Negara menampakkan hasil, terkini Datin Seri Rosmah Mansor terharu apabila gadis genius Matematik ini masuk universiti No. 1 dunia!