
Pusat tarikan pelancong dan destinasi gaya hidup terbaharu di Putrajaya, Alamanda Shopping Centre yang ikonik kini berwajah lebih segar dan elegan!
Setelah dua dekad berdiri megah sebagai permata Putrajaya, kini Alamanda Shopping Centre membuka tirai baharu dengan wajah yang jauh lebih segar dan berkelas.
Dengan pelaburan mencecah RM100 juta oleh Putrajaya Holdings, lokasi ini menzahirkan bukan sekadar penjenamaan semula, tetapi satu revolusi gaya hidup yang disulam teliti untuk komuniti moden yang mendambakan sentuhan elegan dalam setiap langkah mereka.
Dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Februari 2025 lepas, pembukaan semula Alamanda Shopping Centre bukan sekadar simbolik tetapi lambang kesinambungan aspirasi nasional. Ia tampil sebagai sebuah ruang di mana ekonomi, seni bina, komuniti dan pengalaman berbelanja bertemu dalam satu fungsi yang luar biasa.
Transformasi
Transformasi Alamanda Shopping Centre bukan sekadar luaran dan fizikal, tapi menyeluruh dan bernuansa. Kini ruangnya 27% lebih besar, dengan keluasan boleh disewa mencecah 921,443 kaki persegi. Pusat beli-belah ini mampu menempatkan lebih 155 penyewa, termasuk 29 jenama baharu yang menjanjikan pengalaman beli-belah yang lebih premium dan pelbagai.
Daripada butik gaya hidup seperti Bath & Body Works, Bonia, Kiehl’s dan Tomaz, kepada destinasi fesyen seperti Puma, Clarks, HLA, hingga kedai konsep seperti The Green Party dan KKV, setiap sudut Alamanda Shopping Centre kini menuturkan naratif gaya yang lebih sofistikated.
Di medan gastronomi pula, kehadiran jenama seperti Oriental Kopi, Seoul Garden, Chagee dan Richeese Factory membawa deria rasa pelawat mengembara ke pelbagai penjuru dunia. Pengalaman makan kini lebih daripada sekadar menjamu selera, ia adalah satu ritual sosial yang dihidang dengan pesona visual dan suasana.
Lebih menarik, pengenalan Esplanade baharu dengan kipas HVLS yang memberi kawalan iklim, menjadikan ruang makan terbuka satu pengalaman gaya hidup al fresco yang selesa dan mewah.
Di sini juga pengunjung boleh menikmati panorama Escape Putrajaya, sebuah taman tema ekstrem pertama di kawasan ini yang menampilkan pelbagai aktiviti lasak dan menyeronokkan. Antaranya Zip Coaster hingga Monkey Business, sebuah destinasi menyeronokkan untuk keluarga, sahabat dan mereka yang dahagakan adrenalin.
Bagi pencinta filem, pawagam TGV serba baharu bakal menjadi tarikan utama dengan 10 dewan tayangan termasuk ruang eksklusif Indulge Lounge, menjanjikan pengalaman menonton yang lebih mewah dan selesa. Dijangka dibuka menjelang hujung tahun ini, ia bakal mengubah definisi hiburan sinematik di Putrajaya.
Keseronokan hujung minggu turut digandakan dengan kemunculan semula U-Bowl X yang kini tampil dengan 26 lorong permainan dimana ia lebih luas, lebih moden dan lebih mengujakan. Dijadualkan mula beroperasi sekitar September ini, pusat boling ini pasti menjadi tumpuan seisi keluarga dan pengunjung yang ingin bersantai dalam suasana bergaya.
Menambah seri kepada penawaran hiburan di Alamanda Shopping Centre, Karaoke Manekineko pula bakal membuka pintunya pada penghujung Ogos. Dikenali dengan bilik nyanyian yang selesa dan pilihan lagu yang merentasi generasi, ia adalah destinasi baharu buat mereka yang ingin meraikan muzik, suara dan momen riang bersama yang tersayang.
Transformasi fizikal Alamanda Shopping Centre menyentuh setiap inci ruangnya. Lantai marmar berkilauan, pagar kaca yang memberi keterbukaan visual dan lif baharu yang menyambung Plaza Mall baru ini ke Lower Ground mencipta pengalaman yang lancar dan harmoni. Ditambah dengan sambungan fiber optik seluruh kawasan, ia kini bersedia menjadi destinasi gaya hidup digital masa hadapan.
Namun keindahan sebenar Alamanda Shopping Centre terserlah di ruang luarannya. Nikmati landskap rekaan semula seluas 60,000 kaki persegi yang menghadap tasik, dilengkapi dek lestari, spesies tanaman tempatan dan tempat duduk terbina dalam planter box. Ia adalah tempat pelarian kecil di tengah hiruk-pikuk kota, di mana alam dan seni bina berdansa dalam tenang.
Alamanda Shopping Centre juga mengambil langkah ke arah kelestarian dengan pelancaran Alamanda Shopping e-Voucher, pengganti baucar fizikal yang bukan sahaja praktikal dan mesra alam, tetapi juga menjadi hadiah digital yang mudah dibeli dan digunakan di seluruh premis terlibat menjelang penghujung tahun 2025.
Di samping itu, satu inisiatif istimewa diperkenalkan iaitu Green Ribbon Pin. Dijual pada harga RM10 di kaunter Concierge, pin ini bukan sekadar aksesori tetapi satu komitmen untuk menyokong kesihatan mental. Hasil jualan akan disalurkan kepada NGO berkaitan menjadikan setiap pin sebagai simbol empati dan solidariti.
Alamanda Shopping Centre kini bukan lagi sekadar pusat beli-belah. Ia adalah sebuah destinasi yang memadukan kemewahan harian dengan nilai-nilai komuniti, estetika moden dengan fungsi lestari. Sebuah ruang di mana anda bukan hanya membeli, tetapi merasai, mengalami dan menjadi sebahagian daripada naratif gaya hidup yang lebih tinggi nilainya.
Dan bila pintu kaca automatik itu terbuka menyambut anda, satu perkara pasti… elegan kini bernafas semula dan ia bermula di Alamanda Shopping Centre. Ketahui lebih lanjut dengan melayari laman sesawang, https://www.alamanda.com.my/new-alamanda/.
This website uses cookies.