Kalau tak mampu nak jaga anak orang, jangan jadi pengasuh! Itu kata-kata yang meluncur keluar dari mulut ramai kaum ibu bila isu penderaan kanak-kanak di taska makin serius sekarang. Sudahlah berani berselindung di sebalik profesion mulia pendidik, terang-terangan tunjuk contoh tak baik depan anak kecil lagi.
Video berdurasi dua minit yang viral di Internet sejak tiga hari lalu nyata masih meninggalkan kesan kepada sebahagian besar ibu bapa. Apatah lagi bagi si ibu yang mengandungkan anak kecil mangsa dera tersebut yang pastinya trauma menghadapi situasi sukar hari ini.
Berkongsi apa yang dirasainya sejak insiden berkenaan tular, Nur Hasriha Mohamad meluahkan apa yang terbuku di hati. Dia yang selama ini enggan ambil pusing dengan aduan anak sulungnya kerana menganggap guru-guru di taska berperibadi baik.. sama sekali tak menyangka sanggup memperlakukan anak kecil berusia tiga tahun ini seperti boneka.
Ads
“Assalamualaikum.. berkenaan dengan kes dera anak saya tu, terus terang saya katakan saya langsung tak boleh terima apa yang dia dah buat pada anak saya.. saya tak sangka orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar). Kami bukan dari keluarga yang senang. Yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak RM380 mengharapkan penjagaan yang setimpal dengan harga. Bukan dengan cara macam ni.. terus terang saya cakap, sepanjang hantar anak ke situ, cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya.
Sampai anak tak nak sekolah saya fikir positif je. Rupanya ini lah sebabnya anak saya tak nak ke sekolah dan dia ada juga cerita teacher pukul Dina. Tapi cerita tu sebelum kejadian. Saya tak percaya cakap anak.. dia siap tunjukkan teacher pukul macam mana. Saya suami isteri masih berfikiran positif. Biarkan je apa yang Dina cakap.
Ads
Setiap kali bukak FB penuh cerita pasal Dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya. Hati masih belum boleh terima apa yang terjadi sekarang ni.
Ads
Hari ni 14.8.2018 genap anak ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun… Perancangan awal nak sambut birthday dia kat sekolah dengan kawan-kawan. Bila dah jadi macam ni, memang tak buatlah. Ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama dia dah merasai benda macam ni. Tadi sebelum dia tidur saya ada cakap dengan dia, ‘Dina nak sekolah baru tak?’ Seronok dia bila dengar ummi dia nak carikan sekolah baru. Mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ.
Tapi saya harap sangat-sangat, sekolah baru nanti tolonglah jaga anak saya betul-betul. Janganlah benda ni berulang lagi. Kasihan lah budak-budak yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa.”
Sumber: Facebook Nur Hasriha Mohamad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saban hari kita dipaparkan dengan tragedi-tragedi yang menakutkan seperti penderaan mahupun pembunuhan kejam. Paling menyedihkan apabila melibatkan ahli keluarga terdekat atau orang-orang dikenali. Adakah isu-isu seperti ini ada hubung kait dengan gangguan mental sehingga hilangnya kewarasan diri?
Pakar Perunding Psikologi dari Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh merungkai persoalan ini. Beliau juga merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan NH Edu-Health Centre Kuala Lumpur.
Pakar Perunding Psikologi Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh.
“Kesihatan mental berkaitan dengan kesejahteraan jiwa, rasa bahagia dan gembira. Kesihatan mental yang baik memiliki keyakinan diri yang tinggi, kendiri yang bagus atau sederhana. Seseorang itu akan merasa selesa dengan dirinya ketika bersama orang lain.
Baik lelaki mahupun wanita masing-masing berisiko untuk mendapat gangguan mental jika tidak dikawal. Wanita yang bergelar ketua juga harus betul-betul kuat dari segi mental dan fizikal bagi berhadapan dengan cabaran. Jika tidak kuat seorang wanita itu akan mudah merasa tertekan.”
PUNCA GANGGUAN MENTAL
Gemar menyendiri dan memendam perasaan atau masalah.
Genetik atau sejarah keluarga yang memudahkan seseorang itu merasa tertekan apabila berhadapan dengan permasalahan.
Kecederaan akibat kemalangan atau perubatan contohnya sakit belakang dalam tempoh terlalu lama boleh menyebabkan tekanan yang serius.
Persekitaran atau tekanan di tempat kerja seperti bebanan tugas, ekspektasi terlalu tinggi oleh ketua atau kerja melebihi had masa sepatutnya.
Wanita (termasuk surirumah sepenuh masa) yang ‘bekerja’ seolah-olah untuk 24 jam sehari. Melayan karenah anak-anak, keluarga dan kerja rumah. Ada kala mereka lupa dengan hobi sendiri.
Gangguan mental 15 kali ganda berisiko tinggi jika seseorang itu terlibat dengan najis dadah yang mendorongnya melakukan sesuatu di luar kewarasan.
TANDA-TANDA AWAL GANGGUAN
Suka menyendiri, cepat marah, sukar tidur, kerap sakit kepala dan hilang minat terhadap sesuatu seperti kerja dan hobi.
Bersikap agresif, mudah berasa sedih dan menangis, menjerit secara tiba-tiba dan mudah melenting. Ia dikenali sebagai bipolar yang menyebabkan mereka bertindak agresif tanpa sedar yang boleh menjejaskan prestasi kerja termasuk hubungan dengan keluarga, pasangan, rakan dan pelajaran.
Pesakit mental kronik selalu berhalusinasi, tingkah laku juga abnormal. Sering menganggap semua perkara sebagai serius dan sesuatu yang tidak logik sebagai logik.
Pesakit merasa seperti ada orang ingin membunuhnya, delusi dan kecelaruan fikiran.
Gangguan mental di kalangan kanak-kanak jarang berlaku namun tidak mustahil. Lazimnya berlaku di peringkat awal baligh hingga dewasa.
RAWATAN
“Pemberian ubat, kaunseling dan terapi secara one to one. Terapi ini dalam bentuk kumpulan di mana setiap pesakit saling belajar daripada pengalaman masing-masing. Banyak pendekatan diambil dalam usaha menyembuhkan pesakit bergantung kepada jenis penyakit dan latar belakang pesakit. Ubatan yang diambil bukan dadah dan diberikan untuk jangka masa pendek.
Tekanan dan trauma tidak termasuk dalam sebarang skim perlindungan insurans. Peranan syarikat amat penting dalam menyediakan inisiatif kepada pekerja contohnya kursus berkaitan kesihatan mental dan cara mengelakkan tekanan. Negara Barat banyak mengadakan program dan memberi sokongan kesihatan untuk para pekerja.
Peranan masyarakat khususnya kejiranan amat penting untuk saling membantu dan mendengar permasalahan. Begitu juga peranan ahli keluarga terdekat. Kenali emosi ahli keluarga anda seterusnya cari jalan penyelesaian. Pujuk secara baik dan nyatakan kepadanya kita akan mendapatkan bantuan profesional atau kaunselor.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada angin tiada ribut, rupanya pelakon jelita Intan Najuwa hari melangsungkan perkahwinan dan selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman.
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon tersebut selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, kira-kira jam 6.45 petang sebentar tadi.
Menerusi kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Asraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.
Intan Najuwa dilihat anggun menyarung persalinan Fizi Woo dan solekannya menerima sentuhan Alha Alfa.
Nama Abdullah Abbas menjadi pilihan Neelofa dan Haris untuk zuriat kedua mereka. Pasangan selebriti ini sepakat memilih pangkal nama Abdullah kerana ia adalah nama yang disukai Allah sementara Abbas menjadi kata-kata dalam doa Rasulullah S.A.W.
Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat
Abdullah Abbas juga terjalin.
Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..
Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi S.A.W.
Neelofa berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya hari ini. Malah Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berharap agar anak keduanya itu menjadi harapan untuk menyampaikan dakwah.
“Jadi harapan Umi (panggilan Neelofa) dan abah (panggilan Haris) adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam,” ujarnya.
Foto: Instagram @neelofa
Untuk rekod, Neelofa selamat melahirkan zuriat keduanya pada jam 10.45 malam 11 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Seorang zuriat lelaki menjadi peneman Muhammad Bilal yang kini mencecah usia setahun.
Dia dan Haris atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang bangga dengan kejayaan anak Malaysia yang melakar sejarah tersendiri dalam apa jua bidang sekaligus mengharumkan nama negara di mata dunia.
Seperti mana Zul Hakim...