Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan penyanyi Selena Gomez yang cukup terkenal dalam industri seni hiburan Hollywood. Selain berbakar besar dalam menyanyi, Selena Gomez juga tidak kurang hebatnya dalam lakonan.
Manakan tidaknya, watak yang dibawanya menerusi siri tv Only Murder In The Building mendapat perhatian pemerhari industri Hollywood sehinggakan pertama kali tercalon pada anugerah Golden Globes baru-baru in untuk kategori pelakon wanita komedi/muzikal terbaik.
Namun baru-baru ini, kehadiran bintang berusia 30 tahun ke majlis anugerah tersebut menyebabkan dirinya dikecam rata-rata netizen dek kerana berat badannya yang semakin berisi.
Ads
Yang menariknya, langsung tidak terkesan dengan ejekan ‘body-shaming’ netizen, Selena membalas komen-komen tersebut dengan mengatakan bahawa dia sedang bergembira dan menikmatik kehidupan ketika musim bercuti baru-baru ini.
Malah ini bukan kali pertama Selena menerima komen body-shaming sebegitu. Malah Selena menjelaskan tidak pernah ambil pusing dengan komen orang sekeliling yang akan mengkritik penampilannya di mana-mana acara.
Ads
Selena tampil menjelaskan perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik selepas tamat cara berkenaan. Semasa acara karpet merah dia berjalan bersama adiknya Gracie Elliot Teefey dan dia menyarung persalinan mewah dari Velentino.
Foto: Kevork Djansezian/NBC via Getty
NONA sememangnya tidak menyokong sebarang komen yang berbaur kecaman dan penghinaan terhadap keadaan dan tubuh badan seseorang. Semua orang dilahirkan sempurna kerana kita semua ciptaan Tuhan yang satu.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib selamat bertunang dengan Watie Hanifah dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam, hari ini. Berita gembira itu dikongsi Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad pada hantaran berbentuk video di Istagram Story (IGs), sebentar tadi.
“Assalamualaikum, Shuib ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
“Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah, saya baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Watie.
“Saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami.
“Doakan tau.. Selamat Hari Raya,” kata Shuib yang tampak segak mengenakan baju Melayu cekak musang warna hijau pucuk pisang dalam video itu.
Sementara itu, memetik laporan Gempak, Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, sepasang kasut dan manisan kepada bakal isterinya itu.
Pihak wanita pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.
Shuib dan Watie dikatakan bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun akan datang.
Bulan lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikam Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka, seorang atlet wanita yang aktif bersukan dan berjiwa lasak ini mampu menawan hati putera diraja Denmark. Princess Mary atau nama sebenarnya Mary Elizabeth Donaldson bukan sebarangan wanita. Selain meminati sukan lasak, puteri diraja Denmark ini juga dikurniakan rupa paras yang cantik, berpendidikan tinggi dan mempunyai cita rasa yang hebat dalam dunia fesyen. Pendek kata, memang pakej lengkap lah jadi puteri diraja!
Pesona Princess Mary tidak hanya terletak pada wajah cantik semata-mata. Bahkan ibu berusia 47 tahun ini disenangi kerana sikap penyayang beliau terhadap rakyat. Patutlah 75 peratus masyarakat di Denmark bersetuju dan percaya Princess Mary mampu menjadi permaisuri yang baik suatu hari nanti berdasarkan undian yang dibuat media tempatan di sana.
Bercerita tentang kehidupannya yang berubah seperti kisah dongeng Cinderella, Princess Mary menjelaskan, “Saya masih teringat lagi memori manis sewaktu menyaksikan perkahwinan Lady Diana di TV pada tahun 1981. Bagaimana pun saya tak pernah sangka akan menjadi puteri diraja sama sepertinya. Yang saya impikan ialah untuk menjadi seorang veterinar.”
Princess Mary dilahirkan pada 5 Februari 1972 di Tasmania, Australia. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya, John Donaldson ialah profesor Matematik berketurunan Scotland sementara ibunya pula, Henrietta Clark Donaldson berkhidmat sebagai setiausaha di sebuah universiti. Kedua-dua ibu bapa Princess Mary berhijrah dari Edinburgh ke Australia pada awal tahun 60an dan mendapat kerakyatan Australia pada tahun 1975.
Disebabkan aksi lincah dan bakatnya dalam sukan, Princess Mary pernah dilantik sebagai kapten pasukan hoki dan renang di samping menyertai pelbagai lagi aktiviti lain ketika menuntut di Taroona High School. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Hobart Matriculation College dan di sana, Princess Mary masih terlibat aktif dalam sukan terutamanya bola keranjang.
Bijak membahagikan masa di antara sukan dan akademik, jelitawan ini seterusnya berjaya memiliki segulung ijazah perdagangan dan undang-undang pada tahun 1994 dari University of Tasmania. Usai menamatkan pengajian, Princess Mary berpindah ke Melbourne untuk menceburi kerjaya profesional dan terpilih bertugas di sebuah agensi pengiklanan antarabangsa.
Dari situlah Princess Mary belajar tentang perhubungan awam dan mengasah kemahiran komunikasi setiap kali bertemu klien. Jawatan terakhirnya sebelum bergelar puteri diraja adalah sebagai perunding projek bagi Microsoft Business Solutions di Denmark. Fasa hidup Princess Mary berubah sepenuhnya sejak mengenali Prince Frederik di sebuah hotel di Sydney pada Oktober 2000. Pada awal pertemuan itu, jejaka tampan tersebut hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Fred’.
Meskipun datang dengan teman masing-masing, namun kerana chemistry yang ada di antara kedua-duanya… Princess Mary dan Prince Frederik dilihat cukup selesa dan rancak berbual bersama-sama. “Pertama kali berjumpa kami sempat bersalaman. Saya tak tahu sama sekali yang beliau adalah putera diraja Denmark. Hanya selepas 30 minit berkenalan, seseorang datang kepada saya dan bertanya sama ada saya kenal siapa sebenarnya jejaka tersebut.”
Tanggal 14 Mei 2004, Mary Elizabeth Donaldson akhirnya bergelar puteri diraja Denmark secara rasmi selepas melangsungkan perkahwinan bersama Prince Frederik dalam upacara penuh gilang-gemilang. Menariknya, veil yang dipakai Princess Mary pernah digayakan oleh Crown Princess Margret of Sweden pada tahun 1905 hasil rekaan pereka Denmark, Uffe Frank. Kini, Princess Mary dan Prince Frederik dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada sepasang kembar.
Sumber: Hello! Magazine
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rambang mata tengok himpunan koleksi terbaharu, TudungRuffle! Hadir dalam pelbagai variasi warna menarik, jenama hijab popular ini melakar pencapaian tersendiri apabila menjalin kolaborasi sulungnya bersama jenama fesyen ternama, WooFiziWoo.
Pengasas TudungRuffle, Hanis Arif berkata dia teruja dan berbesar hati dapat berkolaborasi bersama pereka fesyen Fizi Woo untuk koleksi raya ini memandangkan label fesyen tersebut cukup disegani.
Selain mementingkan rekaan dan kualiti terbaik kepada pelanggan!
Fizi Woo dalam pada itu menyambut baik usaha sama berkenaan dan berpeluang menimba pengetahuan berkaitan selok-belok penghasilan hijab.
Apatah lagi, TudungRuffle merupakan antara jenama hijab popular dan sering menjadi rebutan para hijabi.
Koleksi raya ‘WooFiziWoo X TudungRuffle’, Woo Memory Lane ini dihasilkan dalam rekaan Bawal dan Shawl serta terbahagi kepada Woo Memory Lane Heritage dan Woo Memory Lane Mansion.
Ia mengambil inspirasi zaman kanak-kanak Fizi Woo di Pulau Pinang di samping mengetengahkan motif dan elemen tradisional serta warisan Baba Nyonya.
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.