EKSKLUSIF! FAZIANI ROHBAN KONGSI KISAH DEKORASI RF VILLA BERSAMA TEAM MAJALAH NONA!

IDAM VILLA BAGAI RESORT, KONSEP ‘BEDMAR & SHI’ PILIHAN FAZIANI ROHBAN

Mengimpikan kediaman ala resort, Faziani Rohban dan suami merealisasikan impian mereka dengan tersergamnya RF Villa yang terletak di Tumpat, Kelantan. NONA menjadi media pertama secara eksklusif di bawa melihat villa kesayangan pemilik DNars Cosmetic ini yang indah dan menawan.

RUANG MENUNGGU TETAMU

Menurut kontraktor yang juga merupakan pereka dalaman villa ini, Saricipta Design Studio, konsep luaran RF Villa mengetengahkan konsep ‘ bedmar & shi ‘  di mana villa tersebut nampak gah dan unik dari segi ‘ architure ‘ nya.

Dapat dilihat bukaan yang maksimum, landskap yang menghijau dan kolam renang yang terletak di tengah rumah ini menjadikan suasana villa begitu tenang dandamai. Selain itu, kemasan kayu pada siling, jubin marmar. ‘Pebble wash’ , glass mosaic pada kolam renang dan timber deck

membuatkan ‘architecture’  tersebut lebih menyerlah.
DAPUR KERING UNTUK HIDANGAN SNEK RINGAN DAN LOKASI MESYUARAT SANTAI

Tambah empunya villa iaitu Faziani Rohban, konsep landscape yang tidak keterlaluan memberikan lebih ruang untuk ahli keluarganya berkumpul dan beriadah memandangkan dia dan suami mempunyai ramai adik-beradik dan kediaman mereka menjadi lokasi untuk mereka berkumpul dan beramah mesra.

“Saya gemar konsep ‘ Hardscape’ yang direka untuk meletakan buaian di laman villa. Dengan kemasan cat yang terang dan pergola yang lengkap dihias dengan langsir kalis air, bantal yang bercorak geometrik dengan rona hangat menceriakan lagi halaman ini.

Paling saya gemari adalah suasana di waktu malam. Mana tidaknya, suasana yang tercipta begitu nyaman dihiasi dengan cahaya lampu ‘ warm light’,” ujar Faziani yang ternyata amat selesa dengan mutu dan hasil kerja ruangan luaran kediamannya itu.

Melangkah masuk ke kediaman yang berkeluasan 17000 kaki persegi ini, ia  mengetengahkan konsep modern & classic luxury

di mana kemasan yang dipilih juga harus bersesuain agar kena dengan citarasa pemilik.

“Kemasan lantai  daripada jubin marmar, granite, engineered timber floor dan heavy duty tiles menjadi pilihan. Manakala siling untuk kesemua ruang menggunakan siling kapur. Pada dinding ruang dalaman pula, pereka hiasan dalaman  menerapkan beberapa jenis reka bentuk agar bersesuaian dengan ‘ loose furniture’ dan konsep untuk setiap ruang.

Pada ruang meyambut tetamu, pereka memilih granite yang berwarna gelap pada kemasan lantai agar suasana di sini nampak eksklusif. Padanan sofa yang moden dengan rona warna segar menampakan kemewahan yang unik.

RUANG TAMU UTAMA RF VILLA

“Permaidani yang dipilih juga ditempah khas  dari gabungan satin dan wool yang terpilih. Manakala Chandiler dengan kemasan wrought iron dipilih unt penyeri ruang ini.”

Melangkah ke ruang utama pada villa ini pula, ia berkonsepkan classic luxury  mengikut citarasa Faziani dan suami yang  menginginkan konsep gold yang melambangkan kemewahan.

“Ruang utama ini mempunyai ketinggian siling 18kaki diserikan dengan chandlier crystal . Secara tidak langsung, ia melahirkan perasaan agung ketika berada di ruang utama. Dinding ruang agung ini diperkemaskan dengan wainscoting with spray 

Paint finish. Padanan perabot yang berwarna keemasan, permaidani yang ditempah mengikut kepadanan ruang diserikan dengan gubahan bunga dengan warna yang Vibrant.
FAZIANI ROHBAN JATUH CINTA DENGAN KEMASAN EMAS UNTUK RUANG TAMU UTAMA

Konsep yang sama masih dikekalkan pada ruangan lain. Sentuhan eksklusif diberikan kepada ruang bilik tidur utama di mana unsur-unsur glamor diterapkan pada ruang bilik tidur utama bersesuian dengan karektor saya yang sentiasa bergaya dan energetic,” ujar Faziani yang turut mencurah idea untuk keindahan villa kesayangannya ini.

RUANG MAKAN UTAMA BERKONSEP MODEN
IKLAN
Share