Bukan mudah bagi seorang ibu yang sudah mempunyai tiga anak untuk kekal sihat dan cantik. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak kecil yang memerlukan sepenuh perhatian. Rutin harian sudah tentu lebih tertumpu kepada si kecil berbanding diri sendiri. Namun selebriti cantik, Fiza Abdul Halim berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih mampu tampil menawan.
Tidak dinafikan, sebagai wanita… penulis juga cemburu tengok kemulusan kulit wajah Fiza. Macam porselin, satu jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi tertawa kecil. Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka mekap kot. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas. Bab kesihatan badan pula saya ni suka vaccum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam sebab kalau nak pergi gim bagai memang tak bolehlah dengan si kecil lagi.
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana. Petua turun-temurun tak ada cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.
Ads
Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit. Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi ibu tiga anak ini. Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib. Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ads
Fiza yang merupakan isteri juruterbang, Aizat Al-Jefri Al Kudus selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, Siti Aleena Adra atau panggilan manjanya Baby Aleena pada 24 September 2018. Sejak kehadiran Baby Aleena, Fiza lebih selesa berada di rumah untuk memberi tumpuan penuh kepada keluarga selain membesarkan puteri bongsunya itu.
Ads
“Tawaran (berlakon) tu ada, memang banyak. Tapi saya terpaksa tolak sebab saya lebih pentingkan Aleena, kasihan dia masih lagi kecil dan tak ada orang nak jaga dia. Lagi pula dia memang attach sangat dengan saya. Dari kecil saya tak pernah tinggal dia walau seminit pun. Setakat ini saya bukanlah duta mana-mana produk tapi kalau ada, saya amatlah berbesar hati. Tentang produk sendiri… semua dalam perancangan, InshaAllah nanti kalau ada pasti saya akan beritahu. Mungkin produk baby.”
Tambahnya lagi, memandangkan dia kini bergelar suri rumah tangga sepenuh masa Fiza memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin. “Sama seperti keluarga lain di luar sana, aktiviti apa lagi yang boleh saya buat selain memasak 24/7. Tapi saya tak terasa bosan atau sebagainya duduk di rumah sebab saya memang jenis yang kemas rumah dan jaga anak sendiri tanpa maid. Semua kerja saya lakukan sendiri.”
Bahagia meniti bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan di samping keluarga tersayang Fiza bagaimana pun mengakui dia tidak terlalu selektif dalam soal juadah berbuka. “Saya ni jenis orang yang tak banyak makan dan saya tak gemar makan makanan yang macam-macam. Saya lebih suka makan satu meal untuk sendiri je disertakan dengan air panas, kopi atau teh atau air suam tambah kurma. Saya tak pernah ada juadah kegemaran. Apa saja saya makan tapi saya tak gemar makan banyak.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suka dengan cara Jennifer Aniston menghadapi pertanyaan para media apabila berbicara tentang umur. Meskipun menyedari usianya yang sudah mencecah separuh abad, selebriti kesayangan Hollywood ini tidak pernah menganggap ia satu masalah. Bahkan, dia bersikap realistik dan menyerlahkan kecantikan dengan cara tersendiri.
Saat kebanyakan bintang wanita Hollywood lain menjadikan pembedahan sebagai ‘teman setia’ apabila usia mencecah 50 tahun… Jennifer bagaimana pun lebih selesa dengan pendekatan cantik semula jadi. Sejujurnya, dengan bentuk fizikal dan rupa paras yang dimiliki bekas isteri Brad Pitt ini ramai yang tidak menyangka dia sudah berusia 50 tahun.
Bercakap kepada InStyle Magazine baru-baru ini, Jennifer yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 pada Februari lalu dengan tenang memberitahu, “Well, that number. Saya tak tahu hendak cakap apa sebab saya tak rasa apa-apa perubahan (meningkat usia). Semuanya baik. Saya rasa sangat hebat.”
Bercakap tentang penampilan dan kecantikan seseorang yang sudah berusia bukanlah satu perkara yang menyenangkan bagi Jennifer. Ujarnya lagi, “Agak pelik bila tiba-tiba ada yang menghantar pesanan kepada saya dengan kata-kata seperti ‘Anda kelihatan mengagumkan dengan usia sekarang’.”
Bekas pelakon drama bersiri popular ‘Friends’ ini mendedahkan biarpun dia bersikap terbuka dengan pertambahan usia saban tahun, namun kewujudan rambut putih atau uban ada kalanya membuatkan dia rasa kurang yakin. “Saya tak mampu berbohong. Saya memang tak suka rambut yang sudah beruban.”
Wajah Jennifer Aniston ketika mudaJennifer di samping selebriti JLo yang juga berusia 50 tahun
Iyalah, selama ini rambut kuning keemasan Jennifer berjaya menawan jutaan peminat di Hollywood dan serata dunia. Jadi bila warna rambut sudah berubah tentunya ia memberi kesan kepada jelitawan ini.
Bagaimana pun, Jennifer sangat bertuah kerana memiliki gen cantik semula jadi. Memetik kenyataannya kepada Yahoo! Beauty pada tahun 2014, “Ayah saya ialah 100% keturunan Greek. Walau sudah berusia 81 tahun tapi kedutan di wajahnya hampir tak kelihatan. Sama juga seperti mendiang nenek yang meninggal dunia pada umur 95 tahun.”
Pernah tersenarai di antara World’s Most Beautiful Woman dari People Magazine pada tahun 2016, Jennifer tanpa berselindung menjelaskan tiga tip awet muda yang diamalkan ialah minum banyak air kosong, mendapatkan tidur yang cukup dan pakai krim pelindung sinar UV matahari.
Berpegang kepada filsuf kecantikan tersendiri… Jennifer berkata, “Sayangi diri sendiri dan perlu ada rasa sayang dengan apa yang dianugerahkan kepada anda iaitu dengan cara menghargai dan menjaga kurniaan tersebut. Sebab ini sajalah tubuh yang diberi dan memastikan ia dalam keadaan baik dengan mengambil pemakanan sihat serta rehat mencukupi.”
Sumber: Evoke & Insider
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kavita Sidhu memang cantik orangnya! Apa saja busana yang disarungkan ke tubuh langsingnya pasti terletak cantik. Dalam usia meniti separuh abad, penampilan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini tidak menggamarkan umur sebenar.
Bukan hanya tinggi lampai, dia juga dikurniakan raut wajah cantik mempersona persis supermodel.
Tambahan pula Kavita memiliki peribadi yang mesra dan membuatkan dia disenangi ramai. Tidak kira dalam kalangan rakan artis, media mahupun peminat.
Bersandarkan pakej lengkap yang ada pada diri, ikon fesyen ini sering diundang ke majlis-majlis fesyen berjenama mewah. Difahamkan Kavita mula menakluki industri peragaan fesyen di Eropah sewaktu baru berusia 18 tahun!
Pada 6 Januari lalu, Kavita dan suami tercinta yang juga jejaka kacak kelahiran Itali iaitu Roberto Guiati menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.
1 Jun lepas, dia dijemput menjadi pengacara majlis bagi meraikan Hari Republik Itali. Kongsinya, “Always an honor to emcee for the Italian Embassy. Thank you.
An important night acknowledging Italy’s important role in trade relations with Malaysia, and as an economic powerhouse in the world. You can see how our KL Tower was lit in the colours of the Italian Flag on that day.”
Roberto berkhidmat dalam industri gas dan minyak selain bergelar pemilik Zenzero Group yang mengusahakan tiga buah restoran iaitu Zenzero Restaurant & Wine Bar, Luce Osteria Contemporanea dan Roberto’s 1020.
Sementara itu, Kavita Sidhu yang sinonim dengan kerjaya peragaan turut mengembangkan bakat sebagai pelakon, penerbit filem, pereka fesyen dan usahawan. Antara filem yang pernah dibintangi figura ini termasuklah Layar Lara.
Mempunyai sebilangan besar kenalan berbangsa Melayu, Kavita disifatkan seorang wanita yang cukup menghormati budaya dan adat masyarakat Melayu.
Malah, dia juga dilihat gemar mengenakan persalinan tradisi seperti baju kurung.
Selain menjadi pereka fesyen, Kavita turut mengusahakn produk minuman kesihatan Karamia Wellness.
Wanita cantik ini juga merupakan anak kepada Prof Dato’ Dr. Joginder Singh a/l Budh Singh.
Mendiang bapa Kavita pernah berkhidmat sebagai pensyarah radiologi di Universiti Malaya dan merupakan antara individu yang bertanggungjawab mewujudkan Jabatan Pengimejan di Hospital Pantai pada tahun 1985.
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Tanggal 2 Februari lalu pastinya menjadi momen indah buat usahawan Nur Amirah Maulat Abdullah apabila dia kembali bergelar isteri.
Tampil berbusana indah serba putih di majlis pernikahan, jelas terserlah wajah bahagia wanita cantik ini di samping suami tercinta, Ihsan Yusof.
Menariknya, Nur Amirah atau mesra disapa Mira tidak mengambil khidmat jurusolek untuk hari bahagia tersebut.
Sebaliknya, dia selesa menata rias wajah sendiri dan ternyata naik seri wajah Mira!
Selepas bertahun-tahun naik turun mahkamah, dia akhirnya bercerai namun kekuatan Mira sebagai ibu tunggal meraih perhatian khalayak.
Mira merupakan pengasas Kayra Health & Beauty. Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!