Hampir lima tahun mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Johor, Ungku Azhar Ungku Maznan, penyampai radio popular Linda Onn akhirnya mengakui dia sedang hamil anak sulung. Memuat naik foto eksklusif tentang dirinya di Instagram petang tadi, Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn nyata teruja menyambut kehadiran cahaya mata yang amat dinanti-nantikan tersebut.
Tulis Linda, “Buat semua peminat-peminat dan kawan-kawan Linda yang tersayang. Sesuatu untuk Linda kongsikan dengan you all. The best thing in my life. Nantikan LO junior… coming soon. Syukur Alhamdulillah.”
Ads
Berdasarkan keadaan perut yang makin membesar, mungkin kandungan Linda sudah pun berusia lima bulan ke atas. Atau mungkin akan berkongsi tarikh kelahiran sama dengan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza?
Pengumuman Linda menerusi Instagramnya juga mendapat reaksi ramai kenalan artis yang turut menzahirkan ucapan tahniah dan berharap keadaan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat hingga saat melahirkan kelak. Desas-desus mengenai kehamilan Linda Onn mula bertebaran sejak dia memuat naik gambar buah mangga pada September tahun lalu. Namun waktu itu, empunya badan tidak memberikan sebarang kenyataan.
Ads
Semoga Linda diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan dipermudahkan kelak. Untuk makluman, Linda Onn dan Ungku Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2013.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga. Sebak baca luahan Fauziah Nawi yang merindui Allahyarham anaknya. Mengintai laman media sosial anak seni ini, dia kerap berkongsi gambar kenangan bersama anak tersayang selain tak putus-putus mengirim doa.
Menghitung hari mengenang pemergian anak tersayang, Pitt Hanif, bagi wanita yang bergelar ibu pasti memahami rasa rindu yang menyelubungi jiwa biduanita negara ini.
Meskipun sudah tiga tahun berlalu namun gelak tawa dan gelagat Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif masih segar di ingatan Fauziah.
Jelas terserlah betapa besar rasa kasih aktres ini yang tak jemu mengenang kenangan indah bersama arwah anak dan tabah meniti hari-hari mendatang tanpa kelibat suami kepada pelakon Farah Ahmad itu.
“Rabu 5.4.2023 bersamaan 14 Ramadan 144H. 3 tahun 160 hari sudah kau wahai anak buah hatiku pergi meninggalkan kami bertemu RabbMu.
Setiap hari aku masih merinduimu, masih menitipkan doa buatmu, tak lupa baba, atok dan mak nek.
Kalian kekuatanku dan terus jadi kekuatanku. Kerinduan ini tak pernah hilang.
Moga kau dikasihi dan menerima ehsan Rabbmu. Sebagaimana redanya aku terhadapmu, aku berharap Allah meredaimu juga. Aku terus memperjuangkan hakmu wahai anak.”
Ujar Fauziah lagi, “Bila yang dikasihi jadi kenangan maka segala kenangan itu amat berharga. Al Fatihah buat buah hatiku belaian jiwa Hj Mohd Firdaus bin Hj Mohamad Hanif a.k.a Pitt Hanif.
Moga kau tenang dalam dakapan khaliq mu wahai anak.”
Allahyarham Pitt yang merupakan penulis skrip dan pengarah meninggal dunia pada Oktober 2020 selepas ditemui lemas di Sungai Mela, Jerantut, Pahang ketika bersama temannya keluar memancing usai penggambaran.
Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Buat Ibu Fauziah Nawi, semoga Allah kurniakan kesabaran untuk menempuh ujian ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun baru berusia 20 tahun dan masih ‘setahun jagung’ dalam industri hiburan, nama Haqiem Rusli telah mendapat tempat di industri muzik tanah air dan hati peminatnya. Haqiem mula popular dengan lagu Segalanya selepas lagunya itu menjadi sajian halwa telinga pencinta muzik khususnya remaja. Malah, bakat mencipta lagu Haqiem Rusli juga menjadi bualan artis-artis senior dan ternyata berasa kagum dengan kebolehannya itu.
Namun, sekitar Jun lalu industri hiburan dikejutkan dengan keputusan penyanyi itu untuk berhenti menyanyi akibat tekanan yang dialaminya sehingga dia bertindak untuk delete semua gambar di Instagram miliknya. Haqiem turut mendedahkan dia sudah mengalami depresi sejak daripada awal tahun dan beberapa masalah sampingan lain hingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi.
Bagaiamanapun dia mengambil masa sebulan untuk mempertimbangkan semula keputusan tersebut dan meminta para peminatnya untuk menunggu keputusan sehingga bulan Julai. Namun, tindakan Haqiem yang dikatakan menggunakan isu depresi untuk melancarkan singel terbaru beliau yang berjudul Selamat Tinggal Sayang mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk netizen dan juga rakan artis sendiri.
Semalam, Haqiem bersama pihak FMC Music mengadakan sidang media tergempar mengenai isu ini untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya selain meminta maaf secara terbuka.
“Salah faham mengenai pengakuan saya tentang kemurungan sebelum ini berlaku atas sebab saya menggunakan perkataan salah dalam menjelaskan situasi yang saya hadapi.
“Saya bukan orang yang pandai, ketika saya pakai perkataan kemurungan, mungkin saya salah pilih perkataan untuk menggambarkan situasi saya. Tetapi saya tak tipu mengenai keadaan yang saya alami,” katanya.
Tambah pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli ini, dia mengalami kemurungan ringan kerana tekanan kerja, masalah tidak boleh tidur di waktu malam, berat badan tidak konsisten serta menerima banyak kecaman netizen.
“Saya tak tipu, takkanlah saya nak main-main dengan perkara ini. Saya menghadapinya dan menegaskan sekali lagi ia benar kerana saya menanggungnya seorang diri dan situasi ini bukan gimik untuk melancarkan single terbaru saya yang berjudul Selamat Tinggal Sayang,” jelasnya lagi.
Antara yang paling terkesan dengan isu ini adalah Ernie Zakri, Wany Hasrita dan Ara Johari kerana mereka rasa tertipu dan dipergunakan dalam satu rancangan temubual radio swasta baru-baru ini yang meminta mereka untuk memberi ‘sokongan’ kepada Haqiem tentang rancangan gimik dan depresi ini yang telah lama dirancang.
Turut yang tidak bersetuju dengan tindakan Haqiem Rusli ini ialah artis-artis senior seperti Akim, Faizal Tahir dan Adibah Noor yang turut menjelaskan isu depresi ini tidak seharusnya dibuat main dan digunakan untuk sekadar gimik atau strategi pemasaran.
Diharapkan perkara yang terjadi ini boleh dijadikan pengajaran kepada artis lain, terutamanya artis baharu yang ingin menapak dalam industri hiburan ni. Tidak semua perkara boleh dibuat main ya. Selain itu, hubungan bersama rakan artis yang lain juga harus dijaga, lagi-lagi kalau berada dalam satu syarikat rakaman yang sama. Tidak seharusnya syarikat rakaman mempergunakan artis untuk kepentingan artis yang lain.
sumber: astroawani.com
foto: twitter, instagram, facebook
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru beberapa minit upload, gambar terkini ‘mommy to be’ Mira Filzah raih puluhan ribu likes! Mana tidaknya sejak mengumumkan berita kehamilan anak sulung pada 20 Januari lepas, ini pertama kali peminat menyedari dengan jelas baby bump selebriti cantik berkenaan. Comel!
Perkongsian tersebut dimuat naik Mira ketika menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabatnya di Ampang.
Dalam foto itu, Mira kelihatan cukup ceria di samping Wan Emir Astar yang anggun mengenakan jubah rona pastel. Sedondon dengan suami tercinta.
Rata-rata peminat yang membanjiri ruangan komen turut melahirkan rasa teruja dan gembira dengan perkembangan terkini selebriti kesayangan ramai ini.
Tidak kurang juga rakan-rakan artis yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan yang baik buat Mira Filzah.
Mengimbas kembali khabar gembira yang disampaikan Mira dan Wan Emir pada Januari lalu, kandungan aktres cantik tersebut ketika itu memasuki trimester ketiga. Pendedahan itu dibuat selepas mereka pulang daripada bercuti di Eropah.
Mira Filzah sah bergelar isteri Wan Emir yang juga anak lelaki kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid pada 3 September 2020.
Semoga Mira dan kandungan berada dalam keadaan sihat serta dipermudahkan segalanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada usia 59 tahun dan ibu kepada 3 anak, YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Bank Islam yang baharu, berkuat kuasa 1 April 2026.