Etika berpakaian amat penting dan perlu dititikberatkan saat menghadiri sesi temuduga. Penampilan diri yang kemas menjadi aspek utama dalam mempersiapkan diri menghadapi temuduga. Ini adalah kerana pakaian yang formal akan menunjukkan diri anda mempunyai disiplin dan juga berkeyakinan dalam menjalankan tugas yang akan diberi setelah berjaya melalui proses temuduga. Tatacara pemakaian anda juga akan memberikan gambaran yang baik kepada pihak majikan.
JOM LIHAT ETIKA PENTING DALAM BERPAKAIAN UNTUK MENJALANI TEMUDUGA
KEMAS DAN BERSIH
Pakaian calon wanita boleh dibahagikan kepada dua mengikut peredaran fesyen semasa. Pakaian haruslah kemas dan tampak bersih. Pakaian pertama yang semestinya akan tampak formal ialah berbaju kurung. Sebaiknya berbaju kurung plain, yang tidak mempunyai corak keterlaluan atau warna yang terang.
GAYA TUDUNG DAN RAMBUT
Bagi calon wanita bertudung, hendaklah memastikan cara gaya yang dikenakan adalah ringkas dan kemas. Seelokknya memakai tudung bawal kerana lebih ringkas dan kemas. Seiring dengan peredaran fesyen semasa, calon wanita juga dibolehkan memakai shawl,
PEMILIHAN AKSESORI
Wanita sememangnya sinonim dengan aksesori yang akan sentiasa berada di leher, tangan, telinga dan sebagainya. Sebagai salah seorang calon yang akan ditemuduga, calon digalakan memakai jam tangan, dan aksesori yang tidak berlebihan. Sebolehnya, kurangkan aksesori di bahagian telinga, kaki dan jari kerana ini akan membuatkan panel memberikan gambaran yang kurang baik mengenai calon yang ditemuduga.
MEKAP YANG BERSESUAIAN
Jika muka calon terlihat pucat, bolehlah dikenakan sedikit mekap secara sederhana tetapi tidak keterlaluan. Sebolehnya, pakailah mekap yang bersesuaian dengan kulit muka
JENIS KASUT
Calon temuduga wanita sebolehnya memakai kasut bertutup, bertumit dan berwarna gelap. Bertumit di sini bukanlah kasut yang tinggi sehingga 5 inci atau lebih ya. Kasut bertumit ini akan menunjukkan keprofesionalan seseorang dan tahap keyakinan seseorang calon apabila berhadapan dengan panel penemuduga. Stoking juga mestilah berwarna yang sesuai dengan kasut atau dengan baju yang dipakai oleh calon.
This website uses cookies.