Etika berpakaian amat penting dan perlu dititikberatkan saat menghadiri sesi temuduga. Penampilan diri yang kemas menjadi aspek utama dalam mempersiapkan diri menghadapi temuduga. Ini adalah kerana pakaian yang formal akan menunjukkan diri anda mempunyai disiplin dan juga berkeyakinan dalam menjalankan tugas yang akan diberi setelah berjaya melalui proses temuduga. Tatacara pemakaian anda juga akan memberikan gambaran yang baik kepada pihak majikan.

IKLAN

JOM LIHAT ETIKA PENTING DALAM BERPAKAIAN UNTUK MENJALANI TEMUDUGA

KEMAS DAN BERSIH
Pakaian calon wanita boleh dibahagikan kepada dua mengikut peredaran fesyen semasa. Pakaian haruslah kemas dan tampak bersih. Pakaian pertama yang semestinya akan tampak formal ialah berbaju kurung. Sebaiknya berbaju kurung plain, yang tidak mempunyai corak keterlaluan atau warna yang terang.
Seeloknya baju kurung berwarna pastel. Baju kurung pula sebolehnya tidak melekap di badan calon supaya dapat memberi gambaran bahawa calon adalah seorang yang bersopan dan menjaga tatasusila apabila berhadapan dengan orang luar. Seiring dengan peredaran fesyen semasa juga, pakaian formal bagi calon wanita juga telah berubah dari berbaju kurung hinggalah ke smart kasual. Calon wanita boleh memakai seluar slack/berkain skirt ( tidak ketat ) gelap, berbaju kemeja berwarna cerah atau pastel, dan berkot/ blazer berwarna gelap. Dinasihatkan cara pemakaian ini mengikut juga jawatan yang dipohon oleh calon.

Etika Berpakaian Sebelum Hadir Ke Temuduga, Usah Pandang Ringan

GAYA TUDUNG  DAN RAMBUT
Bagi calon wanita bertudung, hendaklah memastikan cara gaya yang dikenakan adalah ringkas dan kemas. Seelokknya memakai tudung bawal kerana lebih ringkas dan kemas. Seiring dengan peredaran fesyen semasa, calon wanita juga dibolehkan memakai shawl, tetapi hendaklah mengayakan shawl tersebut secara ringkas dan tidak terlalu terbelit atau menyesakkan mata panel penemuduga. Bagi calon wanita tidak bertudung, rambut mestilah disikat rapi, dan jika rambut panjang, bolehlah di ikat secara “pony-tail” atau dipotong kemas. Dibahagian muka pula, rambut sebolehnya tidak menutupi mata atau muka sepenuhnya. Ini membolehkan panel penemuduga berinteraksi dengan calon secara lebih selesa dan terbuka.

Etika Berpakaian Sebelum Hadir Ke Temuduga, Usah Pandang Ringan

PEMILIHAN AKSESORI
Wanita sememangnya sinonim dengan aksesori yang akan sentiasa berada di leher, tangan, telinga dan sebagainya. Sebagai salah seorang calon yang akan ditemuduga, calon digalakan memakai jam tangan, dan aksesori yang tidak berlebihan. Sebolehnya, kurangkan aksesori di bahagian telinga, kaki dan jari kerana ini akan membuatkan panel memberikan gambaran yang kurang baik mengenai calon yang ditemuduga.

IKLAN

Etika Berpakaian Sebelum Hadir Ke Temuduga, Usah Pandang Ringan

MEKAP YANG BERSESUAIAN
Jika muka calon terlihat pucat, bolehlah dikenakan sedikit  mekap secara sederhana tetapi tidak keterlaluan. Sebolehnya, pakailah mekap yang bersesuaian dengan kulit muka anda supaya muka calon lebih kelihatan berseri semasa ditemuduga. Ini membolehkan penemuduga memberikan gambaran yang lebih baik kepada calon berbanding calon yang kelihatan selekeh dan tidak bermaya sekaligus merendahkan keyakinan diri calon.

IKLAN

Etika Berpakaian Sebelum Hadir Ke Temuduga, Usah Pandang Ringan

JENIS KASUT
Calon temuduga wanita sebolehnya memakai kasut bertutup, bertumit dan berwarna gelap. Bertumit di sini bukanlah kasut yang tinggi sehingga 5 inci atau lebih ya. Kasut bertumit ini akan menunjukkan keprofesionalan seseorang dan tahap keyakinan seseorang calon apabila berhadapan dengan panel penemuduga. Stoking juga mestilah berwarna yang sesuai dengan kasut atau dengan baju yang dipakai oleh calon.

Etika Berpakaian Sebelum Hadir Ke Temuduga, Usah Pandang Ringan

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI