Demikian kata pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall mengenai status dirinya selepas timbul banyak persoalan dalam kalangan warganet.
Siti Jamumall, 24, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia dan suami sudah bercerai dengan talak satu sejak tahun lalu selepas empat tahun berkahwin.
“Perceraian ini sakit. Walaupun apa yang dilihat dan dilalui ini mengganggu emosi, saya simpan dan tak beritahu sesiapa kecuali keluarga dan rakan rapat saja. Dulu lagi saya jenis tak kongsi kisah peribadi terutama rumah tangga.
“Cuma sejak kebelakangan ini saja apabila saya buat sesi siaran langsung di Tiktok, ramai bertanya mana suami, lama tak muat naik gambar dan video bersama, jadi saya rasa ini masa terbaik untuk saya kongsikan perkara sebenar.
Ads
“Lagi pula saya pun dah habis edah dan simpan perkara ini lama. Dalam masa sama, nak elakkan fitnah berlaku. Jadi, saya tak nak lagi ada komen bukan-bukan. Sebab mereka tak tahu apa-apa. Saya tak nak ada fitnah berlaku,” katanya.
Menurutnya, episod perceraian yang berlaku memberikan impak besar terhadap diri dan kehidupannya.
“Apa yang berlaku ini memberi impak besar kepada kehidupan saya. Saya hanya berkongsi perkara ini kepada keluarga dan rakan rapat saja. Mereka yang banyak berikan sokongan dan semangat untuk teruskan kerjaya.
Ads
“Saya dari umut 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan mak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami, tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri.
“Jadi apabila bercerai, saya sedar ia sangat penting. Kalau contoh saya tak ada apa-apa, mungkin sukar untuk saya teruskan hidup dan besarkan anak-anak. Saya mencari rezeki untuk besarkan dua anak lelaki. Saya yakin ramai juga ibu tunggal yang kuat untuk membesarkan anak-anak.
Ads
“Saya buat berniaga dan buat sesi siaran langsung. Tujuan saya untuk mencari rezeki halal untuk anak-anak. Saya tak baik mana, banyak jahat saya, saya tahu. Kalau anda tengok saya memekik dalam ‘live’, itu adalah kandungan yang dibuat semata-mata,” katanya.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4; dan Putra Aiman Zafran, 2.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ginseng telah lama dikenali dengan kesan penyembuhannya dan sebati dengan masyarakat Cina di mana ia telah digunakan sebagai tonik dan ubat sejak 5,000 tahun yang lalu. Dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran mengenai ginseng merah Korea dan bagaimana ia boleh membantu dalam segi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, Korea Ginseng Corporation (KGC) telah menerajui Seminar CheongKwanJang 2017 yang pertama di Malaysia dengan sokongan rakan tempatan KMT Trading Sdn Bhd serta Korea Trade & Investment Promotion Agency (KOTRA) Kuala Lumpur untuk berkongsi tentang penyelidikan terhadap ginseng merah Korea secara mendalam yang telah dijalankan.
Secara tradisinya, ginseng digunakan untuk membantu dalam pelbagai masalah dan sebagai eliksir untuk mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Korea Ginseng Corporation amat berbesar hati untuk mempamerkan legasi selama 118 tahun sejak dalam menghasilkan ginseng mentah yang bersih dan berkualiti melalui penanaman dan kaedah pemprosesan ginseng kesihatan yang sistematik – dari persekitaran penanaman yang sesuai, pengeluaran yang mementingkan kualiti, sehingga mengoptimumkan keberkesanan ginseng merah Korea melalui penyelidikan dan pembangunan.
Bergantung kepada peringkat pemprosesannya, ginseng yang mentah akan menjadi ginseng merah apabila ia distim dan dikeringkan berulang kali sehingga ginseng tersebut bertukar kepada warna perang atau kemerahan. Ia boleh disimpan dengan mudah untuk tempoh yang lama tanpa menjejaskan kualitinya. Ginseng merah sering dikenali dengan manfaatnya iaitu :
meningkatkan sistem imunisasi
membantu memulihkan tubuh dari keletihan
memperbaiki peredaran darah
meningkatkan aktiviti otak dan bertindak dengan ciri-ciri anti oksida.
Secara umumnya, ginseng merah Korea merupakan akar istimewa yang penuh dengan vitamin dan mineral yang unik, antioksida dan pelbagai nutrien penting yang membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan. Ramai masyarakat Cina menggelar ginseng Korea sebagai ‘eliksir kehidupan’ kerana manfaat-manfaatnya yang hebat.
Ginseng mengandungi pelbagai komponen farmakologikal, termasuklah satu siri saponin triterpenoid tetracyclic (ginsenosida), poliasetilena, bahan-bahan polifenol dan polisakarida berasid. Ekstrak-ektsrak ini menghasilkan bahan-bahan antimikrob yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan dari jangkitan bakteria dan virus di mana ia membantu meningkatkan sistem imunisasi. Kesan proaktif ginsenosida membantu meningkatkan daya tumpuan dan fungsi otak secara keseluruhan dengan merangsang sel-sel otak. Ia boleh memperbaiki peredaran darah dengan menghalang pembentukan trombus, dan boleh mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular.
CheongKwanJang telah diiktiraf setara dengan ginseng Korea berkualiti tinggi yang diminati oleh warga Korea selama ribuan tahun apabila kerajaan Korea mula mengenakan standard kawalan kualiti yang sangat tinggi. Jenama ini melambangkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti hebatnya di mana ia mewakili semangat ketukangan dan usaha yang berterusan mencapai kemewahan yang bertahap dunia. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu buli bukan hanya berlaku di kalangan pelajar sekolah dan universiti. Malah, orang dewasa dan bekerjaya pun tidak terkecuali menjadi mangsa. Walaupun bukan secara fizikal, gejala buli yang dilakukan melalui pertuturan dan mengganggu emosi juga boleh mendatangkan ‘kecederaan’ kepada mangsa.
Brooks Gibbs iaitu penulis dan kanselor krisis belia yang sering terlibat dalam seminar berkaitan teknik anti buli di US berkata kajian ahli sosiologi menyifatkan gejala buli sebagai kelakuan dominan yang menyaksikan keadaan seorang individu cuba menguasai orang lain dan menakut-nakutkan mangsa terlibat. Dalam erti kata lain, berlaku situasi si pelaku cuba memiliki dan mencipta ‘darjat’ lebih tinggi daripada mangsa.
Menerusi video yang dipaparkan Brooks, “Mereka mahu melihat anda kalah, lemah dan seterusnya mereka boleh menang. Pakar mengatakan ketidakseimbangan kuasa itu seperti semakin kita memberi reaksi negatif atau takut, semakin ‘berkuasa’ perasaan yang mereka alami. Lagi anda tunjukkan rasa sedih dan marah, ia sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka.”
Keadaan akan jadi berbeza apabila orang yang cuba dibuli bersikap tenang dan positif. Kunci utamanya memiliki emosi yang kuat dan mental yang kental supaya tidak kira apa perkataan yang mereka gunakan sekalipun anda tidak merasa tercabar atau ambil kisah.”
TINDAKAN JIKA DIBULI
Bersikap tenang & positif
Kuatkan emosi dan mental agar apa jua perkataan yang dilontarkan tidak membuatkan anda tercabar
Jangan sesekali tunjuk kelemahan diri dan bersedih dengan apa yang mereka bicarakan
Jika mereka berniat untuk menyakitkan hati anda, lakukan perkara di atas. Namun jika melibatkan sentuhan atau dipukul, ia adalah jenayah dan wajib bertindak untuk melindungi diri sendiri
Sumber: Brooks Gibbs
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Bayangkan, pada usianya yang masih kanak-kanak, Hayder sudah bijak bergurau senda dengan kedua ibu-bapanya.
Apatah lagi setiap kali ada perlawanan bola sepak daripada team Johor, Hayder akan turut berada di stadium tersebut untuk memberi sokongan kepada ayahnya.
Baru-baru ini, pelakon yang juga isteri kepada pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), itu berkongsi momen anak sulungnya, Muhammad Hayder Qalish yang baru memasuki alam pra-sekolah. Ini ditambah pula dengan wajah Hayder yang comel menerima pujian ramai wargamaya.
Malah Eyra dan suami juga seringkali berkongsi telatah Hayder Qalish untuk hiburan peminat-peminat mereka di Instagram mahupun Twitter, membuatkan ramai yang geram dengan telatah dan gelagatnya yang bersahaja. Masya allah, memang comel sungguh Haider ni kan!
Gelahat Haider boleh disaksikan menerusi akaun Tiktok @haiderqhalish14 yang yang dipercayai dibuka oleh Eyra dan Haziq. Sehingga kini akaun tersebur mempunyai 142 ribu pengikut.
Walaupun perkahwinan Eyra Hazali dan Haziq Nadzli baru beranjak ke usia 3 tahun lebih, namun ramai yang mengagumi keluarga harmoni Eyra dan suami yang cukup bahagia. Apatah lagi Eyra dikhabarkan cukup memamahi profesion suaminya dan saling menyokong antara satu sama lain, malah sanggup pindah ke Johor untuk bersama suaminya.
Sekadar info, Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020 dan Muhammad Endra Haqimie, pada 29 April 2022.
NONA mendoakan semoga rumahtangga Eyra dan Haziq diberkati dan kekal bahagia hingga ke Jannah, dan kedua-dua anak comel mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.