Fazeera Nazri Korban Masa Muda Demi Keluarga, “Itulah Pengorbanan Saya Supaya Boleh Kembangkan Kerluarga & Karier!”

Bertuah Fizo Omar dikurniakan seorang isteri yang bukan hanya bijak tetapi juga sanggup melepaskan masa muda demi keluarga tersayang. Meskipun Fazeera Nazri atau mesra disapa Faz merupakan wanita bekerjaya sebelum berkahwin dengan pelakon tersebut namun keputusan untuk menjaga dan mengurus keluarga tidak pernah dikesalinya hingga ke saat ini.  

Mengulas perkembangan terkini, wanita kelahiran Sarawak berkenaan dalam nada tenang memberitahu kehidupannya lebih bermakna dengan kehadiran tiga cahaya mata. Dalam masa sama, Fazeera tetap merealisasikan impiannya untuk melanjutkan pengajian.  

Artikel https://www.nona.my/its-a-boy-fizo-omar-timang-anak-lelaki-isteri-fazeera-nazri-selamat-bersalin-anak-ke-3/

Tumpuan Fazeera Nazri

Diaju bagaimana dia membahagiakan masa, ini jawapan jujur Fazeera Nazri. “Saya rasa orang selalu tanya macam mana mak-mak ni bahagikan masa. Bila something

tu dah jadi dekat kita baru kita rasa sebenarnya aku boleh buat.  

Tapi there’s no such thing as work life balance. In order untuk kita nak balance semua tu, kita ada something yang kita kena sacrificed. Apa yang saya sacrificed is my social life. Saya dah tak bergaul dah dengan kawan-kawan.”  

Tambahnya lagi, “As a former flight attandance memang saya punya kawan everywhere. From all around the world. Tapi saya memang completely cut off for the sake of untuk menyeimbangkan famili dan kerjaya saya.  

Itulah pengorbanan saya dan happy untuk sacrificed benda tu supaya saya boleh kembangkan my family and my career at the same time. Saya dah tak keluar sangat. Kalau keluar pun bercuti dengan family.” 

Fazeera Nazri dilahirkan pada 29 November 1996 di Kuching, Sarawak dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Sebelum ini Faz pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan Air Asia dan Qatar Airways.

Pengajian Fazeera Nazri

Pada 2024 Faz berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Antarabangsa UNITAR. Dia kini meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Saya menyambung pengajian peringkat Master dalam bimbingan kaunseling sebab saya rasa macam ramai orang kena tahu tentang pentingnya mental health. Seeking for profesional health is very important. Personal interest untuk bantu you.  

Sekarang dah semester 3, ada total 4 semester dan insyaAllah next semester saya akan turun padang buat praktikal. Saya akan habis hujung tahun ni, but probably graduation mungkin tahun depanlah.”  

Ujar Faz lagi, dia turut memasang impian untuk menyambung pengajian Doktor Falsafah (PhD) dan berhasrat untuk menjadi penceramah.”

Fazeera Nazri mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada 21 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, Wan Umaira dan Wan Maliki.  

Menerusi perkahwinan terdahulu Fizo Omar, dia turut mempunyai seorang anak perempuan diberi nama Wan Maryam. 

Semoga segala impian Fazeera Nazri berjalan lancar dan kehidupan rumah tangga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. 

Share
Published by
Suzi