Alhamdulillah, isteri Fizo Omar selamat melahirkan anak ketiga mereka pada 17 Jun lalu. Lebih bermakna, pasangan ini akhirnya dikurniakan rezeki untuk menerima kehadiran bayi lelaki. Pastinya insan terbahagia dengan khabar tersebut ialah aktor tersebut kerana impian untuk memiliki anak lelaki dimakbulkan Allah.
Dalam perkongsian terbaharu di Instagram, Fizo meluahkan rasa syukur dan memaklumkan keadaan ibu dan anak dalam keadaan baik.
Fizo Omar & Fazeera Timang Anak Lelaki
“It’s a Boy. Alhamdulillah. Terima kasih di atas doa semua. Semalam pada jam 5.19 petang, 17 Jun 2025, isteri saya Fazeera Nazri telah pun selamat bersalin secara normal di Andorra Hospital bersama Dr Kamsiah Muda.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52 kilogram. Satu momen yang sangat berharga buat saya sebagai ayah, apabila lagi sekali diberi peluang oleh Dr Kam untuk saya menyambut kelahiran dengan menarik sendiri baby keluar dari alam rahim ibunya.
MasyaAllah satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan excited, sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur-baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan.”
Ini merupakan cahaya mata ketiga bagi Fazeera. Sementara anak keempat bagi Fizo Omar.
Ads
“Alhamdulillah syukur rezeki dari Allah, 3 girls and 1 boy datangnya bersama rezeki setiap anak yang dilahirkan dan juga rezeki kebahagiaan yang melimpah ruah. Aamiin.
Credit to wanita hebat, my lovely wife yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Masters di UKM.
Semoga doa berterusan dari semua, memberi keberkatan di dalam rumah tangga kami dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.”
Bagaimana pun pasangan ini belum bersedia mendedahkan wajah dan nama bayi mereka kepada umum.
Fazeera atau mesra disapa Faz merupakan bekas pramugari dan melanjutkan pengajian di peringkat Master’s Degree. Pasangan ini turut mengeluarkan produk makanan Mi Kari Pop.
Ads
Faz dan Fizo Omar sah bergelar suami isteri pada tanggal 21 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Lebih tiga tahun menduda, bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan gadis dari Indonesia pertengahan September ini.
Bukan calang-calang ya penakluk hati Engku Emran kerana insan yang dimaksudkan tersebut adalah selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Dilahirkan pada 24 Februari 1988 di Bandung, Indonesia, Bella cukup dikenali di negara jiran kerana bakatnya dalam bidang seni nyanyian dan lakonan. Dia yang berketurunan Sunda, Jawa dan Minangkabau mula berkecimpung dalam industri seni sejak 2001 dan telah membintangi filem-filem hebat seperti Di Bawah Lindungan Ka’abah, Lantera Merah, Belenggu serta termasuklah, Surga Yang Tak Dirindukan.
Tahun 2015 menjadi detik istimewa buat Bella kerana bukan hanya mendapat hidayah untuk mengenakan hijab malah turut mencipta kemuncak kerjaya apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem di Festival Film Bandung (FFB) 2015 menerusi filem Surga Yang Tak Dirindukan.
Selain itu, wajahnya juga kian menjadi rebutan untuk pelbagai iklan komersial di negara seberang.
Dia seterusnya mengekalkan momentum populariti hingga berjaya dinobatkan selaku Pelakon Wanita Terbaik di Indonesia Box Office Movie Awards 2016, Selebriti Wanita Instagram di Indonesian Social Media Awards 2016, Selebriti Hijab Paling Cantik di Seleb On News Awards 2017 dan Aktres Pilihan di Indonesian Movie Actor Awards 2017.
Sebelum kisah cintanya bersama Engku Emran bertebaran di laman sosial, jelitawan yang mempunyai lebih 17 juta pengikut di Instagram ini juga pernah mengalami episod duka apabila berita pernikahannya dengan seorang jejaka Indonesia terputus sebelum masanya.
Enggan meratapi kisah silam dan khuatir popularitinya akan merosot setelah berhijab, penampilan sopan dan matang Bella hari ini bukan sekadar menarik perhatian peminat Indonesia dan Malaysia semata-mata.
Paling penting, Bella berjaya menambat hati Engku Emran untuk menyunting wanita berusia 29 tahun itu sebagai suri hati. Tahniah diucapkan kepada Bella dan Engku Emran. Moga ikatan yang bakal dibina berkekalan hingga ke syurga. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap yang hidup pasti akan mati. Meskipun hati rasa ‘berat’ dan kosong namun Datin Emylia Rosnaida reda dengan pemergian arwah ibu tersayang, Rokiah Ibrahim. Ratu hati pelakon ‘Anak Mami the Movie’ ini dilaporkan kembali ke rahmatullah pada usia 79 tahun, 23 Februari lalu.
Sebagai anak yang sentiasa ada di sisi ibu tersayang, Datin Emylia akui cukup terkesan dengan dugaan sukar yang sedang dilaluinya saat ini.
Bukan hanya hilang doa daripada seorang ibu bahkan dia turut hilang teman berbual, penyokong setia ketika susah dan senang serta sumber kekuatannya selama ini.
Datin Emylia Rosnaida Reda Pemergian Ibu
Menerusi perkongsian di media sosial, isteri Dato’ AC Mizal ini meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham yang sudah genap sebulan meninggal dunia pada 23 Mac lepas.
Kongsi Datin Emylia, “Hari ini genap sebulan mama pergi meninggalkan kami. Sekejap je masa berlalu, terasa macam mama ada je.
Mama meski engkau telah tiada, cintamu akan selalu hidup dalam hatiku. Setiap kenangan bersamamu adalah anugerah yang tak akan pernah pudar. Mama, meskipun kau telah pergi, kasih sayangmu tetap abadi untuk setiap langkahku.
Di setiap doa, aku selalu menyebut namamu, berharap engkau mendapatkan tempat terbaik di sisiNya. Mama, engkau adalah sumber kekuatanku dan kenangan tentangmu akan selalu menyertai perjalanan hidupku.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ibu kami, Allahyarham Rokiah binti Ibrahim.”
Kehilangan Ibu Cukup Terkesan Di Hati Datin Emylia Rosnaida
Dalam perkongsian Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid di media sosial sebelum ini, kakak kepada pelakon Emelda Rosmila berkenaan pernah memuat naik video memaparkan arwah ibunya terlantar sakit di hospital selama tiga bulan di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya.
Bagaimana pun Datin Emylia tidak mendedahkan perincian lanjut mengenai pemergian arwah ibu tersayang kepada umum.
Figura jelita ini mendirikan rumah tangga bersama Dato’ AC Mizal pada 10 Oktober 2002 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Apabila seseorang itu bergelar selebriti atau public figure, secara tidak langsung ahli keluarga mahupun anak-anak mereka turut terkena tempias dunia glamor. Kalau lihat situasi kehidupan selebriti luar negara khususnya di Hollywood, memang agak menakutkan. Setiap hari gerak-geri mereka diperhatikan oleh ‘paparazzi’ yang dahagakan foto-foto eksklusif bintang terkenal.
Meskipun di Malaysia senario tersebut jarang sekali berlaku kepada anak seni namun insan terdekat dengan artis berkenaan seperti isteri, suami dan adik-beradik termasuk anak-anak turut menjadi perhatian umum.
Itulah yang berlaku kepada tiga gadis cantik yang juga merupakan anak kepada selebriti terkenal tanah air ini. Disebabkan populariti ibu bapa, sedikit sebanyak rutin kehidupan mereka turut diketahui masyarakat. Lebih-lebih lagi jika anak-anak gadis ini memiliki raut wajah yang cantik dan disulami dengan kerjaya yang cemerlang. Confirm ramai yang ternanti-nantikan perkembangan mereka.
Dr Puteri Julia bersama ibunya, Dato’ Ziela JalilKeakraban Dr Puteri Julia dan ibu tersayang
DR PUTERI JULIA NABILAH – ANAK DATO’ ZIELA JALIL
Salah seorangnya ialah puteri sulung kepada pengarah terkemuka, Dato’ Ziela Jalil iaitu Dr Puteri Julia Nabilah. Mewarisi kecantikan ibu tersayang, figura ini mula menjadi bualan apabila dia berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan perubatan sekaligus melayakkannya membawa gelaran doktor. Baru berusia 25 tahun, Dr Puteri Julia adalah seorang wanita Melayu yang sarat dengan kesantunan dan pintar.
Alya, anak kepada Azmil MustaphaGaya model muslimah, Alya
NUR ALYA IMAN – ANAK AZMIL MUSTAPHA
Bergelar anak kepada pelakon lelaki, Azmil Mustapha yang kini dikenali ramai sebagai pendakwah nyata bukan mudah bagi Nur Alya Iman Mohd Azmil ini. Dia yang kini berusia 17 tahun mula berjinak-jinak sebagai model peragaan seawal usia 13 tahun. Berbekalkan ketinggian 170 sentimeter dan wajah yang cantik, Alya sering menghiasi kempen promosi dan produk pelbagai jenama fesyen muslimah.
Kecantikan Marissa, anak Norman Hakim & Abby AbadiMarissa bersama abangnya, Danish di Turki baru-baru ini
MARISSA DANIA HAKIM – ANAK NORMAN HAKIM & ABBY ABADI
Masih hangat dengan isu viral tentang kecantikan yang dimiliki, anak gadis kepada Norman Hakim dan Abby Abadi ini memang lawa orangnya. Baru berusia 13 tahun, perwatakan Marissa Dania yang bertudung litup dan pemalu serta dikurniakan kulit putih kemerah-merahan ini berjaya mencuri tumpuan para netizen. Malah, sejak fotonya bertebaran di Internet Norman turut mengakui menerima banyak mesej daripada jejaka yang menyimpan hasrat untuk menyunting anak gadisnya itu. Sampai begitu sekali ‘tarikan’ Marissa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika dulu busana sopan dan menutup aurat agak terhad dalam industri fesyen tanah air. Namun kini impian setiap gadis khususnya para hijabi untuk bergaya akhirnya menjadi realiti apabila seleksi himpunan fesyen berkenaan kian berkembang di pasaran. Menyedari ‘selera’ dan permintaan tinggi terhadap fesyen tersebut beberapa tahun kebelakangan ini, acara berprestij Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 bakal berlangsung November ini ...