Sekian lama ‘sembunyi’ wajah anak daripada tatapan umum akhirnya pempengaruh media sosial yang juga usahawan produk madu, Fila Amir dan suami bersedia kongsi wajah permata hati kesayangan.
Ini selepas majlis kesyukuran dan akikah anak pasangan berkenaan yang berlangsung dengan sederhana tetapi meriah pada hujung Ogos lepas.
Assara Buah Hati Kesayangan Fila Amir & Adama
Berkongsi momen istimewa itu di media sosial, Fila atau nama penuhnya Nur Afilah Amir Rusdi tampil sedondon dalam busana rona merah dengan suami tercinta dan puteri kesayangan.
Difahamkan cahaya mata yang dinanti-nantikan suami isteri ini diberi nama Assara Adama Camara.
Ads
Menerusi foto yang dimuat naik Fila Amir, majlis akikah tersebut diadakan secara sederhana namun meriah dan bermakna kerana dihadiri ahli keluarga tersayang. Siap ada khemah dan pelamin!
Rata-rata followers Fila dan Adama teruja melihat anak pasangan ini buat kali pertama. Bahkan mereka memuji kecomelan Assara dan mendoakan agar anak kecil ini membesar sihat serta menjadi anak yang solehah.
Fila Amir dan Adama Mohamed Camara yang berasal dari Guinea menerima kehadiran zuriat kesayangan pada 14 Mei 2025. April lalu, pasangan romantis ini meraikan ulang tahun perkahwinan keenam mereka dan pastinya tahun ini menjadi detik terindah dengan kelahiran zuriat sulung.
Personaliti ini disahkan hamil pada Oktober 2024 selepas 5 tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF) dan tabah melalui ujian kesihatan apabila tiub fallopionya juga dibuang.
Sepanjang berkahwin, pasangan ini kerap berkongsi rutin harian dan bisnes mereka di media sosial. Kini, Fila mengusahakan produk madu asli Afrika yang diimport dari negara kelahiran Adama iaitu Guinea.
Semoga dengan kehadiran anak ini menjadi pelengkap perkahwinan mereka dan bahagia sampai ke syurga.
Kulit nampak berseri dan solekan lebih kemas dengan produk kosmetik berkualiti. Beli sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti versatil Alif Satar tidak menyangka percutiannya bersama keluarga ke England dan Scotland memberi ruang buat dirinya dan keluarga menyaksikan sendiri ‘perjalanan terakhir’ mendiang Ratu Elizabeth II. Kejadian tidak dirancang itu berlaku sewaktu Alif bersama isteri serta tiga orang anaknya baru sahaja tiba di bandar Edinburgh, Scotland dan sedang dalam misi mencari makan tengahari di bandar tersebut.
“Semalam kami baru saja hendak meninggalkan hotel The Gleneagles untuk menuju ke Edinburgh. Sampai sahaja di Edinburgh, kami tinggalkan kereta dan berjalan kaki menuju ke bandar untuk mencari makan tengah hari.
“Sedang kami berjalan mencari nasi briyani (sebab dah seminggu tak makan nasi), jalan semua dah ditutup. Nak melintas pun tidak boleh sebab orang terlalu ramai. Rupa-rupanya ada perarakan membawa keranda mendiang Ratu Elizabeth II,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.
Dalam hantaran itu juga, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku turut berkongsi video menunjukkan ‘perjalanan terakhir’ jasad Ratu Elizabeth II serta beribu-ribu rakyat jelata berkabung, berbaris di sepanjang laluan perarakan keranda baginda di Scotland di mana baginda mangkat bagi menunjukkan tanda penghormatan buat terakhir kali.
Dalam ruangan komen, rmai menyifatkan percutian Alif bersama keluarganya cukup bermakna kerana dapat menyaksikan sendiri kejadian yang mungkin berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup.
Tidak berkerdip mata tengok aktres Dosa Terlindung, Jue Aziz baru-baru ini. Sudahlah memang terkenal dengan raut wajah cantik, kulit gebu yang dimiliki isteri Bayu Pramana Putra Achmad Daniel Thandian ini pun lain macam mulusnya. Putih melepak persis artis Kpop!
Lepas diselidik, rupa-rupanya rahsia Jue makin cantik disebabkan produk keluarannya sendiri iaitu Snowing Angles yang lengkap dengan set Vitta C Premium, gold serum, sabun kolagen dan perfume inspired. Patutlah makin berseri-seri sekarang. Dengar khabarnya, gerai jualan Jue di Expo Hall Singapore dua hari lalu turut diserbu orang ramai. Sambutan yang diterima pula memang luar biasa. Kata Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, jualan Snowing Angles memang laku keras!
“Alhamdulillah.. penangan Snowing Angels Vitta C Pure Premium dapat sambutan hangat sampaikan kena pre order. Thank you support Jue!”
Difahamkan selain rangkaian produk kosmetik di bawah Jue Universal Beauty, pelakon berusia 35 tahun ini juga aktif menghasilkan seleksi pakaian wanita dengan label Jue Aziz Creation. Disebabkan baru saja berjinak-jinak dengan dunia bisnes, Jue tidak kekok belajar memotong kain dan menjahit baju di rumah sambil dibantu kakaknya. Salute dengan kegigihan Jue. Iyalah, bukan mudah hendak hidup senang. Kena bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.
Apa-apa pun, moga Jue terus sukses dalam lapangan yang diceburi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri enggan melaporkan, malu untuk bersuara dan masih cinta. Itulah antara punca kes keganasan rumah tangga terus menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Pengakuan selebriti Puteri Sarah yang mendakwa pernah dipukul suaminya, Syamsul Yusof mengejutkan banyak pihak.
“Saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu. Akan tetapi Syamsul tidak mahu melepaskan saya.” Puteri Sarah
Ini jawapan Puteri Sarah yang terpaksa mengemukakan bukti baharu kepada mahkamah mendakwa dirinya pernah dipukul suaminya, Syamsul Yusof.
Menurut Puteri Sarah, 38, dia bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian tersebut kerana ketika itu mash lagi wujud rasa cinta terhadap suaminya.
Bercakap kepada Gempak, Sarah turut mendakwa ibu mertuanya iaitu Datin Patimah Ismail yang menyelamatkannya dengan membawa dirinya keluar dari rumah.
“Masa itu tak buat sebab sayang… bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Sebab saya tak mahu buka aib, malah tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.
Yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah).” Puteri Sarah
Puteri Sarah ditemui ketika menghadiri sebutan pertama kes perceraian yang difailkan terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata inside dipukul itu merupakan salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah.
“Itu (dipukul) antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).
Jadi pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarya berlaku. Selepas kejadian itu, beliau (Sarah) kembali semula ke rumah atas sebab jasa baik pihak keluarga mentua.
Jadi, Syamsul memberi andaian dan gambaran bahawa anak guam saya yang keluar ke rumah tanpa izin. Itu tidak betul sebab anak guam saya ada asas.”
6 tahun Puteri Sarah Liyana menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Bahagia menjaga dan menguruskan keperluan anak-anak serta suami. Namun langit tak selalunya cerah. Kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku di kemudian hari tetapi yakinlah dengan perancangan Ilahi.
Pesan Puteri Sarah, wanita usah terlalu selesa dengan apa yang ada sekarang kerana kita tak akan tahu apa yang akan jadi kemudian hari. Bekerjalah dan niat kerana Allah SWT. Insha-Allah rezeki sentiasa murah dan berkah.
Dengarkan luahan hati seorang isteri dan ibu yang sangat kental memperjuangkan hak wanita teraniaya.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah.
Sumber: Gempak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.