Jalan hidup kita, suka atau duka, semuanya telah disusun cantik oleh Allah. Sejak berkahwin pada tahun 2018, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang usahawanita terkenal tanah air.
Jika dahulu, Fazura sekadar mengusahakan butik fesyen House of Doll, kini beliau berjaya melahirkan lebih banyak rangkaian jenama gaya hidup dan Muslimah seperti Fazbulous, Fazura Skincare, Fazura Beauty, Tudung Fazura, Trudolly (jenama yang diusahakan bersama Puteri Zarith) serta yang terbaharu, Fazura Beauty Water.
Fazura Sebak Kenang Kisah Penghijrahanya!
Penghijrahan bagi Fazura sememangnya sudah diduga sejak awal lagi. Bermula dari sekadar berhijab hanya pada bulan Ramadan, Fazura dilihat perlahan-lahan menyenangi helaian yang lebih longgar dan sopan.
Pertama kali melangkah keluar dengan transformasi hijab sepenuhnya pada 4 tahun lalu, Fazura akui dirinya berasa sungguh tenang. Malah, Fattah Amin dan ahli keluarga Fazura merupakan antara orang terawal, yang gembira melihat perubahan aktress berusia 40 tahun itu.
“MasyaAllah, Dia permudahkan semua yang Faz buat. Apa saja yang terdetik di hati, tiba-tiba jadi mudah. Now I respect myself more!” Fazura
Sambil mengiyakan pendapat bahawa untuk bertudung itu mudah tapi untuk beristiqamah itu yang susah, Fazura tegas berpegang pada niat sebenarnya, iaitu menjadi wanita Muslimah yang sejati.
“Of course everyone has their own struggle. Macam saya semasa baru berhijrah pun, hati selalu berbolak-balik. Saya selalu berdoa dan mohon juga doa semua kepada Allah agar kebaikan ini berterusan buat selama-lamanya.” Fazura.
Ads
Bersyukur Perniagaan Tudung Beri Pengaruh Wanita Lain Bersama Tutup Aurat
Paling menyentuh hati, Fazura sangat bersyukur kerana perniagaan tudung yang dijalankan sedikit sebanyak membuka hati segelintir kaum wanita untuk mula belajar menutup aurat.
Sebagai salah seorang selebriti popular yang pernah menerima banyak anugerah, laluan Fazura dalam dunia keusahawanan terbentang luas menggunakan platform peminatnya yang ramai. Terkini, jumlah pengikut beliau mencapai 5.7 juta di Instagram dan 460,000 di TikTok!
Ibu kepada si comel Nur Fatima Aisya itu juga menolak sangkaan klise tentang fenomena artis bertudung semata-mata untuk berniaga. Bersangka baik dengan takdir Allah, pasti hikmah di sebaliknya besar sekali.
Ads
Pun begitu, sebagai wanita yang sering diangkat sebagai ikon fesyen, adakah jiwa Fazura terhadap seni fesyen telah benar-benar berubah?
Sejak Berhijab Makin Gemar Gayakan Busana Fesyen Patuh Syariah
“Sekarang Faz lebih seronok dan suka berfesyen, malah makin suka explore macam-macam gaya hijabi. Mujurlah sejak dulu Faz seorang yang ringkas dan suka tudung bawal.
Koleksi wardrobe pun banyak seluar jeans dan oversized shirt yang sesuai dengan diri Faz yang baru. Cuma itulah, Faz nak cuba lebih banyak stail hijab yang berbeza.”
Ads
Bersyukur kerana bukan sahaja dapat membantu membuka pintu hati para wanita untuk berhijab, perniagaan Tudung Fazura juga turut membantu orang lain, khususnya stokis dan ejen menjana pendapatan semula.
“Kebanyakan ‘besties’ saya ialah golongan suri rumah yang ingin membantu suami menjana pendapatan. Saya bangga dengan kejayaan mereka yang sama-sama mendukung jenama Tudung Fazura serta produk-produk saya yang lain.
Ini membakar semangat saya untuk terus menghasilkan produk pada harga mampu milik yang sesuai untuk semua.”
Untuk rekod, tudung Fazura antara jenama hijab Malaysia yang mencipta fenomena, menjadi rebutan dan koleksi ramai, sekaligus menjemput lebih ramai Muslimat menutup aurat. Melalui bisnes yang dibangunkan itu juga, Fazura berjaya membantu ramai wanita lain.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Siapa sangka daripada seorang remaja yang terlalu bergantung hidup dengan keluarga dan pernah mendapat keputusan corot ketika masih bergelar pelajar fesyen di sebuah universiti di United Kingdom, kini Ria Sharma diangkat sebagai penyelamat dan menjadi tempat bergantung bagi kaum wanita di India yang menjadi mangsa simbahan asid.
Baru menginjak usia 26 tahun, Ria menjadi tumpuan di negara kelahirannya dan luar negara apabila kejayaannya menjadi Pengasas Make Love Not Scars iaitu sebuah badan kebajikan yang membela nasib mangsa simbahan asid di India.
Tidak pernah terfikir untuk terlibat dalam aktiviti kebajikan, hasrat Ria untuk membantu mangsa simbahan asid terbit semasa dia mengunjungi sebuah hospital di India bagi menjayakan sebuah dokumentari mengenai mangsa serangan asid untuk projek universitinya.
Melihat keadaan wad dan katil di hospital yang berlumuran darah akibat simbahan cecair menghakis yang dicurahkan kepada mangsa, Ria mengakui ia adalah detik paling menakutkan yang pernah dilaluinya.
Enggan meneruskan dokumentari tersebut kerana percaya ia tidak mampu mengubah perspektif masyarakat terhadap isu serius tersebut. Ria lantas mendaftarkan sebuah organisasi miliknya dikenali sebagai Make Love Not Scars iaitu sebuah badan kebajikan yang membantu mengembalikan kehidupan normal mangsa simbahan asid. Nama organisasi itu diambil sempena tajuk dokumentari yang mahu diterbitkan Ria untuk tugasan universitinya itu.
Ria yang ketika itu hanya berumur 21 tahun sanggup meninggalkan kesenangan hidup yang sekian lama dinikmatinya semata-mata untuk menolong golongan terlibat. Dari situ Ria mula mendapat ilham untuk menubuhkan pusat rehabilitasi untuk mereka dan merupakan yang pertama dibina untuk mangsa simbahan asid pada tahun 2014.
Mangsa ketika sedang mengikuti kelas Bahasa InggerisDidedahkan dengan teknologi dan penggunaan komputer
Tidak cukup dengan itu, dia juga aktif mencari dana untuk membiayai rawatan mangsa selain menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun mengalami ‘kecacatan’ kekal. Usaha murni ini dianggap sebagai sinar baharu buat mangsa, yang pastinya memerlukan sokongan untuk bangkit dan tidak terus disisihkan.
Atas usaha murni tersebut, Ria merupakan rakyat India pertama menerima anugerah United Nations’ Goalkeeper Global Goals kerana penglibatannya sebagai aktivis yang bejaya mengubah kehidupan insan lain. Di samping itu, dia juga dianugerahkan British Council’s Social Impact.
Minatnya kepada mangsa simbahan asid mula bercambah bila salah seorang pensyarah di universiti bertanyakan tentang skop minat Ria selepas dia mendapat keputusan ujian yang teruk. Menjelaskan dia sangat terkesan dengan penderaan seksual terhadap wanita di India seperti kes rogol geng New Delhi pada 2012… Ria tertarik mendalami isu simbahan asid ke atas wanita selepas menjumpai foto wajah seorang wanita rosak teruk akibat serangan zalim berkenaan.
Hasil kerja amalnya itu, Ria Sharma turut tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia!
"It is one of the most horrific things you can ever do to someone." At 21, she set out to offer hope and a refuge for scarred survivors of acid attacks. Meet the first of CNA's #ChampionsForChange
Sejuk mata memandang rupa paras dan penampilan Nur Nadratun Naeemah Azahar. Melihat raut wajah lembut wanita berusia 26 tahun ini jelas membuktikan dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang juga merupakan pakar motivasi dan pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.
Nadratun Naeemah atau mesra disapa Nadra ini merupakan anak sulung kepada pasangan Dr Azahar Yaakub dan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa. Menurut ibunya, sebagai anak sulung daripada tujuh beradik, Nadra disifatkan seorang yang perahsia, jujur, baik dan matang.
Nadratul Naeemah Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah
Permata hati kesayangan Penasihat Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz ini mendirikan rumah tangga seawal usia 21 tahun. Nadra sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan iaitu Aqil Akmal Azman pada 5 September 2020.
Meskipun berkahwin pada usia muda namun pasangan ini matang melayari alam rumah tangga. Hasil perkongsian hidup selama hampir lima tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Yusuf Al Fateh yang bakal menginjak usia dua tahun pada September dan Yasmin Az Zahra yang dilahirkan pada 23 Oktober 2024.
Bahagia menggalas tanggungjawab seorang isteri dan ibu, Nadra menitipkan rasa syukur dianugerahkan seorang suami yang baik dan anak-anak penyejuk hati.
“Bulan 9 nanti genap lima tahun perkahwinan, masyaAllah. Semoga sentiasa dikurniakan Sakinah Mawaddah Wa Rahmah. Semoga sentiasa dikurniakan rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka, rezeki yang penuh keberkatan. Semoga kekal selamanya sehingga syurga. Aamiin.”
Anak Ustazah Datuk Dr Norhafizah Genggam Ijazah Sarjana Muda
Lebih indah, Nadra hamil anak sulung ketika dia masih menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di samping suami tercinta.
Pasangan ini berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 2023. Istimewanya, anak sulung mereka iaitu Yusuf Al Fateh waktu itu baru meniti usia dua bulan. Kejayaan berganda!
Mengimbas kembali detik itu, Nadra memanjat kesyukuran kerana urusan kehamilan dan kelahiran sewaktu bergelar penuntut berjalan lancar.
“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah untuk anugerah keluarga ini. Yusuf, terima kasih sayang teman ibu abah study masa Yusuf dalam perut. Terima kasih teman ibu masuk kelas.
Terima kasih tolong ibu hafal macam-macam untuk final exam. Terima kasih juga sebab teman ibu jawab final dan bisikkan jawapan dekat ibu sampai ibu dapat DL (Dean List).
Sepanjang ibu belajar, ‘semester’ masa mengandungkan Yusuflah Allah paling mudahkan urusan ibu belajar. Alhamdulillah.”
Pastinya kejayaan ibu tersayang, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa menggenggam Doktor Falsafah (PhD) pada usia 43 tahun dan bergelar ibu kepada tujuh cahaya mata menjadi sumber inspirasi buat puteri sulungnya ini untuk meraih pencapaian dalam bidang akademik.
Moga rumah tangga Nadratun Naeemah dan suami kekal bahagia hingga ke Jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meniti usia 53 tahun, pengarah dan pelakon ‘legend’ tersohor, Melissa Saila masih kekal menawan. Bagai tak dimamah usia, Melissa Saila cantik semula jadi.
Dilahirkan dalam keluarga seni bertaraf legenda, Melissa memiliki bakat luar biasa yang diwarisi daripada ibunya, Seniwati Mariani serta ibu saudara Puan Sri Saloma.
Walaupun tidak seaktif dulu, hampir 40 tahun Melissa bergelar anak seni.
Bahagia Bersama Keluarga
Melihat kepada perkembangan terkininya yang aktif di media sosial, Melissa yang terkenal dengan drama bersiri popular ‘Cili Padi’ menjalani kehidupan yang tenang dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Hasil perkongsian hidup selama 25 tahun, pasangan bahagia ini dikurniakan tiga cahaya mata yang sedang meningkat remaja berusia 21, 19, dan 16 tahun.
Hubungan mereka sekeluarga juga kelihatan sangat akrab apabila sering meluangkan masa bersama seperti pergi bercuti, makan-makan dan beraktiviti riadah.
Sebagai ibu, Melissa turut berpesan kepada anak-anaknya agar sentiasa bersyukur serta pentingnya menjaga adab dan menghormati orang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.