Tahun ini dijangkakan sambutan Hari Raya Aidilfitri lebih meriah kerana masing-masing bakal pulang ke kampung halaman setelah hampir 2 tahun menantikan detik terindah ini. Dan yang pasti mesti ramai yang dah teruja untuk membeli koleksi baju raya yang akan disarungkan di pagi Syawal. Maklumlah, dah lama tak melaram dengan baju raya, kan?
Bagi yang masih tercari-cari koleksi yang sesuai, NONA kongsikan koleksi Tentang Kita: Mimpikita Raya 2022. Terdapat 12 pasang baju kurung rekaan berbeza khususnya buat golongan wanita dan kanak-kanak perempuan. Jadi, mak-mak dan anak perempuan bolehlah matchy-matchy di pagi raya!
Cetakan eksklusif pada koleksi baju raya Mimpikita diinspirasikan dari elemen keseronokan suasana raya serta kemeriahan dan kemanisan pelbagai jenis kuih raya tradisi Melayu dalam rona pastel.
Koleksi ini menampilan set padanan untuk ibu dan anak perempuan. Plihan saiznya ialah antara 1-12 tahun. Juga terdapat koleksi istimewa timeless pieces dari Mimpikita iaitu M.Kita. Koleksi ini boleh didapati di https://mimpikita.com.my atau butik fizikal Mimpikita di Bangsar dan Isetan KLCC.
This website uses cookies.