Tahun ini dijangkakan sambutan Hari Raya Aidilfitri lebih meriah kerana masing-masing bakal pulang ke kampung halaman setelah hampir 2 tahun menantikan detik terindah ini. Dan yang pasti mesti ramai yang dah teruja untuk membeli koleksi baju raya yang akan disarungkan di pagi Syawal. Maklumlah, dah lama tak melaram dengan baju raya, kan?

IKLAN

Filem Unik Bertemakan Fesyen ‘TENTANG KITA’ Tampilkan Nadiya Nisaa, Min Luna & Aida NorisSekarang ini bahangnya dah mula terasa. Koleksi baju raya pun dah mula dijual sama ada secara online mahupun di butik-butik fizikal.

Bagi yang masih tercari-cari koleksi yang sesuai, NONA kongsikan koleksi Tentang Kita: Mimpikita Raya 2022. Terdapat 12 pasang baju kurung rekaan berbeza khususnya buat golongan wanita dan kanak-kanak perempuan. Jadi, mak-mak dan anak perempuan bolehlah matchy-matchy di pagi raya!

Filem Unik Bertemakan Fesyen ‘TENTANG KITA’ Tampilkan Nadiya Nisaa, Min Luna & Aida NorisFilem Unik Bertemakan Fesyen ‘TENTANG KITA’ Tampilkan Nadiya Nisaa, Min Luna & Aida NorisFilem Unik Bertemakan Fesyen ‘TENTANG KITA’ Tampilkan Nadiya Nisaa, Min Luna & Aida NorisBerkonsepkan contemporary modest fashion, Mimpikita mengumumkan koleksi raya di bawah kempen yang melambangkan semangat persaudaraan iaitu Tentang Kita. Ia turut melambangkan sisi baik, cabaran dalam ikatan persaudaraan sesama wanita dan kisah-kisah kejayaan yang memberi inspirasi.

IKLAN

Filem Unik Bertemakan Fesyen ‘TENTANG KITA’ Tampilkan Nadiya Nisaa, Min Luna & Aida NorisFilem Unik Bertemakan Fesyen ‘TENTANG KITA’ Tampilkan Nadiya Nisaa, Min Luna & Aida NorisMenariknya, sempena kempen ini terhasilnya filem pendek bertemakan fesyen Tentang Kita yang memaparkan kehidupan sebenar adik beradik. Ia dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Min Luna dan Aida Noris. Kisahnya berkisar tentang cabaran kehidupan tiga beradik perempuan yang berkongsi impian yang sama iaitu mencipta perniagaan kuih raya sendiri. Filem unik ini bakal dilancarkan pada 7 April 2022 di saluran YouTube Mimpikita.

IKLAN
Filem Unik Bertemakan Fesyen ‘TENTANG KITA’ Tampilkan Nadiya Nisaa, Min Luna & Aida Noris
Dari kiri: Nadiya Nisaa, Min Luna dan Aida Noris.

Cetakan eksklusif pada koleksi baju raya Mimpikita diinspirasikan dari elemen keseronokan suasana raya serta kemeriahan dan kemanisan pelbagai jenis kuih raya tradisi Melayu dalam rona pastel.

Koleksi ini menampilan set padanan untuk ibu dan anak perempuan. Plihan saiznya ialah antara 1-12 tahun. Juga terdapat koleksi istimewa timeless pieces dari Mimpikita iaitu M.Kita. Koleksi ini boleh didapati di https://mimpikita.com.my atau butik fizikal Mimpikita di Bangsar dan Isetan KLCC.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI