Dek cara bercakap dan bertutur Farid Kamil dalam loghat utara ketika beraksi di layar perak ataupun dalam percakapan hariannya dilihat sesuai untuk dirinya membawakan watak Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi filem terbarunya yang akan ditayangkan kelak. Farid Kamil kini dilaporkan akan membawa watak Presiden Parti Keadilan Rakyat itu, dan filem tersebut merupakan kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia di mana filem tersebut akan memaparkan kisah hidup dan jatuh bangun tokoh politik tersebut.
Manakala pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa pula akan mengalas tanggungjawab membawakan watak isteri kepada Anwar Ibrahim, iaitu Datin Seri Wan Azizah.
Acha Septriasa yang terkenal menerusi filem Heart menyifatkan peluang melakonkan watak bekas timbalan perdana menteri Malaysia Wan Azizah Ismail sebagai satu penghormatan. Malah, katanya, dia kini dapat merasai kasih sayang Azizah dan suaminya Anwar Ibrahim.
“Kasih sayang mereka sebagai suami isteri dan bagaimana mereka tunaikan tanggungjawab kepada negara amat memberikan inspirasi,” katanya kepada Malaysiakini.
Ads
Keterujaan peminat pula mulai terasa apabila kelmarin foto mesra Farid dan Acha di samping Anwar dan Wan Azizah mulai tular, mengesahkan yang mereka berdua sudahpun menemui dan bersemuka dengan pasangan figura politik popular berkenaan.
Ads
Di hantaran Instagram Farid Kamil pula, ramai peminat-peminatnya meninggalkan komen dan menyatakan yang mereka sudah tidak sabar untuk ke pawagam bagi menonton filem biografi tersebut.
Ads
Filem dengan tajuk Jalan Masih Panjang itu bakal diarahkan oleh Viva Westi selain turut menampilkan pelakon Hasnul Rahmat yang dijangka membawakan watak Tun Dr. Mahathir Mohamad berdasarkan pemilihan pakaian yang dikenakan aktor terbabit.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama telekung yang terkenal di negara kita, Siti Khadijah yang popular digelar SK, mula mendapat perhatian Muslimah di Britain apabila melancarkan platform e-dagang di kota London baru-baru ini.
Dalam usaha menjadi pihak yang pertama memperkenalkan telekung secara komersil di peringkat antarabangsa, SK memilih pasaran United Kingdom sebagai destinasi ketiga selepas Indonesia. “Islam merupakan agama kedua terbesar dengan populasi lebih 3 juta pada 2014. Muslim di Britain dari kepelbagaian latar belakang etnik menjadi kelebihan untuk kami memperkenalkan telekung dengan lebih meluas,” kata Mohammad Munzir Aminuddin, Pengarah Pemasaran SK ketika di acara luncheon eksklusif Siti Khadijah di Mayfair, London yang dihadiri oleh wakil media tempatan, personaliti TV, ikon Muslimah dan blogger.
Menarik tentang kunjungan jenama ini ke sana, ia menjadi bualan hangat di kalangan Muslimah di negara empat musim itu menarik perhatian media apabila menerima beberapa undangan temuramah di siaran langsung rancangan Women’s AM di Islam Channel UK dan stesen-stesen radio Islamik utama di Britain.
“Berbanding di Malaysia, kebanyakan Muslimah di Britain tidak pernah mengetahui kewujudan telekung, iaitu pakaian khas untuk solat. Ada di antara mereka hanya pernah melihat Muslimah dari Malaysia dan Indonesia memakai pakaian serba putih (telekung) ketika menunaikan Umrah dan Haji. Rutin pemakaian solat mereka lebih kepada menyarung jubah dan selendang yang turut menjadi pakaian biasa mereka,” kongsi Siti Fazrena Mohamad Fuad, wakil Siti Khadijah United Kingdom.
Bagi blogger dan TV hos Romy Ahmed yang tidak pernah memiliki pakaian khas untuk solat, menyarung telekung lebih mudah dan selesa, membuatkan sesi ibadah solat lebih khusyuk dan tenang terutamanya ketika solat Subuh.
Penggunaan fabrik berkualiti tinggi seperti spun polyester dengan rekaan inovatif fleksibel di bahagian wajah – mudah regang di dahi dan dagu tanpa perlu dipin atau memakai anak tudung menjadikan telekung SK unik berbanding telekung sedia ada di pasaran. Manakala perincian minimalis seperti renda menambah seri si pemakai namun masih kekal ringkas mengikut syarak. “Ibu saya Puan Padzilah Enda Sulaiman yang merupakan pengasas Siti Khadijah mengambil masa enam bulan mengkaji setiap inci rekaan untuk menghasilkan telekung yang sempurna buat setiap Muslimah di luar sana,” tambah Munzir.
Mengambil kira cuaca di negara empat musim, telekung SK sesuai dan selesa disarung bila-bila masa. Menurut Munzir lagi, SK tidak meletakkan status sebagai jenama “modest fashion” yang hadir dengan koleksi rekaan bermusim. Rekaan telekung SK akan kekal klasik dengan teknologi fabrik yang sentiasa dinaik taraf seiring dengan penjenamaan telekung SK sebagai pakaian solat premium
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
19 Mac lalu genap dua tahun usia Siti Aafiyah Khalid, permata hati Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Makin membesar dengan sihat, comel, bijak dan ceria, tidak dinafikan Aafiyah merupakan antara anak selebriti tanah air yang menjadi tumpuan ramai. Mana tidaknya, ibu Aafiyah ialah penyanyi nombor satu negara dan meskipun hampir tiga dekad bergelar anak seni namun aura Datuk Seri Siti Nurhaliza masih kekal utuh hingga ke hari ini. Ditambah pula dengan kejayaan ayah Aafiyah iaitu Datuk Seri Khalid yang merupakan usahawan ternama. Jadi, tidak hairanlah jika gerak-geri anak kecil comel ini sering mendapat perhatian.
Tanggal 19 Mac 2018 nyata bukan hanya detik terindah bagi Datuk Seri Siti dan suami bahkan ia juga perkhabaran gembira buat peminat setia biduanita ini kerana selepas 11 tahun menanti, akhirnya pasangan romantis berkenaan dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. Malah kehadiran Aafiyah seakan mencipta fenomena tersendiri kerana sebaik nama permata hati Datuk Seri Siti dan Datuk Seri Khalid diumumkan kepada khalayak, ramai ibu bapa yang turut menamakan anak mereka ‘Aafiyah’.
Itulah antara bukti betapa kuatnya aura Datuk Seri Siti Nurhaliza. Apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perhatian dan ikutan peminat.
Sempat bertanyakan kepada anak seni kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini mengenai perkataan pertama yang diucap selepas Aafiyah selamat dilahirkan, Datuk Seri Siti yang ketika itu menghadiri penggambaran wajah penghias Nona September 2019 di samping adik-beradik perempuannya iaitu Siti Norsaida dan Siti Sairah dalam nada teruja berkongsi cerita.
“Memang saya bersyukurlah. Alhamdulillah. Tak ada apa yang boleh saya katakan selain bersyukur kepada Allah. Perubahan paling besar saya alami sejak adanya Aafiyah pula, apa sahaja kerja saya mesti ingat Aafiyah dan saya akan bawa beg pam kalau lama keluar (bekerja).”
Selesa membahasakan dirinya sebagai ibu, Datuk Seri Siti turut menjelaskan makna di sebalik nama Aafiyah yang diberikan kepada buah hati kesayangannya itu.
Kongsi usahawan kosmetik SimplySiti ini, “Aafiyah ni merangkumi segalanya. Kesihatan, keberkatan, kekayaan… tiada apa yang kita inginkan selain Aafiyah. Itu yang kita selalu doakan. Allahumma inni asaluka al-‘afiyah.”
Memetik kenyataan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kata Syeikh al-Munawi (1031 H), al-‘Afiyah adalah keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘Afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan.
Sementara menurut Syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) makna al-‘Afiyah adalah benteng Allah kepada hamba-Nya. Maka orang yang memohonnya adalah seseorang yang sedang memohon pemeliharaan daripada Tuhannya di atas setiap yang diniatkan itu.
Melihat kepada beberapa definisi atau pengertian di atas maka disimpulkan bahawa al-‘Afiyah adalah keselamatan atau kesejahteraan pada agama daripada segala fitnah, pada badan daripada segala penyakit-penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah.
Indahnya nama Aafiyah. Ringkas tapi cukup mendalam makna nama ini. Patutlah ramai ibu bapa yang mahu menamakan anak mereka Aafiyah. Pandai Datuk Seri Siti dan suami memilih nama terbaik untuk amanah Allah yang satu ini.
Datuk Seri Siti yang mengakui obses bila bekerja dan berada di atas pentas turut berkongsi insiden paling lucu yang pernah dialami sepanjang menceburi bidang seni. “Insiden paling kelakar, pernah rambut palsu jatuh atas pentas ketika saya tengah nyanyi dan saya dah jangka rambut saya akan jatuh. Waktu itu saya cuba buat muka selamba dan mereka ingat ini salah satu daripada persembahan saya, ” ujarnya sambil ketawa.
Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Datuk Seri Siti dilihat mematuhi arahan kerajaan dan banyak menghabiskan masanya di rumah dengan ahli keluarga selain mengadakan tutorial mekap menggunakan produk kosmetik SimplySiti di Instagram miliknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah! Hakikat sebenar sebagai duta Malaysia di Amerika Syarikat, ia satu tanggungjwab besar dalam membawa nama Malaysia ke mata dunia. Majalah NONA berkesempatan menghubungi Datin Seri Haflin Nazri Aziz bertanyakan perkembangan beliau di sana.
Dikhabarkan terjual pada harga RM26 juta, kisah status Villa Danialla Beach Resort termasuk Villa Haflin Private Residence menjadi mukadimah bicara kami.
“Buat masa sekarang belum lagi ada pembeli dan saya masih menguruskan perniagaan dari jauh. Alhamdulillah, saya ada team yang terbaik di sana.
Pada bulan puasa, perniagaan tidaklah terlalu sibuk seperti hari biasa. Saya masih berharap mungkin ada pembeli dari pihak korporat yang berminat dalam bidang perhotelan.”
Perasaan Datin Seri Haflin sewaktu menjejakkan kaki di Amerika? “Jujurnya ketika sampai saya rasa amat bersyukur kerana diberi peluang datang ke sini. Saya rasa ini adalah tanggungjawab besar untuk saya membantu suami sebagai duta Malaysia dalam usaha mengeratkan lagi hubungan diplomasi Malaysia dan Amerika Syarikat.”
Bicara tentang aktiviti harian sekarang… “Kami sekeluarga baru sahaja menetap di sini kira-kira sebulan lebih. Pada peringkat awal peranan saya sebagai ibu tentu sahaja sibuk dengan persiapan persekolahan anak, Jean Pierre Azize. Di sini Jean Pierre perlu lebih berdikari tidak sama seperti di Paris dahulu, dia perlu pergi sekolah sendiri naik bas.
Waktu pagi saya akan sibuk menyediakan sarapan dan bekal lunch box untuknya. Saya juga perlu menyediakan keperluan dan pakaian Datuk Seri, kalau sebelum puasa tentu sahaja breakfast perlu disediakan.
Bila berpindah ke Rumah Malaysia kat sini, kami perlu mengambil masa untuk sesuaikan diri dan susun deko kediaman mengikut keselesaan keluarga.
Saya sebagai orang rumah, tugas saya untuk susun atur dan menghias semua ruang agar kelihatan menarik. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan kami masih lagi menanti barang-barang rumah yang dibawa dari Malaysia ke sini,” jelas Datin Seri Haflin.
Menyentuh tentang peranan sebagai isteri duta dan aktiviti yang dilaksanakan, Datin Seri Haflin kelihatan aktif menyerikan pelbagai program di media sosial.
“Saya sememangnya fokus dengan apa yang dilakukan dan sentiasa hadir bersama Datuk Seri menyertai undangan pelbagai majlis. Inilah peluang untuk saya lebih mengenali pelbagai pihak di sana, membuat PR komunikasi dan berkongsi tentang Malaysia.
Inilah sebahagian tugas saya dalam usaha mempromosikan Malaysia di mata dunia. Suasana ini begitu serasi dengan jiwa saya yang sukakan seni dan budaya Malaysia, terutamanya mempromosikan makanan dan budaya pelbagai bangsa. Negara kita sangat unik, saya rasa inilah usaha terbaik saya buat Malaysia yang dicintai.
Bila jadi isteri duta, secara automatik saya menjadi Presiden Perwakilan untuk Washington DC yang mana di bawah Perwakilan kami sekarang ada 35 ahli wanita Malaysia yang aktif. Saya amat bangga dengan sumbangan wanita Malaysia di sana, mereka bersungguh-sungguh dalam mempromosikan Malaysia di sana.
Kami juga telah mengadakan pertemuan untuk sama-sama berbincang pelbagai aktiviti yang bakal diadakan dalam usaha merapatkan lagi kerjasama Malaysia dan Amerika, termasuk komuniti negara ASEAN lain yang ada di sini.
InsyaAllah, selepas Raya nanti pelbagai aktiviti akan diadakan. Buat masa sekarang dalam bulan puasa, kami aktif mengadakan majlis khatam Al-Quran, bazar Ramadan dan majlis berbuka puasa.
Saya juga aktif bersama The ASEAN Spouses Circle Washington DC, meliputi sepuluh negara Asean. Saya telah bertemu dan turut berbincang untuk pastikan setiap aktiviti yang dirancang berjaya. Selain itu, saya turut menjadi ahli International Neighbors Club One (INC 1).
Saya berharap dengan menyertai kelab ini, akan dapat membuat networking dengan semua pihak dan dapat mengadakan kerjasama bersama PERWAKILAN Malaysia,” bicara Datin Seri Haflin dengan penuh semangat.
Apa pendapat Datin Seri, bila ada pihak tidak berpuas hati mengenai perlantikan Datuk Seri Mohamed Nazri sebagai duta ke Amerika Syarikat?
“Sukar untuk saya komen tentang perkara ini, kita tidak boleh menutup mulut semua pihak. Tapi bagi saya dan suami, kami lihat secara positif dan berusaha memastikan peranan kami di sini dapat dilaksanakan dengan baik dan dapat membanggakan tanah air.
Yang pastinya keputusan itu melibatkan dua negara. Pihak Amerika yang akan membuat pilihan dan menilai selama 6 bulan untuk menerima Datuk Seri Mohamed Nazri sebagai duta Malaysia di Amerika,” jelas Datin Seri Haflin yang sering mengubat rasa homesick dengan bertemu rakyat Malaysia di sana.
“We’re not alone, kita rakyat Malaysia di sini bagai sebuah keluarga.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tengok wajah Hazlin Hussain pasti ramai terkenang aura wanita ini ketika mengacarakan program dokumentari popular, 999! Tidak lagi aktif di kaca televisyen, bakat Hazlin dalam dunia penyiaran mula bersinar apabila dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2019.