Gaya Hidup

“Funny Tapi Benar!” Nak Turunkan Tekanan Darah Tinggi, Cuba Diet Jangan Mengumpat.. – DR. ARISMAN

Tahukah anda, daripada lebih 300 juta orang dalam populasi Malaysia, sebanyak 64 juta orang telah mengalami masalah tekanan darah tinggi. Keadaan itu bermakna tiga daripada 10 orang telah berdepan penyakit itu yang juga menunjukkan trend semakin muda. Berdasarkan portal Malaysian Gazette, statistik 2019 menunjukkan pesakit adalah berumur antara 40 hingga 60 tahun.

Menurut Harian Metro pula Dr Noor Hisham berkata, dari segi beban penyakit, data KKM menunjukkan bahawa hipertensi adalah satu-satunya faktor risiko terpenting yang menyebabkan kematian di Malaysia bagi lelaki dan wanita (khususnya kematian pra-matang); diikuti dengan faktor risiko merokok untuk lelaki.

Peluang anda untuk mendapat penyakit ini meningkat dengan usia dan masalah kesihatan kronik yang sedia ada. Ini bermakna, jika anda menghidap diabetes, obesiti atau kolesterol tinggi, anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.

Dengan memantau tekanan darah tinggi, senaman dan aktif bersukan, diet seperti pengambilan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak selain mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi dalam lemak tepu, kolesterol dan lemak trans, NONA tertarik dengan tip yang dikongsikan Dr Arisman Wenge, pengarah dan pemilik Klinik Iris Shah Alam.

Dr Arisman merupakan Pemilik dan Pengarah Klinik Iris

Jelasnya menerusi hantaran di akaun rasmi Twitternya, Dr Arisman memaklumkan sikap diri sendiri juga boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. “Diet untuk turunkan hipertensi? Iaitu diet jangan mengumpat, bergosip, memfitnah, memperlekeh, mengata, mengutuk orang lain. Semua itu boleh membuatkan diri menjadi stress, kemudian menaikkan terus tekanan darah dalam badan.”

Melihat di ruangan komen hantarannya, rata-rata ramai yang terhibur dengan tip yang dikongsikan malah merasakan tip tersebut sangat berguna. Semoga ia bermanfaat untuk semua.

Kredit gambar: Instagram Dr Arisman 

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

IKLAN
Share