Gelagat Comel Rainaa Tarik Perhatian, Anak Perempuan Rizman Nordin & Nurida Suraya Cecah Usia 2 Tahun!

Terhibur tengok telatah manja Rainaa Rizman! Meniti usia dua tahun, makin terserlah kecomelan dan ragam anak kedua Rizman Nordin dan Nurida Suraya ini. Gelagat Rainaa yang aktif dan ceria jelas menunjukkan kanak-kanak perempuan ini membesar sihat dan mendapat kasih sayang serta perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa.  

Paling menarik tumpuan, video memaparkan Rainaa beraksi lasak di sebuah taman tema indoor yang dikongsikan Rizman di media sosial baru-baru ini.  

Artikel https://www.nona.my/5-years-down-forever-to-go-nurida-suraya-bahagia-5-tahun-jadi-isteri-rizman-nordin/

Artikel https://www.nona.my/8-tahun-bahagia-jadi-isteri-designer-suri-hati-ruzaini-jamil-ini-cantik-lulusan-ekonomi/

Rainaa Kanak-Kanak Aktif & Bijak

Pereka fesyen label Rizman Ruzaini ini mendedahkan karakter puteri keduanya tersebut yang disifatkan seorang yang lasak, aktif, bijak dan suka bergurau dengan kakaknya. 

Seloroh Rizman, “My second princess behind the scene. Ganas, buli kakak dia yang sweet cantik, spidergirl mungkin.” 

Hantaran berkenaan nyata turut mencuri perhatian rakan-rakan artis termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Puan Sri Tiara Jacquelina.  

Rainaa Rizman Kini Berusia 2 Tahun

Mengimbas kembali kelahiran cahaya mata comel Rizman dan Nurida, bayi perempuan mereka selamat dilahirkan pada 11 Ramadan 1445 Hijrah bersamaan 23 Mac 2024.  

Rizman dan Nurida Suraya turut meraikan ulang tahun kelahiran kedua puteri kesayangan mereka ini pada 23 Mac lalu yang juga merupakan hari ketiga Hari Raya Aidilfitri.

Sebagai ibu, Nurida Suraya tidak ketinggalan mendoakan yang terbaik buat Rainaa. Titipnya, “Happy 2nd birthday my baby Rainaa. Mommy will always pray that you grow up to be a kind and good person. Mommy loves you more than anything in this world. You will always be my baby, forever and always.” 

Menerusi foto yang dimuat naik kelihatan permata hati kesayangan Rizman ini tampil comel dalam gaun merah jambu rekaan bapa tersayang sambil ditemani kakaknya, Rizqaa.  

Sewaktu kelahiran anak kedua, Rizman memberitahu nama Rainaa menjadi pilihan kerana ia membawa maksud indah iaitu ratu dan kedamaian.

Rizman Nordin mendirikan rumah tangga bersama Nurida Suraya pada 13 September 2019. Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa pada 2 September 2020 yang akan menginjak usia enam tahun.  

Share
Published by
Suzi