Diam tak diam dah masuk lima tahun usia perkahwinan Nurida Suraya dan suami tercinta yang juga pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin. Sepanjang tempoh itu juga isteri Rizman Nordin ini bergelar ibu dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan sebagai penyeri rumah tangga.
Selain memiliki kebahagiaan hidup sebagai suami isteri, Rizman juga kian melebarkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa. Menerusi jenama Rizman Ruzaini, dia dan rakan kongsi iaitu Ruzaini Jamil baru selesai menyertai Dubai Fashion Week.
Tanggal 13 September lalu, Nurida Suraya tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis buat suami tercinta di media sosial.
Kongsinya, “Five years down, forever to go. Happy anniversary sayang. I love you with all my heart.”
Sementara itu, Rizman turut memuat naik momen bahagia dia di samping Nurida sejak bernikah, timang anak sulung sehingga sekarang.
Ads
“Happy Anniversary to Love of My Life. You’re the reason for everything. Thank you for being who you are. My perfect 1000000X wife.
May Allah bless our marriage forever. 5 years till Jannatul Firdausi. InshaAllah.”
Isteri Rizman Nordin ini sememangnya seorang wanita yang miliki pesona tersendiri. Sejak diperkenal kepada umum yang mereka bakal disatukan sebagai suami isteri, ramai yang mengagumi kejelitaan Nurida Suraya.
Sampaikan ada yang berpandangan wanita ini seperti ratu cantik!
Ads
Apatah lagi, jelitawan ini mempunyai cita rasa fesyen elegan dan mewah. Mana tidaknya, suami tercinta seorang fashion designer.
Nurida Suraya atau mesra disapa Suraya sebelum ini pernah bekerja sebagai model sambilan. Kecantikan Suraya nyata menambat hati Rizman yang mula melihatnya di media sosial menerusi satu sesi fotografi yang disertainya.
Rizman Nordin mendirikan rumah tangga bersama Nurida Suraya pada 13 September 2019. Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa pada 2 September 2020.
Ramadan lalu, pasangan ini menerima kehadiran anak kedua yang diberi nama sebagai Rainaa.
Semoga rumah tangga Rizman dan Nurida Suraya sentiasa diberkati Allah SWT serta berkekalan hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap selebriti pasti ada petua dan tip kecantikan yang diamalkan untuk sentiasa kekal cantik dan bertenaga. Tidak terkecuali, pelakon popular Jasmin Hamid yang berkongsi amalan minuman kacang bendi yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, @jasminhamidjh.
Seperti yang sedia maklum, sayuran kacang bendi sememangnya mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk pesakit kencing manis atau diabetes.
Tulis Jasmin dalam media sosialnya, “Pada yang selalu mengalami kebas-kebas kaki dan tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minuman air ini you all tidak lagi kebas kaki, kolestrol juga insyaallah akan turun.
Cara penyediaan:
Minum selalu . Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.
Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar. Cubalah. Semoga bermanfaat. Hebat bukan?”
Jadi, bagi anda yang sering mengalami kebas-kebas kaki tidak salah kalau mahu mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Me Time Nona Tanya Ustazah episod kedua hari ini membincangkan topik “Ramadan Di Kala Wabak COVID-19”. Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail berkongsi huraian yang cukup menarik untuk panduan kita bersama.
“Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana caranya untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan yang merupakan sebaik-baik bulan. Dalam banyak-banyak bulan, bulan ini ada satu malam yang cukup istimewa iaitu malam lailatul qadar, yang lebih baik daripada seribu bulan.
Dalam bulan ini juga ada sebaik-baik doa di mana apabila ‘diangkat’ doa itu akan menjadi mustajab di sisi Allah SWT. Bulan ini juga adalah masanya untuk seseorang itu beramal soleh demi mendapatkan keredhaan Allah SWT sebagai tanda dirinya bertaqwa kepada Allah SWT.
Seseorang itu juga akan menghitung dosa-dosanya untuk memohon keampunan Allah SWT. Maka ia akan menjadi amalan yang lebih baik berbanding amalan-amalan yang dilakukan sebelum bulan Ramadan. Amalan-amalan itu juga akan diganda-gandakan pahalanya oleh Allah SWT.
Apabila seseorang itu menghulurkan kebaikan-kebaikannya seperti bersedekah termasuk kepada ahli keluarga, kaum kerabatnya dan masyarakat di sekeliling maka sedekah itu akan menjadi sebaik-baik sedekah kerana bersedekah dalam bulan Ramadan.
Pendek kata, apa yang dilakukan dalam bulan Ramadan menjadi lebih baik daripada bulan-bulan yang lain. Marilah kita sama-sama berdoa, dengan doa yang ringkas ini.
“Ya Allah Ya Tuhan Kami, sampaikanlah kami dalam bulan yang penuh keberkatan ini”
Justeru, bagaimana kita dapat menyambut kedatangan bulan ini dalam suasana sekarang iaitu ketika pandemik COVID-19? Dalam keadaan kita sedang dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Walaupun pergerakan kita dikawal namun ia sebenarnya mengawal kita daripada melakukan dosa-dosa kepada Allah SWT. Ia juga mengawal hati kita supaya tidak terus leka serta lalai kepada perintah Allah SWT.
Selain itu, ia juga mengawal emosi kita supaya sentiasa meningkatkan rasa syukur, tenang dan tabah. Sekarang Allah SWT sedang menduga kita dengan ujian berat yang tidak pernah kita fikirkan dan lalui. Maka dengan sebab itulah kedatangan bulan Ramadan kali ini menjadi begitu istimewa bagi kita sebagai umat Islam.
Inilah masanya untuk kita benar-benar bertaubat, benar-benar beribadah kepada Allah SWT, benar-benar bermunajat kepada Allah SWT. Ada hikmah di sebalik situasi yang kita lalui sekarang ini. Namun sedarlah, kita tidak bersendirian kerana bukan hanya Malaysia yang merasai detik kesukaran ini bahkan di seluruh dunia. Sudah tentu ia memberikan keinsafan yang tinggi buat kita.
Persiapan pertama, niatkan bahawa bukan hanya rantaian wabak COVID-19 yang hendak kita putuskan bahkan juga rantaian dosa-dosa. Niat untuk meningkatkan keinsafan dalam diri kita sepanjang Ramadan yang berlainan pada tahun ini. Niat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taubat kita kepada Allah SWT. Maka, betulkan niat kita.
Kesilapan dan kealpaan kita datangnya dari musuh-musuh pelbagai ‘kluster’ antaranya ‘kluster syaitan’. Sebelum bulan Ramadan pun syaitan tetap datang mengganggu kita. ‘Kluster nafsu’ pula lebih kepada nafsu makan terutama ketika berbuka puasa. Orang yang sentiasa menjaga iman dengan baik, ibadahnya pasti tidak akan terganggu dengan mudah.
Mudah mudahan kita bukan sekadar dapat memutuskan rantaian virus COVID-19 tetapi juga rantaian ‘kluster-kluster’ ini yang boleh merosakkan jiwa, akal, emosi serta fokus kita. Semua ini datangnya daripada kluster syaitan, kluster nafsu yang jahat, kluster dunia yang melalaikan dan kluster orang-orang yang merosakkan.
Di dalam satu hadis Rasulullah SAW menyebut “Setiap amalan bergantung kepada niat kamu. Dan kamu akan mendapat apa yang kamu niatkan.” Maka niatkanlah yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik, hasratkan yang baik-baik.
Persiapan kedua, banyakkan memohon ampun kepada Allah SWT. Sekarang apabila diuji kita reda, kita tabah. Istighfar selalu contohnya sambil memasak, sambil buat apa sahaja kerja pastikan lidah kita banyak beristighfar.
Semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita, ahli keluarga, masyarakat, apa sahaja dosa-dosa kita dahulu yang kita sedar dan tidak sedar. Mohon ampun dengan Allah SWT. Persiapkan hati, minda dan emosi. Baca perkara-perkara yang baik, elakkan provokasi yang menjuruskan kita untuk memikirkan perkara-perkara yang tidak baik.
Bacalah sesuatu yang boleh memberi inspirasi untuk kita terus membuat kebaikan khususnya dalam bulan Ramadan. Kita kekalkan #kitajagakita Bukan sekadar jaga keselamatan, kesihatan, kebersihan dan ahli keluarga tetapi juga jaga hati kita. Apabila hati bersih dan baik, jaga akal fikiran kita supaya sentiasa positif. Jaga emosi supaya sentiasa tenang dan sabar. Fikirkan apa yang lebih penting untuk kita beramal soleh di dalam bulan Ramadan.”
NU Ideaktiv menyokong penuh kempen duduk rumah sepanjang tempoh PKP. Jadikan ujian ini sebagai asbab untuk kita berubah menjadi hambaNya yang lebih baik. Bersyukurlah kerana ujian inilah kita dapat meningkatkan ibadah dan berdoa mohon keampunan dari Allah SWT.
Bersyukurlah kerana ujian ini juga tanda kasih sayang Allah kepada kita. Kasih sayang kita terhadap ahli keluarga juga kembali subur. Jika sebelum ini ibu bapa sering sibuk dengan urusan kerja namun kini Allah SWT memberi ganjaran ‘masa ekstra’ untuk kita bersama keluarga. Jika sebelum ini kurang masa untuk beristirehat namun kini kita ada banyak masa untuk seimbangkan masa antara urusan kerja dan rumahtangga.
Bersyukurlah kerana Ramadan kali ini cukup istimewa kerana ianya penuh dengan hikmah yang tersirat. Hanya Dia Maha Mengetahui.
#syukurbersama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu persatu dugaan ditempuhinya sepanjang bergelar isteri. Netizen menjadi saksi, bukan satu, bukan dua tapi berkali-kali dirinya dikhianati insan paling disayangi. Tapi hari ini, akhirnya Bella Astillah menyerah, takdir perkahwinannya dengan Aliff Aziz bakal ternoktah.
Hadir dalam persalinan jubah merah jambu berbunga ungu, Bella tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan kes perceraian dengan suaminya, Aliff Aziz.
Nekad untuk berpisah, Bella, 30, atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah sama, kelmarin.
Sekadar mengimbas, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun merujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.
NEKAD
Pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ barangkali tidak terpakai dalam isu melibatkan pasangan ini kerana saban kali Bella dicurangi. Apa yang pasti, kesabaran dan sifat pemaaf ibu kepada Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna ini dikagumi oleh wanita lain.
Bella nekad membuat keputusan demikian selepas mengambil kira banyak perkara selain insiden tangkapan atas dakwaan khalwat suaminya dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.
Selepas beberapa kali peluang diberikan, perceraian adalah jalan terakhir bagi Bella.
“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Malah menerusi video yang dikongsikan media, ibu kepada dua cahaya ini turut menjelaskan, perpisahan adalah jalan terbaik.
“Saya rasa inilah jalan yabg terbaik untuk saya dan Aliff. Seperti mana yang semua orang tahu, kami berdua pernah rujuk sebelum ini.
Jadi saya rasa dengan kita memilih jalan masing-masing mungkin itu yang terbaik untuk diri Aliff dan saya juga,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, banyak kata-kata semangat dititipkan oleh peminat kepada Bella. Rata-ratanya menyokong keputusan yang diambil bahkan yakin beliau mampu mendepani ujian ini dengan tenang. Apa pun, semoga Bella terus kuat untuk anak-anak dan bertemu seseorang yang lebih baik, insyaAllah!