Di sebalik kemeriahan majlis akad nikah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan FD Idzham, salah seorang jelitawan yang turut menjadi perhatian ialah Yang Hormat Mulia (YHM) Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Penampilan Puteri Suraiya Afzan kelihatan cukup anggun di samping suami tercinta, Tengku Amir Nasser. Beliau mengenakan persalinan kurung indah rona pastel lengkap berhijab polos warna sedondon.
Duduk bersebelahan suami kesayangan ketika upacara ijab kabul berlangsung, wajah klasik dan jelita Puteri Suraiya Afzan meraih tumpuan. Terserlah gaya classy dan elegan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.
Ads
Difahamkan untuk majlis pernikahan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Puteri Suraiya Afzan mendapatkan khidmat solekan daripada jurusolek popular, Najeeb Azami. Begitu juga ibundanya, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Lela Manja.
Tengku Amir berkahwin dengan jelitawan ini yang merupakan anakanda kepada YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah Sultan Haji Ahmad Shah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Tengku Adam Ibrahim Shah, Tengku Sulaiman Abdullah Shah dan Tengku Nuh Mohamed Shah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan Instafamous yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina merupakan antara figura yang sering menjadi sorotan netizen dalam setiap tindak tanduk mahupun penampilan yang diperagakan mereka.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah 63kg! Jelas Ana, ketika itu suamilah mentor untuk berdiet dan pembakar semangat sehingga berjaya hari ini.
Pemilik nama penuh, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan mempunyai muka berjerawat.
Memetik laporan Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik.
Justeru itu, Aina tidak pernah bekecil hati jika suaminya memuat turun foto dirinya dahulu. Ini kerana ada mesej yang tersirat yang ngin disampaikan sebagai pengajaran kepada orang ramai.
Aina mengakui pada tahun 2013, berat badannya pernah mencecah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram.
Justeru, untuk mengembalikan keyakinan diri, Hafiz adalah orang yang sanggup memberikan tunjuk ajar serta galakkan kepada Aina untuk menurunkan berat badan.
Ketika temu bual bersama majalah NONA, Aina mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen.
Dia juga mengamalkan tip pemakanan daripada Hafiz yang sememangya aktif melakukan senaman di gimnasium dan at berdisiplin menjaga pola pemakanannya.
Aina menjelaskan, tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuh badan ramping bagi tujuan kecantikan, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan merasa tidak yakin untuk memakai pakaian dengan saiz badan yang gempal.
Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.
Sementara itu menurut Hafiz, gambar yang dimuat turun di laman sosial bukan bertujuan memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.
Jelasnya lagi, dia mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.
Sekadar Info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Pelapis lagenda sukan boling negara, Datuk Shalin Zulkifli! Nama Nur Hazirah Ramli mula menjadi bualan peminat sukan tanah air selepas atlet ini bersama tiga lagi rakan sepasukan berjaya meraih pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 menerusi acara berpasukan wanita.
Meskipun baru pertama kali menyertai sukan dwitahunan ini namun Hazirah berjaya mempamerkan aksi bertenaga dan menonjol kemampuan diri untuk membantu skuad wanita boling kebangsaan menyumbang pungutan pingat buat kontinjen Malaysia.
Tidak dinafikan, orangnya bukan sekadar mempunyai rupa paras cantik dan kulit mulus. Bahkan berbakat dalam arena sukan.
Berusia 22 tahun, Hazirah Ramli yang berasal dari Kuching, Sarawak ini merupakan salah seorang daripada kuartet wanita kebangsaan yang dibarisi Natasha Mohamed Roslan, Adania Redzwan dan Sin Li Jane.
Selain membawa pulang pingat emas, Hazirah turut berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara tenpin boling beregu wanita di Sukan SEA Thailand 2025 bersama rakan seperjuangan iaitu Adania Redzwan.
Memetik kenyataan atlet cantik ini kepada The Borneo Post, “Saya teruja apabila melihat nama saya dalam senarai barisan atlet Sukan SEA. Rasa seperti pengorbanan saya selama beberapa tahun ini akhirnya berbaloi.”
Tambahnya lagi, ia umpama sebuah mimpi yang menjadi nyata dan tanda dedikasi serta pengorbanannya sebagai atlet dalam sukan boling.
Sebelum ini, Hazirah Ramli pernah mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan termasuk Asian Schools Bowling Championships, Asian Youth Bowling Championships dan International Youth Open.
Namun kemunculan dan aksi cemerlang Hazirah ketika beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berjaya mencuri perhatian khalayak. Dia juga mempertahankan gelaran juara terbuka remaja perempuan dalam Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia 2024.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru saja melangkah usia 56 tahun pada 23 April lalu, pesona aktres filem dan K-drama Kim Hee Ae terus menjadi igauan wanita usia pertengahan di Korea selepas 37 tahun menceburi industri seni.
Berdebar-debar rasanya saat menonton siri K-drama terbaharu Netflix, Queenmaker yang dibintangi artis senior Korea Selatan, Kim Hee Ae ni.
Kisah dua orang wanita berkerjaya yang sanggup meninggalkan kehidupan lamanya demi mencipta dunia yang lebih adil dan jujur. Cerita politik dan air mata!
Namun pujian harus diberikan kepada pendukung watak utamanya. Berkat pengalaman selama lebih 3 dekad serta bakat dimiliki Kim Hee Ae, lakonan mantapnya memang membuai perasaan dari satu episod ke satu episod.
Bakat Kim Hee Ae mula berkembang sebagai model pada tahun 1983. Rezeki beliau terus mendapat perhatian sebagai watak utama melalui pelbagai drama antaranya Beyond the Mountains pada 1991 dan Sons and Daughters pada 1992 yang memberikannya kemenangan pertama dalam Daesang.
Raut wajah dan bentuk tubuhnya yang langsing membuatkan wanita yang sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan di Korea ini nampak jauh lebih muda dari usia yang sebenar.
Kalau bercerita tentang kecantikan pelakon wanita Korea, pasti ramai meramalkan mereka telah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan muda.
Namun, tidak semua aktres Korea yang melakukan pembedahan plastik termasuk heroin drama rantaian The World Of The Married ini. Ini terbukti apabila Kim Hee Ae sering menjadi pilihan sebagai ‘wajah’ untuk tujuan komersial produk kecantikan di Korea.
Wanita yang berasal dari Bandar Jeju ini merupakan lulusan dari Chung-Ang University (B.A. in Theater and Film; M.A. in Communication and Journalism). Mula melibatkan diri dalam dunia lakonan ketika masih menuntut di kolej lagi.
Suami kepada pelakon ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat terkenal di Korea. Kim Hee-ae telah telah berkahwin dengan Lee Chan-jin pada tahun 1996 dan dikurniakan 2 orang anak lelaki.
Khabarnya wanita yang mempunyai ketinggian 163cm dan berat 49kg ini merupakan seorang ‘Supermom’ apabila mampu menyeimbangkan tugas sebagai seorang ibu kepada dua anak, isteri dan pelakon terkenal.
Selain daripada berlakon, namanya juga gah di arena fesyen di Korea Selatan. Beliau diangkat sebagai ikon fesyen di Korea terutama sekali untuk wanita pertengahan usia. Malah beliau ada ramai pengikut daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Diam-diam ubi berisi. Kim Hee Ae juga sebenarnya memiliki kehidupan yang bahagia, gemar melancong dan memilih menjaga privasi keluarganya daripada tatapan umum.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!