Genap Usia 41, Nabila Huda Pilih Lebih Tenang! Titipan Doa Suami Sempena Birthday Pula Jadi Tumpuan

Happy Birthday! 2 Disember lalu merupakan ulang tahun kelahiran aktres berbakat besar, Nabila Huda Suhaimi. Meniti usia 41 tahun, anak seni yang lebih mesra disapa Abil ini baru saja selesai menjadi juri bagi program realiti popular, Dewi Remaja 2025.

Nabila Huda Rai Birthday

Berkongsi rasa syukur sempena hari lahir baru-baru ini, Nabila yang juga anak kepada penyanyi rock tersohor, Datuk Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search turut memuat naik foto kenangan sejak kecil hingga ke hari ini.

Ujar Nabila Huda, “You know what I realised as I grow older? Life is too short to hold on to things that make my heart heavy. Keep your circle small sebab tak semua orang yang kita sayang, sebenarnya milik kita.

Some people come as blessings, some as lessons. Apa yang tak perlu, kita lepaskan. And I’ve learned to trust that if we’re not meant to be happy together in this lifetime mungkin di kehidupan lain akan dapat versi yang lebih indah.

But apa yang pasti, my love towards my career will always stay forever. I want to experience more, explore more characters, learn more sampai akhir hayat saya. To travel more, to see the world with my own eyes and to never stop chasing my dreams no matter how old I get.

Today, I choose peace. I choose happiness. And most importantly, I choose me. Happy 41 to myself.”

Tidak hanya dikagumi kerana bakat dalam dunia lakonan dan meraih pelbagai pencapaian membanggakan, Nabila Huda juga melangkah setapak ke hadapan apabila berani menceburi bidang perniagaan.

Kehidupan Nabila Huda

September lepas, ibu seorang cahaya mata ini melancarkan jenama produk kosmetik miliknya iaitu MUCH.

Di sebalik kegembiraan menyambut hari lahir, titipan doa dan ucapan istimewa daripada suami tercinta iaitu Mohd Izwan Johar nyata meraih tumpuan peminat dramatis berkenaan.

Kongsinya, “Selamat Hari Ulang Tahun Amore Mio. Mohon ampun dan maaf tahun ni tak ada surprise or present best-best, sad

betul saya. Doa saya tak putus buat awak, semoga awak dikurniakan rezeki dan umur yang barokah dan diredai dan dirahmati oleh Allah SWT.

Sumpah kamu cantik dan saya sayang kamu seratus persen. Happy birthday Nabila Huda ku sayang. To more places together, soon.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Terdahulu, Nabila Huda pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani dan dikurniakan seorang anak iaitu Keisha Laila.

Share
Published by
Suzi