Genervie Kam Belajar Rendahkan Ego Dalam Perkahwinan, Akui Bahagia & Tolak Ansur 9 Tahun Jadi Isteri Hazama!

Bukan mudah bagi seorang wanita yang memiliki personaliti ‘kuat’, berdikari dan terbiasa menjadi pemimpin untuk merendahkan ego mereka apabila sudah berumah tangga. Namun Genervie Kam membuktikan tindakan itu tersebut tidak sia-sia dan lebih manis, usaha berkenaan membuatkan perkahwinan yang dibina bersama Hazama bertambah harmoni dan bahagia.

Artikel https://www.nona.my/hebat-isteri-hazama-genervie-kam-konduktor-muzik-handalan-jayakan-konsert-siti-nurhaliza-judika/

Genervie Kam & Hazama Sambut Anniversary Ke-9

15 Januari lalu genap sembilan tahun usia perkahwinan Genervie dan Hazama. Bersempena tarikh istimewa ini, pemuzik tanah air popular tersebut meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami penyayang, memahami dan banyak mengajarnya sepanjang melayari alam rumah tangga.

Dedahnya, “Happy 9th anniversary Sayangku, Hazama. Terima kasih kerana menjalani kehidupan ini bersama. Saya tahu ada pelajaran tertentu dalam hidup yang hanya boleh dipelajari apabila kita menghadapi cabaran bersama-sama (dalam sebuah perkahwinan). Perkahwinan kami benar-benar memperlihatkan siapa diri saya yang sebenar.

Pada awalnya, untuk tunduk kepada kamu sebagai pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan latar belakang saya yang sering menjadi pemimpin. Ia satu proses yang merendahkan ego, apabila saya sedar bahawa seorang isteri yang taat bukanlah isteri yang lemah.

Dan apabila saya belajar untuk melepaskan kawalan serta memberi ruang kepada kamu untuk memimpin (malah sampai ke tahap membenarkan kamu membuat keputusan walaupun saya tahu keputusan itu mungkin salah), segalanya menjadi lebih indah. Ia adalah proses melepaskan rasa bangga diri dan sikap ‘saya boleh buat lebih baik daripada kamu’.”

Tambahnya lagi, “Saya memohon maaf atas segala kekurangan diri saya dan berharap kita dapat terus berkembang dan mendalami perkahwinan ini setiap tahun. Terima kasih kerana sentiasa menerima saya seadanya, atas kemurahan hati kamu, serta kesetiaan dan kejujuran kamu sebagai seorang suami. Saya sangat bersyukur. Sayang kamu.”

Genervie Kam Bahagia

Meskipun kedua-dua mereka mempunyai pengaruh dalam industri muzik dan bakat yang dimiliki tiada tolok bandingan namun Hazama mahupun Genervie enggan mendongak ke langit.

Sebaliknya penyanyi dan pemuzik hebat berkenaan selesa berada di kelas tersendiri.

Genervie merupakan pemuzik tanah air yang berpengalaman dan mahir mengendalikan alat muzik seperti piano, violin, dan bergelar pengarah muzik serta konduktor orkestra.

Genervie Kam sah bergelar isteri Hazama pada 15 Januari 2017.

Sembilan tahun hidup bersama, pasangan ini bagaimana pun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Pun begitu, kedua-duanya reda menerima ketentuan takdir.

Semoga perkahwinan Hazama dan Genervie Kam kekal bahagia sampai syurga. Juga, impian mereka dimakbulkan Allah SWT.

Share
Published by
Suzi