Nama Genervie Kam pastinya tidak asing dalam industri muzik tanah air. Kemampuan wanita ini memimpin persembahan seperti orkestra dan konsert mendapat kepercayaan ramai termasuklah biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Memang berbakat besar isteri Hazama ini!
Ads
Kejayaan konsert The Journey of Sound pada 15 Disember lalu menjadi sebutan ramai dan peminat seni beranggapan ia adalah antara konsert terbaik yang pernah mereka saksikan sepanjang tahun 2024.
Ramai terpesona dengan kelunakan suara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika, tidak kurang juga mengagumi susunan muzik yang diatur Genervie Kam dan pasukannya pada konsert berkenaan.
Menurut isteri Hazama ini di media sosial, dia amat berbesar hati menjayakan The Journey of Sound namun mengakui berdebar dan bersedia menerima kritikan sekiranya karya muziknya tidak memenuhi halwa telinga pendengar.
“When I was asked to MD (music director) in this show, I was of course excited but also yet nervous as to whether or not I could meet the standards of Siti Nurhaliza and the expectations that come from it. I took the opportunity but was also prepared to face any criticisms.
But at the same time, I told myself that I should always give my best regardless pd whether not the show was big or small, but just appropriate to its relevance. So, I started my craft.
I wasn’t sure which approach to take. How creative can I go? What are my boundaries? How much of its authenticity should I maintain? It was a tough decision. Not forgetting her title as Biduanita Negara. But there was another side of me that knew that I am not there to impress but to impact.”
Genervie turut berterima kasih kepada pasukannya yang saling membantu memastikan konsert The Journey of Sound berjalan lancar.
Ads
Bahagia Jadi Isteri Hazama
Menelusuri latar belakang pemuzik hebat ini, bahtera perkahwinan Genervie dan Hazama mencecah usia lapan tahun pada Januari depan.
Meskipun kedua-dua mereka mempunyai pengaruh dalam industri muzik dan bakat yang dimiliki tiada tolok bandingan namun Hazama mahupun Genervie enggan mendongak ke langit.
Sebaliknya penyanyi dan pemuzik hebat berkenaan selesa berada di kelas tersendiri.
Ads
Genervie merupakan pemuzik tanah air yang berpengalaman dan mahir mengendalikan alat muzik seperti piano, violin, dan bergelar pengarah muzik serta konduktor orkestra.
Genervie Kam sah bergelar isteri Hazama pada 15 Januari 2017.
Lebih tujuh tahun hidup bersama, pasangan ini bagaimana pun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Pun begitu, kedua-duanya reda menerima ketentuan takdir.
Semoga perkahwinan Hazama dan Genervie Kam kekal bahagia sampai syurga. Juga, impian mereka dimakbulkan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Koleksi tudung terbaharu pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal iaitu Wawa Scarve habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dilancarkan, semalam. Difahamkan sebanyak 90,000 helai terjual dengan anggaran pendapatan RM2.5 juta. Wawa Zainal, 31 yang juga isteri kepada pelakon Aeril Zafrel berkata ini adalah bukti sokongan pelanggan setianya selain menyifatkan ia adalah rezeki Allah SWT.
“Alhamdulillah, untuk keluaran kumpulan pertama (first batch) ini habis terjual. Tipu kalau cakap tak meletakkan sasaran dan harapan tinggi, tapi apabila ia benar-benar terjadi memang bersyukur sangat.
“Pada mulanya buat 20,000 helai, lepas tu 50,000 hingga mencecah 90,000 dan habis terjual. Insya-Allah kita akan keluarkan lagi,” katanya.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, apa yang penting bisnes diusahakan itu sekali gus membantu ekonomi peniaga kecil serta hasil pendapatan dapat disumbangkan kepada golongan memerlukan.
“Saya percaya dalam pada ada rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain juga. Itu saya cuba tanam dalam diri dan perniagaan ini. Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada.
******************************
Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan hidup, demi ketenangan abadi. Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).
******************************
“Sejujurnya, saya seronok melihat ada ramai lagi orang Melayu kita yang mula mencipta kejayaan atas usaha dan kerja keras mereka,” katanya.
Dalam masa sama, Wawa berkata, menariknya koleksi kali ini adalah ia eksklusif dan sesuai dijadikan hadiah kepada orang tersayang.
“Macam sebelum ini pun, kita cuba buat rekaan dan warna yang eksklusif. Bukan saja boleh beli untuk diri sendiri, tapi juga dijadikan hadiah kepada insan tersayang seperti isteri, mak, adik, kekasih atau rakan,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penghidap autisme dari Filipina, Karla Majam diumumkan sebagai Miss UniWorld 2023 dalam Pertandingan Miss UniWorld yang diadakan baru-baru ini di sebuah hotel di ibu kota.
Kredit foto: Instagram @criticalbeautyph
Gadis berusia 17 tahun itu yang berasal dari Santa Rosa, Laguna itu juga turut mencipta rekod sebagai wanita pertama dari Filipina yang memenangi gelaran Miss Uniworld. Karla disarungkan dengan mahkota bergemerlapan Ratu Kilimanjaro selepas panel juri sebulat suara menobatkannya dengan gelaran tersebut.
Pertandingan ini menyaksikan 25 peserta mewakili negara masing-masing berentap bagi merangkul gelaran Miss UniWorld. Dalam pusingan akhir Top 5, Majam berdepan saingan sengit daripada empat rakan pencabarnya dari Turkiye, Jerman, Latvia dan Georgia.
Bagaimanapun ketika sesi soal jawab yang menguji topik isu semasa dan komunikasi peserta, Majam yang juga penghidap autisme ternyata menonjol, memperlihatkan kebijaksanaannya menjawab soalan dengan begitu tenang sekaligus memberi kesan di hati penonton, terutama sekali juri.
Misi pertandingan Miss UniWorld diadakan bagi meningkatkan keunggulan pertandingan ratu dunia itu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Walau pun memiliki sedikit ketidakupayaan berbanding peserta-peserta lain, kejelitaan, keanggunan, kepintaran dan ketabahannya sepanjang menyertai pertandingan ini ternyata menambat hati juri sekaligus memutuskan Majam paling layak dipakaikan mahkota Ratu Kilimanjaro. Pada malam itu, Majam menerima hadiah serta wang tunai bernilai RM460,000.
Kredit foto: Instagram @drewfranciscow
“Saya amat berbesar hati menyandang gelaran Miss UniWorld 2023 dan memakai mahkota Ratu Kilimanjaro. Kemenangan ini bukan setakat pencapaian peribadi tetapi lebih besar maknanya. Ia juga menjadi satu janji untuk mengangkat martabat Miss UniWorld dan menawarkan khidmat dalam usaha membawa perubahan positif,” jelasnya menerusi sumber Mstar.
Tahun lalu, Niousha Roohbaksh dari Iran diumumkan sebagai pemenang. “Walaupun didiagnosis secara klinikal menghidap autisme, perjalanan hebat Karla menepis halangan sekaligus membuktikan impian boleh menjadi kenyataan tak kira apa jua dugaan yang mendatang,” kata organisasi Miss Uniworld Filipina dalam satu kenyataan yang disiarkan di Instagram.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dan Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERIA) Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dilantik oleh Suruhanjaya Global Polisi Dadah sebagai Pesuruhjaya terbaharunya, menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama memegang jawatan itu.
Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.
MAF memaklumkan, Suruhanjaya Global Polisi Dadah diwujudkan pada Januari 2011 oleh sekumpulan personaliti dari Amerika Syarikat dan Eropah, termasuk bekas ketua negara dan kerajaan bagi menyokong dasar berkaitan dadah berdasarkan bukti saintifik, hak asasi manusia, kesihatan awam dan keselamatan.
Objektif utama Suruhanjaya ialah untuk mengangkat diskusi tentang pembaharuan polisi dadah yang lebih berperikemanusiaan dan berkesan, serta berlandaskan sains di peringkat antarabangsa bertujuan mengurangkan kemudaratan akibat tabiat penggunaan dadah selain polisi kawalan yang terlalu keras ke atas individu dan masyarakat.
Pembaharuan polisi ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs).
Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark. Barisan Pesuruhjaya Global yang mengganggotai Suruhanjaya ini termasuklah Pemenang Hadiah Nobel Jose Ramos-Horta, usahawan ternama Richard Bronson dan bekas ketua negara yang lain.
Di pentas global, Dr Adeeba pernah menyandang jawatan sebagai Presiden AIDS Antarabangsa (IAS) pertama dari benua Asia, dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penasihat Strategik serta Penasihat Teknikal HIV di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kini Dr Adeeba memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersama Majlis Sains, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Suruhanjaya Kesihatan dan Hak Asasi Manusia di bawah kelolaan IAS dan LANCET, sebuah jurnal perubatan antarabangsa yang disegani.
“Pada April 2015, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Undang-Undang dari alumninya, Universiti Monash, Australia sebagai pengiktirafan atas kecemerlangannya dalam bidang perubatan dan kesihatan awam.
“Dalam bidang polisi dadah, Dr Adeeba memainkan peranan penting dalam usaha pemperbaharui polisi dadah negara sehingga membawa kepada perlaksanaan program pengurangan kemudaratan pada tahun 2006 untuk penggunaan dadah secara suntikan dan mencegah jangkitan HIV dalam kalangan individu yang menggunakan dadah, seperti program pertukaran jarum dan picagari, serta terapi penyelenggaraan metadon.”
Mengalu-alukan Dr Adeeba sebagai pesuruhjaya terbaharu, Suruhanjaya Global Polisi Dadah turut memuji penglibatan Dr Adeeba dan komitmen beliau dalam mempertahankan polisi awam yang lebih melindungi hak asasi manusia serta peranan beliau dalam meingkatkan akses kepada rawatan, pencegahan dan jagaan untuk anggota komuniti masyarakat terpinggir di Malaysia.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!