Gaya Hidup

Gigih Hias Khemah Macam Rumah, Usaha Asyalliee Cipta ‘Camping’ Selesa Buat Famili Cetus Minat Ramai!

Kagum dengan kesungguhan Asyalliee pergi camping dengan anak-anak kecil baru-baru ini! Pertama kali menikmati perkhemahan di samping keluarga tersayang, usaha ibu ini menjadikan ruang khemah lebih selesa dan indah nyata menarik perhatian ramai. Sekaligus cetus minat kaum ibu untuk bawa anak-anak beriadah!

Memilih tapak perkhemahan di Bukit Tinggi, Bentong, Asyalliee atau mesra disapa Asya yang dikenali sebagai antara influencer yang bijak mengatur hias ruang gigih membawa pelbagai perkakas memasak dan kelengkapan perabot demi mencipta suasana selesa buat seisi keluarga.

Bukan saja lengkap dengan pinggan mangkuk dan cawan, segala sudip, periuk, cerek, kuali dan toaster

pun ada. Dah macam dapur bergerak!

Patutlah followers Asya puji usaha isteri Eboy Arbaain ini.

Kredit Instagram @asyalliee
Kredit Instagram @asyalliee
Kredit Instagram @asyalliee
Kredit Instagram @asyalliee

Kongsi Asya, “My first time camping. Bagi aku yang selalu sibuk dengan hal bisnes aku, sampai masa pun tak ada dengan anak-anak. Dan masa dengan suami pun tak ada walau pun hari-hari bersama, bercamping ni aku dapat masa bersama keluarga aku.

Aku hanya fokus kepada keluarga aku, kerjasama, komunikasi dan tolong-menolong dapat mengeratkan kami lagi dan menambahkan lagi kasih sayang dalam keluarga aku. Tak sabar next camping!”

Asya yang juga pengasas Loveliee dan Asyalliee Group ini bersyukur dapat mengisi masa berkualiti dengan suami serta anak-anak sepanjang perkhemahan tersebut.

Foto Majalah Nona
Kredit Instagram @asyalliee
Kredit Instagram @asyalliee

“Allah jentikkan ke dalam hati suamiku untuk mengajak aku bercamping. Pada permulaannya, aku macam teragak tapi entah tiba-tiba hati aku macam teringin juga, macam Allah juga menjentik hatiku untuk mengizinkan suamiku bercamping.

Setelah kali pertama aku camping, aku terus jatuh cinta. Sepertinya cinta pandang pertama, aku rasa tenang sangat. Ibarat bila aku camping, aku masuk ke dunia lain.

Duit boleh dicari, tapi kenangan begini tidak akan dapat di mana mana.”

Baca https://www.nona.my/tak-sempat-jaga-arwah-ibu-ayah-asyalliee-nak-bina-rumah-orang-tua-anak-yatim/

Foto Majalah Nona
Kredit Instagram @asyalliee

Asya atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba berusia 25 tahun berkahwin dengan Eboy Arbaain pada 25 Februari 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haider Mikael, Helena Adrianna dan Hayyan.

IKLAN
Share