“Growing Younger With My Life Partner,” Rai Anniversary Ke-8, Yuna & Adam Bahagia Layari Rumah Tangga!

Sekejap saja masa berlalu. Macam baru tengok perkahwinan indah Yuna dan Adam. Pejam celik, usia perkahwinan pasangan selebriti sama cantik sama padan ini sudah pun menjangkau lapan tahun.

Artikel https://www.nona.my/putera-bongsu-selamat-nikah-dato-seri-azmin-ali-kini-berbesan-dengan-adik-dato-seri-hishammuddin-hussein/

Yuna Rai Anniversary Ke-8

Pastinya peminat Yuna masih ingat lagi momen pelantun lagu Terukir Di Bintang ini bergelar isteri lapan tahun yang lalu. Keindahan majlis pernikahan dan pelamin gah berlatarbelakangkan panorama semula jadi menjadi bualan ramai.

Malah, ia menjadi inspirasi perkahwinan kepada pasangan yang baru ingin mendirikan rumah tangga.

Bersempena ulang tahun perkahwinan pada 26 Januari lalu, Yuna menerusi media sosial memuat naik foto hari bahagia mereka dan menitipkan ucapan romantis buat suami tercinta.

“Growing younger with my life partner. Happy anniversary Adam!!”

Sementara itu, Adam turut tidak ketinggalan meluahkan rasa bahagia bergelar suami kepada penyanyi bertaraf antarabangsa berkenaan sambil berkongsi kenangan mereka selama ini.

“Happy anniversary Yangi (this is my 2016 – 17 throwback post too). Thanks for loving me, even with that beard (and without it). It’s been a fun 8 years, love you until it tips over.”

Momen Perkahwinan Yuna & Adam

Personaliti berusia 39 tahun ini sah bergelar isteri kepada Adam Yousof Mohamed Sinclair dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan bertemakan garden wedding di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 26 Januari 2018.

Majlis yang dibuat secara tertutup dan dihadiri ahli keluarga terdekat serta sahabat handai itu mendapat khidmat dekorasi ilham The Calla dan busana pernikahan pengantin perempuan adalah ilham pereka fesyen Hatta Dolmat.

Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia sampai syurga.

 

 

 

 

Share
Published by
Suzi