Uncategorized

Hadiah Hari Natal Paling Bermakna! RANDY PANGALILA & CHELSEY FRANK Bakal Timang Anak Kedua!

Siapa yang tidak kenal aktor Indonesia yang sering membintangi drama arahan serta terbitan Michael Ang ini. Randy Pangalila, aktor yang sudah 15 tahun berkecimpung dalam karier seni, mula dikenali di Malaysia menerusi beberapa sinetron lakonannya seperti Alisha, Cinta Fitri, Cinta Kirana, Hafizah, Putih Merah dan Nada Cinta.

Randy juga sering disatukan bersama pelakon Elfira Loy dalam drama arahan serta terbitan Michael Ang. Malah, beberapa bulan yang lalu, filem lakonan Randy iaitu Qodrat menemui penonton di Malaysia di mana Randy atau nama sebenar Randy Dionisius Pangalila membawakan watak  sebagai Ustaz Jafar.

Nampaknya sambutan Krismas tahun ini merupakan sambutan yang indah buat Randy apabila isterinya, Chelsey Frank umumkan hamil anak kedua. Ia dikongsikan oleh Chelsey di laman Instagram miliknya yang berkongsi foto istimewa alat ujian kehamilan dan jangkaan bayi keduanya itu bakal dilahirkan.

Randy Pangalila berkahwin dengan kekasihnya yang berasal dari Kanada, Chelsey Frank pada 19  Januari 2019 yang lalu.  Majlis perkahwinan selebriti tersebut telah diadakan di Bali Indonesia. Antara selebriti yang turut meraikan hari bahagia pasangan ini termasuklah Elfira Loy dan suami tersayang.

Selepas dua tahun bergelar suami isteri, pasangan itu dikurniakan seorang bayi perempuan pada 24 Mac 2021. Mereka menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Blair Willow Pangalila.

Untuk rekod, pasangan ini bakal meraikan ulang tahun perkahwinan ke empat pada 19 Januari tahun hadapan. Tahniah!

 

 

IKLAN
Share