Gaya Hidup

Haliza Hashim Pindah Bedford, Wartawan Veteran TV3 Ini Pilih Hidup Tenang Di Desa

Selepas lebih tiga dekad melaporkan dari kota London yang sibuk, keputusan Haliza Hashim berpindah ke Bedford nyata mencuri perhatian. Wartawan veteran TV3 ini memilih untuk meninggalkan rentak pantas kehidupan kota, demi sebuah kehidupan yang lebih tenang di desa, satu perubahan yang sarat makna dalam fasa hidupnya kini.

Selepas lebih tiga dekad menetap di St Albans, Hertfordshire, sebuah kejiranan yang penuh kenangan, Haliza Hashim dan suami akhirnya membuat keputusan yang mungkin tampak sederhana, tetapi besar kesannya terhadap kehidupan mereka.

Anak Dewasa, Kehidupan Berubah Secara Perlahan

“Selama lebih 30 tahun, kami tinggal di St Albans, Hertfordshire. It was also outside London but not too far from London. We love it there dan yang paling bermakna, anak-anak kami lahir, membesar dan bersekolah di sana.”

Di situlah segalanya bermula, membina keluarga, membesarkan anak-anak dan mengukir kehidupan yang stabil. Namun, seperti hukum alam, setiap fasa pasti berubah.

Instagram Haliza Hashim-Doyle

Apabila anak-anak mula melangkah keluar membawa haluan masing-masing, ruang dalam kehidupan Haliza Hashim turut berubah secara perlahan. Anak-anak tersayang, Emma Suraya (30 tahun) kini menetap di Berlin, manakala Edward Iskandar (27 tahun) pula bekerja di London.

“Kini, anak-anak sudah dewasa dan bekerja. Secara tak langsung kehidupan harian kami juga turut berubah,” ujarnya lembut, seolah menerima perubahan itu dengan penuh reda.

Dari situlah bermulanya bab baharu, sebuah keputusan untuk Haliza Hashim berpindah ke Bedford, lebih 90 kilometer dari London, yang membuka lembaran kehidupan yang jauh berbeza daripada sebelumnya.

Kehidupan Desa Yang Tenang, Dekat Dengan Alam

Berkenan sungguh menatap keindahan rumah baharu Haliza Hashim di Bedford. Sederhana tetapi sarat dengan ketenangan yang sukar diungkap. Dinding bata merah yang klasik dipadankan dengan garis seni bina yang kemas, mencipta aura hangat dan elegan tanpa perlu berlebihan.

Ruang halaman hijau yang terhampar rapi melengkapkan suasana desa yang damai, seolah mengundang langkah untuk berhenti sejenak dan bernafas. Inilah definisi sebenar sebuah kediaman, bukan sekadar tempat berteduh, tetapi ruang untuk menikmati hidup dengan lebih perlahan dan bermakna.

“Kini saya dan suami bekerja dari rumah. Pada kebanyakan masa, we found ourselves drawn to a slightly slower pace and a new environment dengan suasana yang lebih tenang.”

Instagram Haliza Hashim-Doyle
Instagram Haliza Hashim-Doyle
Instagram Haliza Hashim-Doyle
Instagram Haliza Hashim-Doyle
Instagram Haliza Hashim-Doyle

Bedford bukan sekadar lokasi baharu, tetapi ruang yang memberi nafas kepada kehidupan yang lebih sederhana.

“Berpindah ke Bedford lebih 90 kilometer dari London adalah perkara terbaik untuk kami. Ia merupakan kawasan desa yang sangat indah, dikelilingi kehijauan, tenang yet still well connected.

Moving to Bedford is also practical because Johnny, who works in IT, cuma perlu ke pejabat di London 2 atau 3 kali dalam sebulan. Dari Bedford, perjalanan keretapi ambil masa kira-kira sejam sahaja, cukup mudah tanpa perlu berdepan kesibukan harian kota.”

Dalam ketenangan itu, Haliza Hashim menemukan sesuatu yang sering hilang dalam kehidupan moden, masa.

Masa untuk bernafas, masa untuk berfikir dan masa untuk kembali kepada diri sendiri.

Instagram Haliza Hashim-Doyle
Instagram Haliza Hashim-Doyle
Instagram Haliza Hashim-Doyle
Instagram Haliza Hashim-Doyle

“Living in the countryside has been a gentle but beautiful adjustment. The days feel little slower, the air fresher, and very quiet surrounding.”

Setiap pagi kini tidak lagi dikejar jadual yang padat. Sebaliknya, ia diisi dengan pemandangan hijau, udara segar, dan bunyi alam yang menenangkan. Malah, pengalaman melihat rusa, arnab dan burung pheasant di sekitar kediamannya menjadi satu detik kecil yang sangat bermakna.

“Ia menjadi satu pengalaman yang sangat istimewa dan mengingatkan kami untuk lebih menghargai alam sekitar.”

Terus Aktif Berkarya Dari Rumah

Namun ketenangan itu tidak menjadikan Haliza Hashim berhenti berkarya. Sebaliknya, ia membuka ruang untuk beliau bekerja dengan lebih fokus dan tersusun.

Instagram Haliza Hashim-Doyle
Instagram Haliza Hashim-Doyle

“Kini sebahagian besar masa saya dihabiskan dengan bekerja dari rumah. Antaranya termasuk kerja-kerja terjemahan buku, menjadi juri bagi pertandingan penulisan serta mengendalikan tugasan pentadbiran bersama badan kebajikan MERCY Humanitarian UK.”

Di sebalik semua itu, terselit satu impian yang akhirnya diberi perhatian. “Saya juga boleh mula memberi perhatian serius kepada sebuah projek peribadi yang sudah lama tertangguh, iaitu menulis buku saya.”

Sebuah karya yang bakal merakam perjalanan panjangnya dalam dunia media, bukan sekadar laporan berita, tetapi pengalaman hidup yang sarat makna.

Walaupun kini lebih banyak beroperasi dari rumah, hubungan Haliza Hashim dengan dunia penyiaran tidak pernah terputus.

“Saya masih bertugas sebagai koresponden untuk TV3 dan akan membuat liputan apabila diperlukan. My recent coverage was suasana sambutan Hari Raya di London.”

Inilah kekuatan sebenar seorang wanita yang berpengalaman, mampu menyesuaikan diri tanpa kehilangan identiti.

Mengimbas kembali perjalanan hidupnya, Haliza Hashim bukan sekadar seorang wartawan. Sejak berhijrah ke United Kingdom pada tahun 1993, beliau menjadi suara yang menghubungkan Malaysia dengan Eropah, menyampaikan berita dan peristiwa penting kepada jutaan penonton.

Dengan latar pendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ekonomi dan Pengajian Sosial dari Universiti Cardiff serta Diploma Pengajian Perniagaan dari UiTM, beliau membina asas kukuh yang menjadikan dirinya antara figura penting dalam dunia kewartawanan.

Pengiktirafan yang diterima juga bukan sedikit. Pada tahun 2023, Haliza Hashim dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara, A.M.N, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangannya.

Lebih membanggakan, beliau turut dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Malaya, satu pengiktirafan terhadap pengalaman luas yang dimilikinya.

Namun di sebalik segala pencapaian itu, kisah Haliza Hashim hari ini bukan lagi tentang kejayaan semata mata. Ia tentang keberanian untuk berubah, tentang memilih kehidupan yang lebih tenang tanpa mengorbankan makna.

Dan mungkin, dalam dunia yang terlalu sibuk mengejar sesuatu, kisah ini mengingatkan kita bahawa kadang kadang, langkah paling berani adalah memperlahankan hidup, dan benar benar merasainya.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/anak-bongsu-faizal-hussein-genap-18-tahun-wajah-kacak-persis-azroy-waktu-remaja/

Share
Published by
Norzalina