Gaya Hidup

Hantaran Syed Saddiq: Akaun ASNB, SSPN & Tabung Haji Bukti Lelaki Provider Sejati

Hantaran Syed Saddiq menjadi perhatian ramai apabila beliau memilih pendekatan yang luar biasa dan penuh makna dalam majlis pertunangannya bersama Bella Astillah. Cukup bermakna dan berwawasan, set hantaran tunang Ahli Parlimen Muar tersebut jelas lain dari yang lain apabila beliau menyampaikan buku akaun pelaburan Tabung Haji, ASNB dan SSPN kepada bakal isteri tercinta.

Sabtu lalu menyaksikan detik bermakna Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihannya, selebriti Bella Astillah dengan iringan restu ibu dan keluarga.

Cantiknya suasana majlis pertunangan mereka yang berlangsung di Locarasa Bamboo Hills ni, nampak sederhana tapi meriah…

 

Hantaran Syed Saddiq Bertemakan Masa Depan

Terus menjadi bualan hangat, perhatian tetamu turut tertumpu kepada hantaran Syed Saddiq selain momen romantis ikatan pertunangan dan acara menyarung cincin.

 

Threads Adam Mohd Muhayeddin
Instagram @missfazura

Lebih menyentuh hati apabila mengetahui isi 5 dulang hantaran YB Syed Saddiq yang bertemakan ‘Demi Masa Depan’ kepada bakal isterinya yang berupa:

  • Cincin pertunangan
  • Simpanan ASNB kepada Bella Astillah
  • Simpanan Tabung Haji kepada Bella Astillah
  • SSPN kepada Mohamad Ayden Adrean
  • SSPN kepada Ara Adreanna

Pilihan ini menunjukkan bahawa hantaran Syed Saddiq bukan sekadar simbolik, tetapi juga perancangan kewangan jangka panjang untuk keluarga yang bakal dibina.

Idea Asli Tanpa Ikut Kebiasaan

Menurut sahabat baiknya yang turut merupakan Dulang Boys pada hari berkenaan, Adam Mohd Muhayeddin, hantaran tersebut 100% adalah idea Saddiq.

“Bukan idea kami. Masa first meeting dia tanya nak bagi apa, kita orang cakap hantaran biasalah. Biasa tunang ni simple je, kek, buah. Saddiq kata mana boleh. ‘I am serious about it’.”

Jelas bahawa hantaran Syed Saddiq mencerminkan kesungguhan beliau dalam membina masa depan bersama pasangan, berbeza daripada kebiasaan hantaran pasangan lain yang lazimnya berupa barangan mewah dan berjenama.

Perbezaan Hantaran Yang Jadi Inspirasi

Pemberian hantaran ini jelas berbeza daripada trend biasa. Ia bukan sahaja unik, malah memberi inspirasi kepada ramai tentang kepentingan kestabilan kewangan dalam perhubungan.

Momen bertukar hantaran sebanyak 5 dulang daripada pihak lelaki dibalas dengan 7 dulang daripada pihak perempuan, menjadikan majlis tersebut lebih bermakna dan seimbang.

Hantaran Syed Saddiq juga membuka perspektif baru bahawa hantaran bukan sekadar simbol kemewahan, tetapi boleh menjadi pelaburan masa depan yang praktikal dan bijak.

Hantaran Bella Astillah Bertemakan Gunung Kinabalu

Bella pula memilih hantaran bertemakan ‘Setinggi Gunung Kinabalu’ bagi simbolik gunung tersebut yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah.

Threads Pinography
Threads Pinography
Threads Pinography

Antara isi dulang hantaran beliau adalah:

  • Cincin pertunangan
  • Buku nota
  • Set wangian Oud
  • Makanan kucing

Pilihan Bella melengkapkan hantaran Syed Saddiq dengan sentuhan peribadi yang mencerminkan hubungan mereka yang harmoni.

Majlis Sederhana Tetapi Penuh Makna

Majlis sederhana tetapi meriah itu bertemakan rona biru lembut dan kuning pastel, turut dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat serta rakan artis yang turut bahagia meraikan ikatan pertunangan mereka.

Bella, 32 tahun, merupakan ibu kepada dua cahaya mata tampil elegan mengenakan persalinan dalam rona pastel ilham Altelia Amani.

Walaupun tarikh perkahwinan pasangan ini belum diumumkan, ia dijadualkan berlangsung pada tahun ini dan pastinya dinanti-nantikan ramai.

Secara keseluruhannya, hantaran Syed Saddiq membawa mesej yang lebih mendalam. Tentang tanggungjawab, perancangan masa depan dan komitmen seorang lelaki sebagai provider.

Ia bukan sahaja mencuri perhatian netizen, malah menjadi contoh bagaimana sesuatu tradisi boleh diberi nafas baru dengan nilai yang lebih praktikal dan berwawasan.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/sultan-selangor-kewangan-raya/

Share
Published by
Norzalina