
Datin Seri Maria rai anniversary ke-10
Sedekad melayari rumah tangga dengan Datuk Seri Rahman Shakor pastinya mencipta pelbagai kenangan indah buat Datin Seri Maria Farida. Saban tahun tarikh keramat 26 November sudah tentu menjadi detik bahagia bagi pasangan romantis ini kerana pada tanggal itulah mereka disatukan sebagai suami isteri.
Berkongsi rasa syukur dengan ikatan suci yang terbina sejak 10 tahun lalu, Datin Seri Maria Farida menerusi media sosial memuat naik momen istimewa menyambut hari bahagia tersebut di sisi suami tercinta.
Ujarnya, “10 amazing years with Encik suami. Through the ups and downs and outside noise, we made it through. InsyaAllah until Jannah. Happy 10 years hubby!”
Sempena ulang tahun perkahwinan, Datin Seri Maria turut mengadakan majlis bertemakan masquerade khusus buat kenalan rapat.
Meniti usia 56 tahun, aktres jelita ini tampil mempersona dan ramping. Bukan hanya memiliki penampilan anggun menawan. Bahkan Datin Seri Maria juga bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik dan awet muda!
Meninjau ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kebahagiaan pasangan suami isteri ini. Tidak kurang juga yang memuji keanggunan pelakon wanita berkenaan.
18 September lalu, usahawan ini turut tidak ketinggalan mengadakan majlis hari lahir ke-71 buat Datuk Seri Rahman.
“Surprise birthday celebration to my wonderful husband DS Rahman Shakor. My sun, my moon and my universe! May Allah bless you with the best of health and happiness. Only the people closest to you know your kindness. You are always loved by all of us!”
Khabarnya pasangan ini sedang menikmati percutian di pulau peranginan popular di Indonesia, Bali.
Semoga rumah tangga Datin Seri Maria dan Datuk Seri Rahman sentiasa bahagia serta berkekalan hingga ke syurga di samping anak-anak tersayang.
This website uses cookies.