Segala-gala yang tertulis di media sosial, merupakan markah penilaian orang luar terhadap peribadi kita. Bukan cuma terpakai untuk majikan, malah rakan-rakan serta ahli keluarga yang selalu berhubung dengan anda.
Buat pasangan yang telah berkahwin, status anda membayangkan tahap kebahagiaan dalam rumah tangga manakala bagi yang bujang, menjadi pengukur utama oleh calon pasangan.
Reaksi atau pergerakan seseorang di media sosial menggambarkan apa yang selalu bermain di fikirannya. Secara psikologi, ia boleh dianalisis oleh orang lain walaupun bagi mereka yang tidak begitu mengenali diri anda.
Jika anda kerap mengeluh, suka merungut atau membebel tentang sikap suami di media sosial umpamanya, ibarat memberi tanggapan bahawa runtuhnya komunikasi antara suami isteri, selain mendedahkan aib kepada dunia luar.
Untuk memastikan profil yang bersih serta mencerminkan karakter hubungan yang lebih baik, peraturan-peraturan ini harus dipraktikkan:
1) Hapuskan foto-foto lama, Unfriend atau Block bekas kekasih
Delete saja semua yang tidak relevan dengan kehidupan anda sekarang. Contohnya gambar sewaktu belum bertudung, bersama bekas teman lelaki, saat berpesta atau sebagainya. Elakkan juga bergambar dengan lelaki lain selain ahli keluarga sendiri.
Ads
2) Hati-hati memberikan Like atau Share
Setiap perbuatan anda akan terpapar, termasuklah komen-komen yang dilontarkan. Tentu tidak manis jika anda dilihat berkongsi artikel tentang masalah rumah tangga. Silap hari bulan dianggap berkongsi masalah diri sendiri pula.
3) Jangan menunjukkan emosi secara berlebihan
Ads
Elakkan status-status liar terhadap sesuatu perkara. Tidak perlu menggunakan huruf-huruf besar atau tanda seruan walaupun memaksudkannya. Jangan banyak berkias atau menyindir pasangan.
4) Letakkan status perkahwinan yang sebenar
Ads
Jika sudah berkahwin, tolong jangan letakkan status single, in a relationship atau divorced pula. Anda pasti tidak mahu dipandang serong atau bagi yang bujang, seperti terdesak mencari pasangan di media sosial.
5) Jangan terlalu kerap berkongsi foto-foto keluarga
Mungkin apa yang mulanya sweet boleh membuat orang meluat. Simpan saja nostalgia itu di rumah. Begitu halnya dengan foto-foto anak. Tidak perlu terlalu banyak demi keselamatan si kecil dari menjadi sasaran pedofilia atau penjenayah siber.
6) Jangan bawa masalah rumah tangga ke online
Apabila berlaku perselisihan faham dengan pasangan, elakkan berbicara tentangnya di media sosial. Atasi masalah secara matang, bersemuka atau cukup berbalas mesej di antara anda berdua sahaja. Jangan membiarkan pertengkaran itu dilihat oleh seluruh dunia!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernahkah terlintas mengapa dapur rumah anda terasa kurang selesa? Mungkin ada yang salah dengan penataan dan dimensinya. Sudah diubah suai namun masih ada yang kurang. Kemungkinan besar anda sudah melakukan kesilapan pada pengubah suaian dapur. Justeru, sebelum menetapkan untuk mengubah suai dapur sebaiknya anda kaji semula semua aspek termasuk yang paling kecil.
Ini kerana dapur juga merupakan salah satu ruang penting yang sering digunakan. Semak 8 kesalahan berikut yang mungkin kita sering terlepas pandang.
KOMPONEN KECIL
Semua komponen di dapur penting dan memerlukan ruang penyimpanan. Meskipun ia hanyalah mesin pengisar kopi mahupun ruang rempah ratus anda tetap perlu ambil berat. Ketika anda mengubah suai dapur fikirkan di mana semua perabot yang sudah atau bakal dibeli akan diletakkan. Apatah lagi, perabot dapur yang sering digunakan pastinya memerlukan ruang ekstra di meja dan rak-rak terjangkau.
TIDAK PEKA KEPADA ALIRAN AKTIVITI
Rekaan minimalis moden yang sering dilihat di internet dan majalah tidak cukup untuk menjadikan dapur sebagai ruang memasak yang selamat. Sertakan rutin anda di dapur iaitu apa yang biasa anda lakukan di pagi hari, tengahari, petang dan malam. Pertimbangkannya dalam ubah suai ruang dapur. Contoh, jika setiap pagi anda memasak nasi kemudian mencuci peralatan maka susunan kelengkapan dapur haruslah saling berdekatan bagi memudahkan anda memasak.
PAKSA DIRI BUAT SEMUA SENDIRI
Kita boleh menjadi seorang yang kreatif mahupun pencinta DIY. Namun begitu, kalau memang tidak mempunyai pengetahuan asas mahupun kemampuan dalam mencipta atau mengubah suai ruang sebaiknya jangan memaksa diri. Jangan anggap bahawa tidak menggunakan khidmat profesional mampu menjimatkan wang. Jangan terkejut jika ia akan menimbulkan banyak lagi masalah di kemudian hari.
MENGABAIKAN RUANG LAIN
Sepanjang anda mengubah suai rumah jangan sampai ruang-ruang lain kelihatan kotor dan rosak. Jangan sampai lupa untuk membentangkan kain penutup di bahagian pintu dapur agar debu cat serta material tidak sampai ke ruangan lain. Pilih pintu terdekat dengan dapur untuk memasukkan material-material ubah suai.
TIDAK MELAKUKANNYA DENGAN BAIK
Ubah suai seharusnya menjadikan ruang yang lama lebih baik. Namun sayangnya, terdapat segelintir pemilik rumah hanya mengubah suai untuk menukarkan model tetapi tidak menjadikannya lebih baik. Oleh itu, ketika ubah suai tetapkan target supaya dapur sesuai untuk keperluan keluarga bukan hanya pada masa sekarang bahkan akan datang juga.
MENGABAIKAN CARA PEMBAIKAN
Kebanyakan memilih kabinet dapur yang tingginya hampir mencapai langit-langit. Ada yang menggunakannya untuk menyimpan perabot yang jarang digunakan mahupun membiarkannya kosong. Akhirnya ia terbiar tanpa dibaiki, lapuk dan rosak. Inilah pentingnya pengubah suaian sesuai dengan keperluan dan kemampuan. Jika anda tidak tahu bagaimana membaiki setiap perabot dan kelengkapan dapur, sebaiknya jangan menggunakannya.
MEMILIH KELENGKAPAN MEMASAK DI LANGKAH TERAKHIR
Ada juga, setelah selesai memasang kabinet dapur dan mengecat dinding kemudian baru terfikir ada buat silap. Contohnya ruang untuk meletakan peti sejuk tidak cukup, tidak tahu di mana hendak meletakkan ketuhar dan tiada tempat untuk meletakkan rak gelas serta pinggan. Sedangkan rak, peti sejuk dan segala peralatan memasak seharusnya menjadi perkara paling utama ketika mengubah suai dapur.
MENGABAIKAN KEINDAHAN
Bahagian backsplash dan kabinet dapur merupakan kawasan yang boleh dijelajah antaranya ialah mainan warna kabinet dapur. Jangan malas untuk mencipta rekaan backsplash yang unik atau skema warna kabinet dapur yang berbeza daripada kebiasaan untuk impak yang lebih menarik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut saja Sheila Rusly perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah raut wajahnya yang tegas dan kepakarannya memasak. Terkenal dengan watak-watak antagonis ketika awal pembabitan dalam dunia lakonan, kini segala penat-lelah Sheila Rusly terbalas apabila dia mampu meletakkan pesona dirinya sebagai satu ‘branding’ dan mempunyai nama besar dalam industri seni tanah air.
Sepanjang 36 tahun menceburi bidang seni Sheila yang lahir pada 18 September 1971 tidak sekadar menjadi pelakon. Malah dia juga penerbit, pengarah, pemilik syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd dan usahawan yang disegani ramai. Tidak cukup itu Sheila turut dilantik duta produk Maggi selama beberapa tahun.
“Buat masa sekarang saya masih sibuk dengan program Maggi dan alhamdulillah dah tujuh tahun kami berkolaborasi. Maggi ni dah macam family saya, we are like partners yang bukan saja kongsi rezeki tapi juga kongsi resipi.
Dalam masa sama bila tak ada recording saya akan fokus balik dengan skrip untuk mega drama bertajuk Nikah Cerai Rujuk di Astro Ria. Tak tahu lagi bila mega drama ni akan disiarkan.
Kami akan mula shooting lepas Elisya bersalin dalam bulan Julai. Syukur, mega drama Ratu Tenpin 2 pun dah habis shooting,” ujar isteri Azman Haji Yahaya atau lebih dikenali sebagai Jinggo.
Enggan bermegah dan mendabik dada dengan kejayaan yang diraih, Sheila ketika ditemui sewaktu sesi fotografi penghias Nona Jun 2022 sebenarnya seorang personaliti yang mesra dan merendah diri. Meskipun masa penggambaran dia sedang berpuasa enam Syawal namun figura ini tetap komited memberikan yang terbaik.
Begitu juga menantu kesayangan, Elisya Sandha yang hadir menjayakan edisi Hari Ibu kali ini di samping ibu mentua. Tengah sarat mengandung pun masih ceria dan bersemangat memenuhi pelawaan. Patutlah dua anak seni ini mampu bertapak kukuh dalam industri sebab masing-masing berdisiplin dan profesional dalam kerjaya!
KEHADIRAN MENANTU Sheila yang selamat menerima menantu pada 21 Ogos tahun lalu tanpa berselindung mengakui kehidupannya lebih harmoni sejak kehadiran Elisya Sandha. Lebih manis, menantu Sheila ini bergelar anak seni dan berstatus selebriti.
Ditanya reaksi apabila bermenantukan artis, pengusaha The Dim Sum Place ini tidak menganggap ia satu masalah.
“Saya tak kisah dan tak pernah memilih nak menantu bukan selebriti atau selebriti popular level international. Saya tak meletakkan apa-apa harapan pun. Pada saya, yang penting anak-anak happy. Bukan saya yang happy tapi anak-anak yang happy. Bila itu pilihan Haq, saya terima sebab saya nak anak saya happy.
Anak takkan selama-lamanya dengan kita. Dia kena ada hidup dia sendiri dan kita kena hidup dengan orang yang dia sayang dan cinta. Bukan orang yang kita suka. Anak saya pernah cakap, dia takkan kahwin dengan perempuan lain kecuali Elisya Sandha.
Bila saya meredakan perkahwinan mereka, saya rasa itu satu benda besar yang saya buat sebab ini adalah titik permulaan kehidupan dia.
Jujurnya bila anak bawa Elisya ke rumah, saya macam tak percaya. Bila dengar nama belakangnya Sandha, saya tahu dia adik Fasha Sandha. Masa datang rumah Elisya masih sekolah dan tak berlakon lagi. Dia tunggu dalam kereta dalam sejam tak keluar-keluar sebab takut.
Saya yang dalam rumah dengar enjin kereta tapi pelik kenapa dia tak masuk. Dah agak mesti dia nervous. Iyalah saya dari umur 15 tahun banyak berlakon watak antagonis. Mungkin sebab aura tu, sampai orang sekeliling takut nak tegur termasuk Elisya.”
Bakal bergelar nenek tidak lama lagi, Sheila yang popular dengan program Ketuk-Ketuk Ramadan teruja timang cucu sulung kelak. “Saya tak pernah meletakkan bila sekian tahun Haq dan Elisya perlu ada anak. Memang tak pernah bincang pun. Cuma saya pernah cakap kalau Allah bagi, terima. Jangan kacau perancangan Allah.
Kalau Allah kata itu yang terbaik untuk dapat anak awal, just terima rezeki. Tak anggap ia seawal ini tapi bila berlaku, sudah tentu saya happy. Saya tak control hidup anak-anak. Apa yang saya buat ialah saya observed dan kalau ada rasa tak betul, saya tegur. Mereka lebih tahu perjalanan macam mana yang dipilih, saya terima dan saya mendoakan yang baik-baik.”
Ujar Sheila, dia bersyukur Allah kurnia seorang menantu yang bukan hanya cantik tetapi juga pandai mengambil hati. “Sekarang ni susah nak dapat menantu yang betul-betul rajin masuk dapur. Memang susah nak cari perempuan pada umur Elisya ni yang rajin untuk turun dapur masak. Masak ni tak boleh paksa, dia kena ada kemahuan sendiri.
Saya harap Elisya jadi anak menantu yang baik, isteri baik kepada suami, jadi ibu dan anak yang baik. Jangan lupa di mana kita bermula sebab di situ kita akan berakhir.”
IBU MENTUA Tertawa mengimbas detik pertemuan pertama dengan ibu mentua, Elisya berkata dia mula tahu Uzair Haqimy anak Sheila Rusly selepas sebulan mereka berkenalan dan berkongsi perkara tersebut dengan kakaknya, Fasha Sandha.
“Angah beritahu mama Sheila ni garang tapi hati dia baik. Memang nervous masa first time jumpa tapi saya tahu apa saya nak dan saya tahu kenapa saya ada di situ. Saya dan Haq kenal sejak zaman sekolah lagi.
Waktu tu saya baru 16 tahun dan Haq dah masuk kolej. Tapi kami belum masuk industri yang sama. Kami pertama kali jumpa di restoran dan tak tahu pun dia anak Sheila Rusly. Sampailah dah sebulan kenal each other baru tahu status dia.”
Bercerita keistimewaan suami tercinta di matanya, anak bongsu daripada enam beradik ini membongkar rahsia. “Di mata saya, dia seorang lelaki family oriented. Dia lelaki yang sangat jaga keluarga dan sayang mak dia. Dari situ, saya percaya Haq boleh jaga saya sampai bila-bila.”
Mengulas lanjut peribadi ibu mentua yang tidak diketahui ramai, aktres berusia 23 tahun ini mendedahkan sikap sebenar wanita bernama Sheila Rusly berkenaan.
“Orang mungkin nampak mak mentua saya macam garang. Tapi sebenarnya dia sangat penyayang. Di luar dia nampak garang tapi dia sangat baik hati. Mama Sheila seorang yang straight forward dan cakap lepas.
Orang tak nampak sisi dia yang penyayang, suka masak dan pemurah sebab suka bawa makanan pergi set. Jadi benda-benda macam tu sebenarnya bagi saya sangat sweet. Dalam masa sama, saya terinspirasi dengan sikap ibu mentua tentang macam mana dia jaga family, suami dan didik anak-anak.
Semua tu saya tak boleh dapat di luar sana tapi boleh dapat daripada mak mentua sebab dialah yang banyak mengajar saya. Mama ni sangat tenang. Apa yang orang nak cakap pasal dia, dia tak kisah. Itu juga antara yang saya kagum dengan sikap mama.”
Solekan : Tiar Zainal (Sheila Rusly) / Jijie Zainal (Elisya Sandha) Dandanan Rambut : Emma Mustafa Busana : Larney Lokasi : The Ascott Kuala Lumpur @discoverasrmalaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah Vivy Yusof! Pastinya ramai yang berkongsi rasa bangga apabila usahawan Malaysia meraih kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa.
Lebih manis, pengiktirafan yang diterima Vivy bukan saja mengangkat martabat wanita malah mengubah persepsi masyarakat antarabangsa mengenai wanita Muslim dan berhijab.
Menerima pengiktirafan dalam kategori usahawan, pengasas bersama dan Pengarah Kreatif Kumpulan, FV Group ini tersenarai dalam Business of Fashion (BOF) 500 kerana kejayaannya sebagai salah satu industri ‘modest fashion’ paling berpengaruh di Asia Tenggara.
Lebih membanggakan, namanya turut sebaris dengan usahawan, pereka fesyen dan penggiat industri fesyen serata dunia termasuklah ikon fesyen Itali, Giorgio Armani, aktres terkenal Bollywood Deepika Padukone, Simon Porte Jacquemus dan ramai lagi.
Diraikan dalam BOF Gala sempena Paris Fashion Week Spring/Summer 2023 di Paris pada 1 Oktober lalu, Vivy tampil menawan dalam persalinan pereka fesyen tempatan Rizman Ruzaini.
Seakan tidak percaya dengan pencapaian yang diterima, Vivy berbangga dapat membawa jenama tempatan ke peringkat lebih tinggi.
“Dreaming. I’m dreaming! I’m so proud to represent modest fashion at the BOF gala and even prouder to wear one of Malaysia’s most beloved fashion designers Rizman Ruzaini. Paired it with The dUCk scarf and bag.
Is this even real?! Not only am I on the list this year, BOF also selected me as one of the EIGHT cover stories alongside Giorgio Armani, Jacquemus, Deepika and Emma Grede! I’m still on cloud nine now, let me stay here for a while ok.”
Dari seorang pempengaruh, Vivy terus melakar pelbagai kejayaan saban tahun menjadi modest fashion mogul dan bercita-cita tinggi dalam mempromosikan bisnes serta jenama keluarannya dalam pasaran dunia.
Dalam pada itu, Vivy juga terpilih sebagai penghias muka depan BOF 500 tahun 2022 bersama tujuh individu berjaya lain dan kisah kejayaannya akan dipaparkan mulai 3 Oktober.
BOF 500 mula diperkenalkan pada September 2013 dengan mengangkat 500 individu paling berpengaruh dalam industri fesyen global. Ia terdiri daripada lapan kategori iaitu pereka fesyen, eksekutif, media, retailers, usahawan, the creative class, models and muses dan catalysts.
Di samping kejayaan BOF 500, Vivy turut bakal melancarkan buku sulungnya iaitu The First Decade pada Disember ini yang menceritakan mengenai pengalamannya sepanjang 10 tahun bergelar usahawan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin terserlah cantik Kasih Iris Leona. Nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini bukan lagi asing dalam industri hiburan. Meskipun tidak terlibat dalam bidang seni secara serius namun Leona dikenali ramai generasi muda hari ini. Bukan hanya kerana statusnya sebagai anak selebriti tetapi juga kerana pengaruhnya di media sosial.