Berita

Hari Graduasi Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Anakanda Bongsu Sultan Brunei Cantik & Pelajar Cemerlang!

Hari graduasi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang menamatkan pengajian di Jerudong International School baru-baru ini menarik perhatian rakyat jelata.

Dilahirkan pada 28 Januari 2008 dan kini mencecah usia 18 tahun, kecantikan dan kebijaksanaan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, puteri bongsu Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ini kian terserlah.

Sekolah Antarabangsa Jerudong atau Jerudong International School (JIS) telah menganjurkan Majlis Penghargaan Pencapaian Tahun 13 di JIS Arts Centre sebagai penghormatan kepada Kelas 2026 yang sedang bersedia menamatkan pengajian.

Jerudong International School
Jerudong International School

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut, menjadikan suasana lebih bermakna dan berprestij.

Baginda diiringi dua putera diraja iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel yang turut meraikan hari bersejarah adinda Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Pencapaian Akademik Cemerlang

Majlis berkenaan turut meraikan pencapaian para pelajar Tahun 13 yang bakal bergraduasi, termasuk Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang menjadi antara tumpuan utama.

Jerudong International School
Jerudong International School
Jerudong International School

Puteri ini pernah mencuri perhatian apabila menjadi salah seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) di JIS pada Jun 2024.

Dalam peperiksaan itu, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berjaya memperoleh 8 gred A*/A, sekali gus meletakkan dirinya antara pelajar paling cemerlang tahun lalu. Kejayaan ini membuktikan beliau bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, malah kecerdasan akademik yang tinggi.

Inspirasi Kepada Generasi Muda

Kejayaan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada hari graduasi ini menjadi inspirasi kepada ramai pelajar dan golongan muda. Ia menunjukkan bahawa usaha gigih, disiplin dan komitmen mampu menghasilkan kejayaan yang membanggakan.

Gabungan latar belakang keluarga, pendidikan berkualiti dan dedikasi diri menjadikan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah sebagai contoh teladan dalam mencapai kecemerlangan akademik.

Hari graduasi ini bukan sekadar penamat kepada satu fasa pendidikan, tetapi juga permulaan kepada perjalanan masa depan yang lebih gemilang buat Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Semakin dewasa, wajah puteri diraja Brunei ini semakin anggun dan jelita. Sekadar info, Puteri Ameerah Wardatul merupakan zuriat Sultan Brunei dengan bekas isteri, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas personaliti televisyen terkenal di Malaysia.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/dr-swee-lay-thein-breakthrough-prize/

Share
Published by
Norzalina