Hidangan Kasih Sayang Hanakago di Restoran Kampachi Undang Selera!

Februari sering dikaitkan dengan cinta. Cinta sememangnya mempunyai makna yang universal. Hidangan Valentine Hanakago ini menjadi pilihan untuk meraikan cinta di kampachi. Hidangan istimewa yang sukar dilepaskan! Menu ini istimewa sempena tarikh 14 Februari di Restoran Kampachi yang terletak di Petaling Jaya!

1.CHOCOLATE MOUSSE

BAHAN-BAHAN:

60gm coklat

80gm gula

100gm krim putar

10gm koko

1 biji strawberi

CARA MEMBUAT:

Cairkan coklat dan gaulkan bersama gula. Campurkan pula coklat yang dicairkan bersama krim putar. Tuangkan ke dalam gelas dan balutkan dengan cling wrap dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Keluarkan dari chiller

dan hiaskan dengan krim dan hirisan strawberi.

  1. KURUMA EBI TO NANKIN SO SURINAGASHI

(SUP PES LABU DENGAN UDANG)

BAHAN-BAHAN:

100gm labu

5 ekor udang

1 pek kacang Edamame

30ml stok ayam

3 gm garam

5ml kicap Shoyu

CARA MEMBUAT:

Kukus labu sehingga ia menjadi lembut. Kemudian lenyek sehingga ia lumat. Masukkan stok ayam bersama kicap shoyu dan garam.Panaskan ia di atas api yang kecil. Sementara itu, rebus udang dan kacang edamame secara berasingan. Masukkan udang dan kacang edamame ke dalam sup.akhir sekali, masukkan labu yang telah dilenyekkan ke dalam sup.

  1. KANI SU

(ISI KETAM BERSAMA VINEGARETTE SAUCE)

20gm isi ketam

5gm Japanese Kyuri

5gm rumpai laut merah

5gm rumpai laut Wakame

30ml cuka

5gm jeli agar-agar

CARA MEMBUAT:

Panaskan cuka di dalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar. Masak sehingga ia hancur sepenuhnya dan sejukkan seketika.basuh bersih rumpai laut dan potong mengikut potongan half-moon slices

. Masukkan kesemua bahan-bahan lain ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama isi ketam dan jeli yang telah disejukkan.

  1. GYUNIKU EMOKI MAKI

(GULUNGAN DAGING BERSAMA ASPARAGUS DAN CENDAWAN)

BAHAN-BAHAN:

40gm hirisan daging

50gm cendawan Enoki

6 keping asparagus

3gm garam

2 gm lada hitam

10gm mentega

5ml sos soya

CARA MEMBUAT:

Hiris daging seberat 20gm setiap satu dan pastikan setiap hidangan menpunyai dua keping hirisan daging. Gulungkan daging ebrsama cendawan Enoki dan asparagus. Kemudian panaskan kuali dan tumiskan seketika. Kemudian hidangkan bersama sos.

  1. SALMON, AMBERJACK AND TUNA SASHIMI

(IKAN SALMON DAN TUNA SEGAR)

BAHAN-BAHAN:

2 hiris ikan salmon

2 hiris ikan tuna

1/2 biji timun

Hiris ikan setebal 15gm setiap satu. Kemudian hiris sayur timun sebagai hiasan bersama ikan tuna dan ikan salmon segar yang dinikmati bersama sos shoyu dan wasabe.

  1. TAKIKOMI GOHAN

(NASI CAMPUR JEPUN)

BAHAN-BAHAN:

1kg beras Jepun

300gm cendawan

300gm sayur burdock root

500gm isi ayam

90ml sos soya

90gm gula

1000ml air

CARA MEMBUAT:

Basuh kesemua bahan dan hiris secara memanjang. Masukkan kesemua bahan-bahan seperti cendawan, sayur, isi ayam, sos soya dan gula ke dalam beras Jepun yang telah disukat bersama air. Masak di dalam periuk nasi selama 45 minit sebelum dihidangkan.

IKLAN
Share