Hilangkanbatuk bagi sesetengah orang amatlah sukar dan memakan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Setiap kali demam, pasti akan batuk dan selesema. Biasanya bila dah mula batuk, akan jadi batuk berpanjangan yang susah nak hilang.
Bila berpanjangan sehingga berbulan-bulan, memang menyeksakan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun terganggu. Walaupun sudah cuba pelbagai ubat namun tidak juga sembuh dan lega. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh mencuba perkongsian daripada Asyraf Bakar ini.
Kredit Foto: Asyraf Bakar
Berkongsi video di media sosial miliknya, satu usaha untuk meredakan batuk adalah dengan hanya membuat urutan tiga titik.
Tidak salah ikhtiar dengan cara yang ditunjukkan, urutan pada titik tiga penting di bahagian tangan.
Ads
Cara hilangkan batuk dengan urutan tiga titik di tangan;
Titik 1: Antara jari telunjuk dan jari tengah.
Ads
Titik 2: Hujung jari manis.
Titik 3: Berdekatan dengan pelipat lengan.
Ads
Semua titik tersebut perlu ditekan selama dua hingga tiga minit. Picit pada kedua-dua belah tangan.
Jika rawatan sesuai atau serasi, tidak mustahil batuk yang berbulan-bulan boleh terus reda. Malah, tidak salah kalau hendak mencuba kan?
Sumber: SinarPlus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 25 Julai lalu genap 16 tahun pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad. Seorang figura dan sutradara kebanggaan tanah air yang telah banyak menghasilkan filem berkualiti hingga meraih pengiktirafan di persada dunia. Pemergian tokoh seni ini pastinya meninggalkan kesan mendalam terhadap penggiat seni lain.
Tidak terkecuali, pelakon berbakat besar iaitu Sharifah Amani yang merupakan salah seorang individu yang cukup dekat dengan Allahyarham Yasmin.
Sharifah Amani pertama kali membintangi filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad ialah menerusi filem Sepet pada tahun 2005. Sekaligus melonjakkan namanya dalam arena seni apabila merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-18.
Pada tahun 2006, Sharifah Amani sekali lagi muncul dalam filem Gubra yang juga arahan Allahyarham Yasmin. Lakonan hebatnya dalam naskhah hebat berkenaan melayakkan Sharifah Amani memenangi Pelakon Wanita Terbaik FFM ke-19.
Tidak pernah lupa akan jasa dan ilmu yang dicurahkan Allahyarham Yasmin Ahmad selama ini, isteri Ahmed Faris ini menitipkan rasa rindu dan penghargaan terhadap Pengarah Terbaik FFM Ke-22 berkenaan.
Memuat naik kenangan di samping Allahyarham, kongsi Sharifah Amani, “It’s crazy how time flies by, suddenly it’s 16 years without you. Kadang kadang important dates pun lupa but you’ll never be forgotten InsyaAllah.
I still meet people who love you and tell me stories about how you’ve impacted their lives, through your work or personally. I stand there and watch their faces go through all the emotions. Happiness, sadness, glee, nostalgia semua ada, semua bercampur aduk. Macam it’s the first time they’re feeling it. I relate wholeheartedly.
Gila how you still make so many people feel so much without even being here physically. We still remember the lessons you’ve taught us, we try our best to honour the intentions and may we be able to pass on your love to the next generation.”
Tambahnya lagi, “Mohsein dah satu tahun dah. Since he was born, I dreamt of you often. You’ve never visited my dreams before, tapi wujud je Mohsein kejap kejap you kunjung mimpi. Nak jumpa cucu lah tu. I wake up and before I can forget I write down those dreams. Maybe one day I’ll be able to share it with him.
Somedays I wish you were still here, others I’m glad you’re with the One that you love the most. You will always be in our prayers. May you be amongst the ones He loves the most. InsyaAllah.”
Allahyarham Yasmin Ahmad yang lahir pada 7 Januari 1958 meninggal dunia pada 25 Julai 2009 akibat pendarahan teruk di otak.
Antara karya hebat Allahyarham Yasmin ialah Talentime, Mukhsin, Muallaf dan Rabun.
Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Mohd Badiuzzaman atau lebih dikenali sebagai Ustazah Sharifah Khasif menjawab persoalan tentang KONFLIK RUMAH TANGGA
Soalan: Dalam sebuah perkahwinan, konflik itu adalah lumrah. Konflik adakalanya memberi hikmah kesedaran buat pasangan untuk menyedarkan mereka tentang kepincangan yang wujud dalam rumah tangga seterusnya dapat bermuhasabah diri demi mencari redha Ilahi dan kebahagiaan bersama. Namun kini ramai pasangan yang mudah tewas dengan ujian lantas mengambil keputusan yang di luar jangkaan. Apakah punca pencetus konflik dan pendekatan yang boleh diambil untuk mempertahankan kerukunan rumah tangga?
Jawapan: Perkahwinan ialah fitrah yang menyatukan dua jiwa ke arah pembentukan sebuah keluarga yang harmoni. Di dalamnya terdapat berbagai hak dan kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap pasangan. Justeru, perkahwinan mampu menjadi tempat berlindung dan berkongsi kesenangan serta kesusahan.
Banyak faktor tercetusnya konflik dalam rumah tangga. Antaranya ialah kelemahan dalam komunikasi. Komunikasi adalah satu kemestian dalam perkahwinan. Komunikasi yang harmoni menjadikan perkahwinan tersebut lebih bahagia dan saling memahami. Namun begitu, kealpaan dalam komunikasi menjadikan perkahwinan hambar dan tiada roh. Komunikasi yang lemah boleh membuatkan pasangan salah sangka terhadap sesuatu isu yang menyebabkan perbalahan yang berpanjangan. Jika tidak terkawal boleh mencetuskan perceraian.
Kurangnya pengetahuan tentang ilmu perkahwinan turut menjadi punca. Ramai pasangan yang berkahwin hanya kerana mereka ingin berkahwin. Mereka tidak pernah mempelajari ilmu perkahwinan bagi melahirkan perkahwinan yang bahagia. Ini menyebabkan pasangan tersebut tidak mengetahui bagaimana untuk mengendalikan konflik yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
Seterusnyaa ialah tidak memahami tanggungjawab dan peranan masing-masing. Ada pasangan yang berkahwin tetapi tidak mengetahui tanggungjawab mereka sebagai suami dan isteri. Mereka masih lagi mengamalkan cara hidup seperti masih bujang dan masih berfoya-foya dengan rakan-rakan tanpa memikirkan kehendak pasangan.
Antara pendekatan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan konflik dalam rumah tangga:-
HARGAI PASANGAN
Hargailah pasangan anda. Apa yang Allah SWT tetapkan untuk kita adalah yang terbaik buat kita. Jangan mencari-cari kelemahan pasangan. Bina keluarga dan cari jalan untuk sama-sama dalam melakukan amalan yang boleh mendekatkan diri dengan sang Pencipta.
SENTIASA BERSAMA
Bersama menjalani kehidupan berumahtangga walau dalam susah mahupun senang. Keraplah melakukan aktiviti seharian bersama seperti memasak dan mengemas rumah. Elakkan terlalu kerap dengan telefon bimbit sehingga pasangan depan mata pun diabaikan. Jika berkelapangan pergilah bercuti bagi menambahkan lagi kemesraan dan persefahaman.
TIDAK BERAHSIA
Jujur adalah segalanya dalam hubungan. Jangan suka berbohong. Katakan yang benar walaupun pahit kerana itu yang diajar oleh agama. Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan memendam perasaan contohnya tidak puas hati. Jujurlah demi kebahagiaan bersama serta saling mempercayai.
JANGAN MENYAKITI PASANGAN
Hormatilah pasangan dengan menjauhkan perkara yang menyakiti perasaannya. Jika pasangan tidak menyukai sesuatu yang anda lakukan dan perbuatan itu tidak berfaedah belajarlah untuk meninggalkannya demi kebahagiaan bersama. Apa pun, pengorbanan dari setiap sudut perlu ada dalam mencapai matlamat hidup untuk mencari redha Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan mengidamkan hubungan kekal hingga ke akhir hayat. Oleh sebab itulah, tolenrasi dan saling memahami perlu ada dalam diri setiap pasangan agar rasa cinta itu sentiasa ada. Pasangan perlu pelajari dan fahami diri pasangan terlebih dahulu dalam memastikan hubungan sentiasa terjaga.
Namun, pergaduhan sering terjadi dalam hubungan. Mungkin ia dianggap biasa tetapi jika ia terus dibiarkan, ia bole merosakkan rumah tangga sekaligus menyebabkan penceraian. Jom Pengantin kongsikan tip untuk mengekalkan rasa cinta antara pasangan hingga ke akhir hayat! Resepinya cukup mudah seperti berikut!
1. JADI PENDENGAR SETIA
Setiap kali sebelum tidur, apabila pasangan bercerita kisah di tempat kerja, cubalah dengar walaupun anda tidak faham apa yang cuba suami ceritakan. cuba selami isi hatinya dan cuba fahami apa yang dia ceritakan. Mungkin itu boleh meredakan masalahnya.
2. KOMUNIKASI
Apabila bercakap, jagalah pertuturan anda. Ada kala pertuturan anda biasa sahaja namun nada suara tinggi perlu dielakkan – Jaga percakapan jangan sampai menyinggung perasaan pasangan.
3. BERKONGSI PENGALAMAN
Ia bermaksud dengan menjadikan sebahagian perjalanan hidup pasangan sebagai pengalaman anda juga. Misalnya, mengenali rakan-rakan pasangan anda. Sesekali anda boleh melepak bersama rakan suami atau isteri sambil minum kopi. Hal ini dapat membantu anda untuk mengenali pasangan dengan lebih baik.
4. MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN
Anda perlu faham apa yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan. Jika anda tidak suka sekalipun, usah menghalang dia melakukan hobi itu. Cuba faham minatnya dan dia pasti cuba fahami minat anda.
5. JAGA HUBUNGAN INTIM
Bukan hanya untuk pasangan muda, pasangan berusia 40-an ke atas juga perlu mengambil barat akan hal ini. hubungan ini penting, kerana ia dapat meningkat ketenangan dan menaikkan perasaan cinta kepada pasangan masing-masing. – Apa yang penting ialah, anda perlu terus semai rasa cinta untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga hingga akhir hayat.
6. MEMBERI HADIAH
Ada pasangan yang tidak kisah mendapat hadiah atau tidak. Namun jika anda mendapat pasangan yang sudah biasa diberi hadiah tatkala tiba tarikh bermakna seperti itu, maka anda haruslah ambil berat perkara ini. Rasulullah juga menyatakan memberi hadiah kepada orang lain dapat menambah kasih sayang.
7. LAYANAN MESRA
Jangan serabutkan kepala pasangan anda dengan rumah bersepah, pinggan tidak dicuci atau rumput panjang dihalaman. Suami perlulah memberi kejutan dengan membantu isteri dalam menguruskan hal rumah. Luangkan masa hujung minggu mengemas rumah bersama-sama.
8. MEMUJI
Tidak semestinya diluahkan, cukup dengan hanya ciuman atau bahasa tubuh anda. Cuba tunjukkan tanda ‘bagus’ ketika isteri memakai pakaian baru. – Elakkan mengutuk tetapi lebihkan memuji isteri anda.
9. JAGA PENAMPILAN
Kepada suami isteri, jaga penampilan anda tidak hanya ketika mahu keluar rumah, dirumah juga sama. Supaya pasangan anda tidak jemu memandang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.