Himpunan Koleksi Raya MIMPI KITA, Sarat Elemen Tradisi & Elegan!

Bertemakan ‘Perayaan’, kali ini jenama terkenal Mimpi Kita mempersembahkan koleksi lebaran yang cukup mempersona untuk tahun 2018. Sempena ulangtahun ke-10, jenama terkenal ini membawa inspirasi merasai suasana perayaan lebaran dengan gelak-tawa dan gembira.

Tema dan inspirasi ini juga dipilih sempena perayaan dan tongak kecil dalam kehidupan seharian seperti ibu, saudara perempuan, persahabatan dan banyak lagi. Ia mengimbau kembali nostalgia dahulu kala sejak jenama ini mula ditubuhkan.

Tema perayaan diinterpretasikan melalui kombinasi warna asas pastel yang dipadankan dengan sentuhan warna-warna terang seperti fuchsia

, kuning dan turquoise. Namun, koleksi lebaran pada tahun ini masih mengekalkan potongan dan siluet ringkas seperti Kebaya, Kurung Kedah dan Kurung moden.

Selain itu, terdapat beberapa motif, reka bentuk dan siluet klasik yang diberi nafas baharu untuk koleksi lebaran 2018 yang pastinya relevan untuk digayakan pada masa kini. Koleksi ini menggabungkan signature rekaan jenama ini yang direka khas seperti Petra (geometri) dan Scilla (bunga) untuk koleksi ready-to-wear

untuk menghasilkan gaya feminin dengan pemilihan fabrik lembut dan yang lebih flowy.
IKLAN
Share