
Bertemakan ‘Perayaan’, kali ini jenama terkenal Mimpi Kita mempersembahkan koleksi lebaran yang cukup mempersona untuk tahun 2018. Sempena ulangtahun ke-10, jenama terkenal ini membawa inspirasi merasai suasana perayaan lebaran dengan gelak-tawa dan gembira.
Tema dan inspirasi ini juga dipilih sempena perayaan dan tongak kecil dalam kehidupan seharian seperti ibu, saudara perempuan, persahabatan dan banyak lagi. Ia mengimbau kembali nostalgia dahulu kala sejak jenama ini mula ditubuhkan.
Tema perayaan diinterpretasikan melalui kombinasi warna asas pastel yang dipadankan dengan sentuhan warna-warna terang seperti fuchsia, kuning dan turquoise. Namun, koleksi lebaran pada tahun ini masih mengekalkan potongan dan siluet ringkas seperti Kebaya, Kurung Kedah dan Kurung moden.
Selain itu, terdapat beberapa motif, reka bentuk dan siluet klasik yang diberi nafas baharu untuk koleksi lebaran 2018 yang pastinya relevan untuk digayakan pada masa kini. Koleksi ini menggabungkan signature rekaan jenama ini yang direka khas seperti Petra (geometri) dan Scilla (bunga) untuk koleksi ready-to-wear untuk menghasilkan gaya feminin dengan pemilihan fabrik lembut dan yang lebih flowy.
Jadi Pilihan Termasuk Wan Azizah, Beg Tangan Songket Buatan Tangan SITI NOOR MISRO Terus Jadi Kegilaan VVIP!

Klasik dan eksklusif serta pada harga patut, namun beg tangan buatan Siti Noor Misro tetap menjadi pilihan isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Masakan tidak, tas tangan terbabit diperbuat daripada fabrik songket yang jarang diketengahkan oleh pereka tempatan lain, sementara gandingan corak abstrak serta bunga pada fabrik dengan kombinasi warna pastel (pucat) dan terang menjadikan hasil tangan usahawan berusia 50 tahun itu tampak mewah.
“Saya memang minat menjahit kerana menerusi kegiatan itu saya boleh serlahkan kreativiti. Pada masa sama, saya juga suka produk buatan tangan.
“Apabila saya melihat video cara membuat beg tangan di YouTube, terdetik di hati saya untuk mencuba,” katanya ketika dihubungi di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan.
Kini, selepas lebih 11 tahun berkecimpung dalam bidang itu, Siti Nor berbangga dengan jenama Ct N Honey yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat tas tangan unik termasuk orang kenamaan.
HANYA BELAJAR SENDIRI
Mengimbas semula pembabitan beliau dalam kerjaya itu, Siti Noor berkata beliau mula menghasilkan beg tangan pada 2012 namun hanya berani menjual produk yang dihasilkannya secara dalam talian pada pertengahan 2013.
“Pada ketika itu saya gunakan pelbagai material seperti kain kapas, linen, kanvas dan kulit sintetik. Reka bentuk juga sangat ringkas dengan kebanyakan beg tangan tersebut saya buat ikut tempahan dan cita rasa pelanggan,” kata ibu kepada enam orang anak tersebut.
Melihat sambutan yang menggalakkan, Siti Noor membangunkan laman web untuk memasarkan beg tangan buatan beliau dan juga barangan jahitan untuk mereka yang ingin menghasilkan sendiri tas tangan.
Walaupun tidak mendapat sebarang pendidikan formal dalam bidang jahitan dan hanya belajar sendiri menerusi pelbagai video dalam YouTube, ternyata kerja tangan Siti Nor begitu menyerlah sehingga berjaya menarik perhatian pembantu Dr Wan Azizah pada 2019.
Bercerita lanjut, wanita itu berkata beliau dihubungi oleh pegawai Dr Wan Azizah yang pada masa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri, memintanya menyediakan sebuah tas tangan daripada songket untuk dihadiahkan kepada isteri Presiden Turkiye Emine Erdogan yang dijadualkan datang ke Malaysia untuk menghadiri KL Summit 2019.
“Selepas mendengar tujuan tempahan itu, walaupun saya tidak pernah menggunakan fabrik songket, saya cuba sehabis baik untuk memenuhi tempahan Timbalan Perdana Menteri ketika itu,” ujar beliau.
Menurutnya, dari situlah bermula sejarah penggunaan songket dalam pembuatan tas tangan beliau.
KETENGAHKAN SONGKET
Katanya, selepas menerima tempahan sulung daripada Dr Wan Azizah, beliau memberanikan diri untuk memfokuskan pembuatan tas tangan daripada songket.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai serampang dua mata, iaitu mengetengahkan beg tangan songket dan mempertahankan warisan songket yang semakin kurang digunakan oleh masyarakat umum.
“… hingga kini saya masih menerima tempahan beg tangan songket daripada beliau (Dr Wan Azizah), dan saya terharu kerana beliau mempercayai (akan kualiti) produk buatan tangan ini,” kongsi Siti Nor.
Menurut usahawan itu, pembuatan beg tangan menggunakan fabrik songket khususnya, bukanlah satu kerja yang mudah kerana memerlukan ketelitian, dan beliau mengambil masa hingga dua hari untuk menyiapkan sebuah beg ringkas.
“Penghasilan beg buatan tangan ini adalah proses yang mengambil masa yang lama dan penuh ketelitian. Proses pertama ialah pemilihan reka bentuk dan material, kemudian kita akan melekatkan pengeras bagi memastikan beg lebih kukuh.
“Mesin jahit khas digunakan bagi memastikan kemasan yang rapi,” jelas beliau, menambah tugas paling rumit ialah menghasilkan rangka beg kerana kerja menjahit bagi mencantum rangka dilakukan dengan tangan.
“Selalunya saya akan mengambil masa satu ke dua jam untuk menyiapkan jahitan tersebut,” katanya yang mendapatkan bekalan songket daripada usahawan tempatan.
Menurut beliau, bagi memberikan rasa eksklusif, setiap corak songket dihadkan kepada satu beg sahaja.
PERLUASKAN PASARAN
Siti Nor berkata buat masa ini beliau melakukan kerja berkenaan di rumahnya dan dibantu oleh beberapa rakan yang dikenali menerusi media sosial.
“Rakan-rakan saya akan membantu terutama jika tempahan banyak, dan mereka menyiapkan bahagian masing-masing di rumah mereka sebelum dihantar kepada saya untuk dipastikan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum dihantar kepada pelanggan,” katanya.
Selain beg tangan songket, Siti Noor turut menghasilkan pelbagai beg lain seperti sling bag, clutch dan tote, bergantung pada permintaan pelanggan.
Harga pula bergantung pada jenis beg, saiz dan material yang digunakan, iaitu dari serendah RM180 hingga RM400.
Tentang pasaran, beliau berkata selain platform dalam talian, produknya juga boleh didapati di sebuah butik di Pavilion Bukit Jalil.
“Saya juga akan menyertai pameran dan acara besar untuk berjumpa dan memperkenalkan jenama kepada lebih ramai orang termasuk acara yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia kerana produk saya turut dipromosikan menerusi laman web Kraftangan Malaysia,” katanya.
Menurut Siti Noor, beliau berasa puas setiap kali melihat pelanggan menggayakan beg tangan buatan beliau, lebih-lebih lagi jika dipadankan dengan baju kurung atau kebaya.
Sumber: BERNAMA | Gambar: FB Siti Noor Misro
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Ciri Rekaan Antarabangsa, Koleksi Musim Bunga 2023 TUMI Bakal Jadi Pilihan Eksekutif Muda!

TUMI, jenama antarabangsa terkemuka untuk kelengkapan perjalanan, gaya hidup, dan aksesori terus menggabungkan rekaan bertaraf dunia dengan inovasi terbaru dalam koleksi Musim Bunga 2023. Ia memperkenalkan penambahan baharu dalam Koleksi Alpha Bravo yang ikonik, Koleksi Voyageur yang laris, Koleksi Harrison yang ringkas dan minimalis, serta TUMI | Koleksi McLaren 60th Anniversary.
Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta pelbagai barangan mewah untuk eksekutif ke pejabat, perjalanan tatkala bercuti dan sebagainya yang memenuhi gaya hidup yang elegan dan sofitikated. Sehingga kini, ia mempunyai rangkaian di 75 negara di seluruh dunia.
Koleksi Alpha Bravo
Koleksi Alpha Bravo menjadi pilihan buat eksekutif muda kerana ia berpegang pada gaya dan daya tahan yang tiada tandingannya. Sesuai di gelar “pergi ke mana saja, lakukan apa saja”, produk utama dari musim ini meliputi Navigation Backpack, Platoon Sling, dan Compass Crossbody, yang sesuai untuk digunakan baik di ibukota mahupun mengembara.
Bravo terus menggunakan legasinya yang diinspirasi dari gaya military dengan koleksi capsule terbaru yang membayangkan ulang pelarian hebat bagi kaum modern yang nomaden. Terinspirasi oleh koneksi Australia yang mendalam dengan outdoor, capsule ini berfokus pada gaya fungsional yang digunakan untuk menjelajahi dunia liar di luar perbatasan kota kita. Seperti Expedition Backpack dengan gaya serbaguna yang terbuat dari bahan nilon ringan yang tahan lama dan digabungkan dengan bahan bahan yang berkelanjutan , tas ini cocok sepenuhnya untuk petualangan apa pun.
Koleksi ikonik Alpha Bravo masih mengekalkan ciri-ciri rugged dan tahan lasak. Ia mengetengahkan konsep “go anywhere, do anything”, ia meneruskan kesinambungan konsep gaya ala military yang nampak hebat dalam gaya moden.
Koleksi Voyageur
Koleksi ini amat popular di kalangan wanita yang inginkan gaya sofistikated dalam gabungan moden dan berkualiti. Koleksi tersebut memberi tumpuan terhadap fungsi yang dipertingkatkan dan membolehkan pengguna melakukan personalisasi terhadp tas mereka dengan penambahan aksesori perjalanan seperti Charm Pouch, Small Organizer, Modular Accessory Pouch, dan banyak lagi.
Untuk musim ini, ia mengetengahkan kepelbagaian jenis beg antaranya termasuklah Celina Backpack dan Valetta Tote (yang tersedia dalam beberapa ukuran), juga siluette trendy terkini yang menawan seperti Adelaide Hobo Crossbody dan Loha Slim Hip Bag.
Koleksi Harrison
Koleksi Harrison pula menampilkan imej yang minimalis. Setiap produknya menyediakan fungsi yang utama. Musim ini, termasuk William Backpack, Bradner Backpack, dan Osborn Roll Top Backpack merupakan solusi yang sempurna untuk penggunaan seharian yang ringkas dan ringan. Sementara itu, produk terlaris seperti Gregory Sling merupakan pilihan yang lebih moden untuk kategori sling wear.
Jangan STRESS Kerana Fesyen! Umi Sanusi Kongsi Tip Sentiasa Tampil Trendy

Kerjaya sebagai penata gaya bebas menjadikan wanita bernama Umi Salwa Binti Sanusi cukup arif dalam bidang fesyen. Lebih mesra disapa Umi, wanita yang berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur ini mula berjinak dalam bidang fesyen sejak 5 tahun yang lalu. Selain sibuk dengan kerjaya sebagai penata gaya, Umi juga merupakan perunding imej dan personal shopper untuk pelanggan wanita yang aktif dengan aktiviti harian. Sebagai penata gaya bebas, Umi sering menjadi pembantu penata gaya kepada stylist terkemuka termasuk Tym Fatimah, Ayie Ali ( Mr.Stailista) dan stylist untuk beberapa jenama tempatan.
DEFINISI FESYEN
Pada pendapat saya, fesyen adalah satu medium refleksi diri seseorang dimana seseorang itu dapat mengekspresi diri dalam nada tersendiri. Pemahaman serta konsepsi tentang pakaian dan fungsinya juga memainkan peranan yang cukup penting. Tiada batasan untuk berfesyen dan ia banyak mempengaruhi gaya hidup seseorang. Selain itu, pengaruh di media sosial yang membuatkan seseorang itu terikut-ikut. Apa yang boleh saya katakana disini, “you don’t have to be like other people to feel good about yourself”. Bergayalah tanpa mengikut orang lain dan mengikut kemampuan masing-masing.
TREND FESYEN WANITA MASA KINI
Untuk tahun ini, fesyen yang sedang hangat ialah motif cetakan floral ,plaid dan rona pastel yang boleh dilihat di pentas minggu fesyen antarabangsa. Trend ini juga boleh didapati dalam rekaan lebaran pada tahun ini. Selain itu, fesyen terkini yang menjadi ikutan wanita masa kini ialah penggayaan waist belt bag atau Fanny packs. Ia menjadi ikutan selepas selebriti terkenal antarabangsa seperti Bella Hadid dan Kendall Jenner mengayakannya. Ia bukan sahaja kerana trend atau stail, malah disebabkan ia sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
TAMPIL TRENDY, MODEN & BERGAYA
Gayakan aksesori dengan pemilihan busana yang sesuai dan tepat. Untuk tampil sempurna, pembawakan karakter seseorang itu sangat penting kerana apa pun stail yang dibawa, anda harus yakin dan berani untuk menggayakan ‘look’ tersebut. Sebagai contoh, saya suka mengayakan pakaian dan aksesori vintaj kerana ia juga boleh dipadankan dengan pakaian moden. Bagi saya blazer jaket adalah sentiasa menjadi pilihan untuk digayakan dengan apa-apa sahaja.
STAIL DAN PERKEMBANGAN FESYEN
Keselesaan sangat penting untuk penampilan tidak kiralah stail apa yang digayakan. Bila kita mengayakan sesuatu yang selesa, kita harus memastikan ia digayakan dengan cara yang betul dan kena dengan tempat dan waktu. Perkembangan dan arus fesyen sangat pantas hingga boleh membuatkan seseorang itu hilang ‘sense of style’, dimana seseorang itu tidak tahu gaya apa yang sesuai dengan mereka. Saya berpegang kepada kata-kata inspirasi designer Coco Chanel ‘Fashion comes and goes but style lasts forever.’
7 TIP TAMPIL TRENDY
- Memakai pakaian yang sesuai dengan majlis.
- Memakai pakaian yang sesuai dengan karakter anda.
- Yakin diri sangat penting tapi ia kena bermula dari dalaman juga. When you feel good, you look good.
- Berani mencuba untuk kelainan.
- Keselesaan itu sangat penting! Jangan pakai pakaian yang tidak selesa untuk ke majlis. Ia boleh membuatkan penampilan anda nampak kurang menarik.
FESYEN DAN LEBARAN
Fesyen untuk lebaran perlu lebih praktikal selari dengan konsep berhari raya. Rekaan juga penting namun keselesaan menggayakan busana juga perlu dititik beratkan. Baju tradisional melayu baju kurung, kebaya dan kebarung kembali menjadi tren lebaran pada tahun ini dengan gabungan klasik dan elemen-elemen moden seperti corak cetakan floral, sulaman dan renda. Ia menghidupkan kecantikan siluet tradisional yang sesuai untuk digayakan bukan sahaja pada hari lebaran ia juga sesuai digayakan ke majlis. Untuk kelihatan lebih elegan, gayakan busana dengan eksesori yang sesuai.