Tidak ada wanita yang ingin dipandang lebih tua daripada usia sebenar mereka. Maka tidak hairanlah jika ribuan wang ringgit dihabiskan oleh kaum hawa untuk membeli rangkaian produk baik penjagaan wajah mahupun kosmetik. Bagi mereka yang dikurniakan kulit muka yang sempurna dan awet muda, bertuahlah empunya badan kerana tidak perlu berusaha keras sebagaimana mereka yang kurang bernasib baik. Namun, jika wajah anda menampakkan usia yang sebenar, berhati-hatilah ketika merias wajah kerana bimbang hasil sentuhan solekan membuatkan anda 10 tahun lebih berusia.
Berikut merupakan antara kesalahan dalam menata rias wajah:
Kesalahan 1: Dandanan Terlalu Tebal
Solekan yang terlalu tebal menampakkan diri kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Sebaiknya ketika mengoles bedak asas, elakkan produk bercirikan ‘matte’, ‘velvet’ dan ‘tahan lama’ tetapi carilah produk yang formulanya lebih ringan. Selepas mengaplikasi bedak asas, tekan dengan span yang lembab di daerah wajah yang memiliki kedutan untuk menyerap bedak asas yang berlebihan. Kalau tidak mahu solekan tampak sangat tebal dan terlalu putih, kurangkan pemakaian base makeup. Pilih salah satu sama ada foundation atau concealer.
Kesalahan 2: Bedak Asas Terlalu Terang
Selain Sapuan bedak asas yang terlalu tebal, aplikasi warna bedak asas yang lebih pucat dari warna kulit asal juga akan menegaskan garis-garis halus di wajah. Apabila usia kian bertambah, pemilihan warna yang sedikit lebih gelap daripada warna kulit asal adalah disarankan meskipun anda berwajah cerah. Malah, kandungan bedak asas yang mampu memberikan efek kilauan pada wajah adalah lebih baik untuk menyerlahkan kulit wajah yang bersinar.
Kesalahan 3: Bahaya Eyeliner Dan Maskara Di Bawah Mata
Aplikasi penggaris mata di garisan bawah mata bukan sahaja membuatkan mata kelihatan lebih kecil malah menampakkan mata yang penat hasil efek lingkaran hitam yang terjadi. Begitu juga aplikasi maskara di bawah mata boleh membuat mata anda kelihatan rapuh di samping lingkaran hitam di bawah mata selain garisan halus dan kedutan pada sudut luar mata. Memadai jika anda memakai eyeliner dan maskara di bahagian atas mata sahaja. Garisan eyeliner yang dioles sebaiknya semakin menebal ketika mencapai sudut mata memandangkan daerah tersebut memiliki kecenderungan untuk kendur apabila usia kian bertambah.
Sementara olesan maskara pula seharusnya fokus pada bahagian bulu mata atas sahaja dari akar hingga ke hujung bulu mata. Harus ingat bulu mata cenderung untuk kering apabila umur semakin meningkat. Sekaligus menyebabkan maskara mudah bergumpal, lantas menitis pada wajah. Oleh itu, elakkan sapuan maskara yang tebal. Selain itu, jangan lupa untuk menyepit bulu mata agar mata kelihatan lebih besar, secara tidak langsung membuatkan anda kelihatan lebih muda.
Ads
Kesalahan 4: Membuat Bibir Tampak Lebih Tebal
Anda mungkin pernah mencuba teknik ini. Membuat garis tambahan di luar garis bibir akan membuatkan bibir tampak lebih tebal. Namun jika anda salah melakukannya, bibir akan tampak lebih janggal dan tidak semula jadi. Seeloknya jika anda ingin menggunakan pensil bibir, pilihlah warna yang sama atau satu tingkat lebih gelap daripada warna bibir anda.
Jika anda sudah pun menggunakan pensil bibir dan gincu, anda boleh menghaluskan garisan yang terdapat pada bibir dengan meratakan sapuan gincu tersebut. Manakala bagi mereka yang mempunyai bibir nipis, jangan sesekali membuat garis bibir di luar bibir kerana ia hanya akan menjadikan bibir tampak tebal.Cukuplah sekadar menggunakan pensil bibir pada garis asal dan sapukan pengilat bibir agar bibir kelihatan penuh.
Kesalahan 5: Kening “Sin Chan”
Ads
Kesilapan yang sering dilakukan apabila menggunakan pensil kening adalah membentuk kening terlalu tebal dan gelap hingga hilang rupa bentuk semula jadinya. Cara yang betul adalah sebelum menggunakan pensel kening, tandakan titik pada kening agar mudah untuk dilukis. Kemudian ratakan kening yang dilukis menggunakan berus. Sementara pemilihan warna pensel kening pula sebaiknya berasakan rona natural atau sama dengan warna rambut anda.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut saja nama Juhi Chawla pasti ramai peminat filem Bollywood terkenang wajah cantik aktres berkenaan. Sinonim sebagai heroin filem blockbuster di India dan sering digandingkan bersama barisan pelakon hebat seperti Shah Rukh Khan, Juhi Chawla nyata memiliki aura dan karisma tersendiri.
Meniti usia 56 tahun, gandingan mantap Juhi bersama Shah Rukh Khan dalam filem Yes Boss dan Duplicate misalnya masih diingati sampai ke hari ini.
Memiliki rupa paras menawan, Juhi Cahwla pernah dinobatkan sebagai Miss India 1984. Kini walaupun pelakon wanita tersebut sudah menjangkau usia 50an tetapi kecantikan dan keanggunan Juhi kekal memikat seperti ketika zaman kegemilangannya dahulu.
Juhi Chawla dilahirkan pada 13 November 1967 dan isteri kepada Jay Mehta iaitu usahawan berjaya India. Mereka berkahwin pada tahun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Jhanvi Mehta dan Arjun Mehta.
Juhi bertemu suaminya ketika diperkenal rakan yang juga pengarah Rakesh Roshan. Waktu itu Juhi sedang menjalani penggambaran filem Karobaar.
Kekal mempersona hingga ke hari ini, Juhi menerusi laporan media India mendedahkan dia mengambil minuman detoks demi menjaga kesihatan dalaman.
Kredit Instagram @iamjuhichawla / Juhi Chawla di samping suami, Jay Mehta (kanan)Kredit Instagram @iamjuhichawla / Di samping anak
Minuman detoks
Segelas air lemon yang dicampurkan dengan madu. Minuman ini amalan terbaik untuk detoks dan membantu dirinya meneruskan tugas seharian. Kombinasi lemon dan madu berkhasiat untuk membuang toksin dalam tubuh, menyingkirkan kotoran akibat pencemaran dan membersihkan dalaman tubuh.
Kesihatan Mata
Juhi Chawla begitu menjaga kesihatan kulit mata dengan sapu krim mata setiap malam secara konsisten. Krim mata ini membantu melembapkan kulit di sekitar daerah mata dan memberi keanjalan.
Selain itu Juhi Chawla menggunakan kentang dengan menghiris nipis dan biarkan seketika di dalam peti sejuk. Kemudian letak di atas mata selama 20 minit untuk menyegarkan kulit di sekitarnya.
Katanya, penjagaan kecantikan bermula dengan apa yang dimakan. Jika wanita mahu kekal cantik dan awet muda, kena bijak mengatur pola pemakanan. Amalan pemakanan Juhi Chawla ialah makanan yang dibakar dan direbus. Selain elak makanan bergoreng, pedas dan bergula.
Demi pastikan tidak dehidrasi, Juhi minum 8 gelas air sehari dan mengambil yogurt.
Sumber: femina.in
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bereksperimen dengan lipstik yang dioles atas bibir, daripada mainan rona garang seperti oren sehingga natural dan lembut menciptakan keindahan.
Lipstik pink akan kembali bersinar pada tahun ini. Bibir pinkish yang meronai di bibir akan mencipta penampilan segar dan ceria dalam masa yang sama mempertegaskan tampilan natural.
Tekstur lipstik juga akan berubah trendnya pada tahun ini. Jika beberapa tahun lalu lipstik matte menguasai pasaran lipstik dan menjadi pilihan wanita seantero dunia, tapi tahun ini akan beralih kepada lipstik glossy.Yes, lip gloss is back!
LA Splash Lipstick
Make Up For Ever Artist LiquidStila Star Studded
Permainan lipstik glossy dengan pigmentasi warna masih bermain dengan rona natural seperti nude, pink dan peach. Jelas penampilan segar yang ditonjolkan oleh lipstik glossy bakal menguasai penampilan tahun ini. Hamizatul Maizan Mohamed
Wujudkan solekan fresh look dengan langkah demi langkah ini.
Langkah 1: Sebelum menyapu bibir dengan lipstik, sapu dengan pelembap bibir.
Langkah 2: Lukis bibir dengan pensel bibir bagi membentuk bibir yang dikehendaki.
NARSYSL
Langkah 3: Sapu lipstik glossy mengikut bentuk yang telah dilukis tadi.
Langkah 4: Untuk kesan lebih natural, kemaskan hujung bibir dengan sapuan berus yang lembut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, NONA ada melaporkan personaliti media sosial dan pelakon Syifa Melvin sah bergelar isteri kepada pemain pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya 28 November lepas. Tahniah diucapkan!
Dalam pada itu, selain dari majlis penyatuan kedua-dua pasangan sama cantik sama sama padan ini turut mendapat perhatian adalah busana pengantin yang disarung Syifa pada hari bahagianya. Syifa kelihatan manis dan anggun menyarung persalinan khas hasil sentuhan magis pereka fesyen terkenal AMAZÉ. Untuk pengetahuan, AMAZE pernah mereka busana pengantin buat selebriti tanah air yang lain seperti Adam Lee dan Sweet Qismina serta Syamel dan Ernie Zakrie.
Menerusi perkongsian di Instagram, AMAZÉ berkongsi tentang rekaan gaun moden yang direkanya iitu. Digayakan dengan cape, persalinan yang tampak mewah namun masih mengekalkan ciri sopan dan berlitup itu ini sememangnya menarik perhatian para wanita kerana ia turut diserikan lagi dengan lingkaran permata daripada Swarovski.
“Memukau pandangan dalam rona perang ‘sand’, dalam balutan renda sarat manikam abstrak juga lingkaran permata Swarovski. Layah penuh biasan permata melengkapi gaya mempelai ini,” kongsinya lagi.
Wakil AMAZÉ turut menambah, pihaknya juga amat teruja apabila dapat bekerjasama dengan barisan ‘glam team’ berpengalaman yang bertungkus lumus menjadikan penampilan Syifa pada malam tersebut sangat luar biasa. “Glam team’nya juga bukan biasa-biasa. Rias wajah ala Timur Tengah kombinasi sentuhan @bellahudd dan @iansham, dan begaan hijab berseni oleh @_ekajamaludin.
Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Safawi atau nama sebenarnya Muhammad Safawi Rasid juga menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan. NONA mendoakan semoga ikatan dibina kekal ke Jannah.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.