Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah!

Sejuk perut ibu mengandung! Beruntungnya Datin Zuraida Sheikh Ahmad dikurniakan anak lelaki yang baik dan menghargai ibu tersayang. Walau sudah berkeluarga dan berstatus VIP, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar tetap cari peluang untuk membahagiakan ratu hatinya.

Apatah lagi, Datin Zuraida merupakan ibu tunggal yang kehilangan suami tercinta pada tahun 2012.

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Pergi Umrah Dengan Ibu

Menerusi perkongsian di media sosial, angkasawan negara ini memaklumkan dia dan ibu berangkat ke Tanah Suci baru-baru ini bagi menunaikan ibadah umrah.

Kongsi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, “Umrah with ibu. Ibu termimpi-mimpi Kaabah. Luahkan hasrat nak pergi. Anak-anak semua sibuk. Decided to take her there. Just me and mom.

Just a short trip. 4 hari di Mekah, 3 hari di Madinah. Melepaskan rindu Rumah Allah. InsyaAllah semoga dipermudahkan Ya Rabb.”

Dalam perkongsian itu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar turut berhasrat untuk membawa seluruh keluarganya ke Tanah Suci kelak dan mendoakan semua yang mengikuti perkembangan dirinya.

Menerusi video yang dikongsikan juga kelihatan suami Datin Dr Halina ini tenang mengerjakan ibadah di samping insan kesayangannya itu.

“Kali ini umrah with ibu. Umur 81 tahun. Pimpin tangan, belai tangan, tatih ibu. Sebagaimana ibu buat kat kita sewaktu kecil. Allahuakbar.

Ibu adalah segala-galanya. Ada sebab kenapa ‘Syurga di bawah tapak kaki ibu’. Disebut 3 kali, ibu ibu ibu. Barulah ayah. Hargailah ibu. They are everything

,” tulisnya.

Datin Zuraida Ratu Hati Dato’ Dr Sheikh Muszaphar

Sebelum ini, sekitar tahun 2018 Dato’ Dr Sheikh Muszaphar pernah membawa Datin Zuraida bersama-sama ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan haji.

Bapa Dato’ Dr Sheikh Muszaphar iaitu Allahyarham Dato’ Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor meninggal dunia pada September 2012.

Tahun ini usia perkahwinan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina bakal injak 16 tahun.

Artikel https://www.nona.my/kasih-seorang-ayah-baru-balik-sea-games-sheikh-muszaphar-hantar-anak-ikuti-program-di-oxford-university/

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, pasangan kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, sepasang kembar lagi Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia serta zuriat bongsu mereka, Sheikh Muhammad.

Share
Published by
Suzi