Cantiknya anak gadis Datuk Afdlin Shauki! Berusia 23 tahun, Mia Sara Shauki yang merupakan anak sulung kepada pelakon komedi dan penerbit popular ini rupa-rupanya mengikut jejak langkah ayahanda tersayang dalam dunia seni.
Selain berbakat besar dalam bidang lakonan, Mia Sara juga ada bakat menyanyi. Memang jelas terbukti darah seni dan bakat Datuk Afdlin ‘mengalir’ dalam diri gadis cantik ini. Bak kata pepatah, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.’
Ads
Menurut pengarah filem Papadom dan personaliti televisyen yang sudah berkecimpung dalam industri seni tanah air selama bertahun-tahun ini mengakui dia agak keberatan jika ada di antara anak-anaknya memilih kerjaya seni seperti beliau.
“Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri seni.
Namun apa yang saya lihat sekarang, anak-anak saya dah mula menunjukkan minat dalam bidang seni. Salah seorangnya meminati muzik, seorang lagi sudah mula berlakon sementara anak yang bongsu pula sangat tertarik dengan muzik K-Pop.”
Ads
Buat pertama kalinya, Datuk Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom Disney Wizards of Warna Talk yang bersiaran di saluran Disney kira-kira dua tahun lalu. Mia Sara merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College.
Bergelar anak sulung daripada tiga beradik, Mia Sara mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin. Melihat minat mendalam Mia terhadap dunia seni tidak mustahil suatu hari nanti dia mampu menjadi pelakon berjaya dan versatil seperti Datuk Afdlin Shauki.
Ads
Apatah lagi, dengan usia masih muda dan statusnya sebagai anak selebriti… ia menjadi ‘bonus’ buat Mia Sara untuk mempelajari selok-belok dunia seni daripada bapa tersayang.
Kredit foto: Instagram Mia Sara & Afdlin Shauki
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun sudah lebih dua minggu meniti tahun baru namun kenangan 2017 masih segar bermain di ingatan. Sebagai majalah yang mengetengahkan inspirasi dan kejayaan wanita di Malaysia khususnya, Nona berbangga kerana naskhah yang telah menembusi pasaran lebih tiga dekad ini tetap menjadi rujukan sampai sekarang.
Bercerita tentang kegemilangan Nona sekitar tahun lalu, selain kejayaan edisi Nona VIP yang menampilkan lebih 30 figura berjaya dan terkenal negara pada Disember 2017, satu lagi edisi yang mencipta sejarah tersendiri adalah menerusi isu Romantis keluaran Februari 2017. Percaturan untuk menggandingkan hero dan heroin popular drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP) sebagai cover story waktu itu nyata pilihan yang sangat tepat.
Satu-satunya majalah yang berjaya menampilkan Fattah Amin dan Neelofa sebagai penghias muka depan, penangan watak juruterbang kacak iaitu Ejaz Fakhri dan pasangannya Warda Erina melakar fenomena luar biasa. Bukan saja dalam industri lakonan bahkan gandingan mereka berdua turut membuatkan edisi tersebut laris di pasaran sehingga terpaksa dicetak sekali lagi atas sambutan yang cukup memberangsangkan.
Bertitik-tolak daripada SHMP juga gelaran LOFATTAH diberikan kepada mereka berdua kerana keserasian yang terbina di antara Neelofa dan Fattah. Kesan mutu lakonan yang hebat di antara kedua-duanya, ramai yang menjadikan mereka sebagai ikon. Pendek kata, apa saja perbuatan, pemakaian dan bidang yang diceburi Neelofa dan Fattah menjadi ikutan peminat.
Baru sehari berada di pasaran naskhah eksklusif ini sudah sold out di kebanyakan kedai-kedai buku. Tidak cukup dengan itu, meja editorial Nona turut dihujani dengan beratus-ratus panggilan telefon daripada peminat yang mahu memiliki edisi tersebut. Itu belum lagi yang menghantar pesanan emel, mesej melalui Facebook dan Instagram serta sanggup datang ke Karangkraf semata-mata untuk membeli Nona Februari 2017. Memang laku keraslah orang kata!
Memandangkan sambutan hangat yang diterima dan demi memenuhi permintaan peminat yang mahu bertemu dua selebriti popular berkenaan, Nona buat julung kalinya mengadakan sesi Meet & Greet bersama Neelofa dan Fattah Amin. Seawal jam 7 pagi lagi, sudah ada peminat yang berbaris mengambil nombor giliran dan alhamdulillah sesi ini berjalan dengan jayanya.
Jika diimbas kembali detik pertemuan ketika penggambaran cover story ini berlangsung, baik Fattah mahupun Neelofa kedua-duanya sangat profesional ketika berada di set. Telah pun membina keserasian sepanjang melakonkan watak Ejaz dan Warda dalam SHMP, team Nona mengakui tidak sukar untuk ‘menangkap’momen dan memotretkan wajah mereka untuk dijadikan penghias muka depan. Tidak keterlaluan kalau kami katakan, sesi photo shoot bersama Neelofa dan Fattah ini antara yang paling menyenangkan sepanjang tahun 2017.
Setahun berlalu, kedua-dua selebriti pujaan ramai ini sudah pun memiliki empayar niaga sendiri dan ligat merencana masa depan di dalam mahupun luar negara. Neelofa misalnya selain aktif memasarkan produk Naelofar Hijab, wajahnya turut menghiasi kempen promosi sebagai duta dan jurucakap untuk Oppo, Lancome, Swarovski, Perbadanan Putrajaya, Bank Rakyat, program Transformasi Nasional 2050 (TN50), Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan macam-macam lagi. Malah kejayaannya terpilih sebagai Forbes List 30 Under 30 Asia 2017 dan perlantikan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia merupakan pencapaian yang begitu membanggakan.
Tidak kurang juga Fattah Amin yang bukan hanya pemilik Stalker Cafe dan Expendables Gym by Fattah Amin, sebaliknya dia turut bergelar duta bagi produk OPPO, Oli Candy, Far8 by Altelia Amani, Safi Men, Maydan dan banyak lagi. Di samping berjaya meraih kejayaan cemerlang dalam karier, keputusan jejaka berusia 28 tahun ini berkahwin dengan selebriti cantik, Nur Fazura Sharifuddin hujung November lalu pastinya menjadi kenangan termanis dan bermakna bagi Fattah sebelum menutup lembaran tahun 2017!
Terima kasih dan tahniah Fattah dan Neelofa kerana mencipta fenomena luar biasa dalam industri seni tanah air serta memberi inspirasi buat seluruh masyarakat. #moveon
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta memaklumkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana disahkan positif Covid-19.
Menurut Che Ta, Aaisyah dijangkiti virus tersebut pada ulang tahun kelahirannya yang ke-8 tahun iaitu pada 1 November 2022.
Berkongsi di Instagramnya, Che Ta meluahkan perasaan sayunya apabia melihat keadaan Aaisyah yang terbaring lemah akibat wabak tersebut.
“Hari ini hari jadi puteri Aaisyah Dhia Rana tetapi kesian sayang Mummy kena Covid-19.”
Namun begitu, Che Ta telah berjanji kepada puteri kesayangannya itu untuk mengadakan sambutan hari jadi secara besar-besaran apabila Aaisyah sihat kelak.
“Dah sihat nanti kita sambut all out ye sayang. Kita buat dekat Lantera Venue tau.”
Para pengikut serta rakan-rakan artis mendoakan kesembuhan serta menitipkan ucapan hari jadi buat Aaisyah.
Semoga Aaisyah Dhia Rana cepat sembuh dan kembali ceria. Tak sabar nak tunggu momen sambutan birthday besar-besaran tu nanti.
Kredit Foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana & Rozita Che Wan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama botol air terkemuka, BROS, telah menceriakan tahun baru dengan pelancaran koleksi inovatif mereka, VASO iaitu siri botol kaca dengan 12 rekaan unik.
Sesuai untuk para pengguna yang gemarkan rekaan kontemporari dan material yang berbeza, VASO merupakan pilihan utama untuk terus kekal hidrat sepanjang masa. Koleksi VASO mempunyai rekaan sleek serta fungsi estetik telah menambah sentuhan yang mempesona dan menjadi pilihan penuh citarasa untuk para pengguna.
Sentiasa komited dalam menghasilkan botol yang mesra alam, boleh dikitar serta diguna semula, koleksi terbaru ini boleh didapati dalam 6 tema menarik – BROS CLASSIC, DAILY WISDOM,FAIRYTALES, MERMAID FANTASY, COOL CRITTERS dan SOOTHING FLORA. Setiaptema hadir dengan dua rekaan yang cukup mengujakan.
Telah diuji dan selamat untuk digunakan, koleksi terbaru VASO ini 100% bebas Bisphenol-A (BPA) kerana ia diperbuat daripada kaca borosilikat, bahan yang diklasifikasikan sebagai Generally Regarded as Safe (GRAS) oleh US Food and Drug Administration (FDA) berkaitan dengan makanan dan minuman. Sama seperti semua produk BROS, botol kaca VASO telah melalui ujian makmal yang ketat dan mematuhi piawaian FDA.
Botol kaca terbaru ini juga tahan kalis daripada bahan kimia dan haba sehingga 95°C serta tahan lebih lama berbanding jenis kaca yang lain. Untuk menghindari daripada risiko melecur, anda tidak digalakkan untuk mengisi air yang terlalu panas, ataupun anda juga boleh menggunakan beg botol BROS untuk memegangnya.
Botol kaca VASO boleh didapati dalam tiga saiz – 400ml, 550ml dan 630ml di semua gedung, pusat membeli-belah dan pasar raya besar di seluruh negara serta menerusi atas talian. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.