Imbau Momen Indah Bergelar Isteri, Usia Perkahwinan Sasha Saidin & Suami Cecah 6 Tahun!

Pejam celik, usia perkahwinan Sasha Saidin dan suami tercinta sudah pun menjangkau usia enam tahun. Sepanjang melayari alam rumah tangga, kedua-duanya matang menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan cukup menjaga privasi.

Artikel https://www.nona.my/genervie-kam-belajar-rendahkan-ego-dalam-perkahwinan-akui-bahagia-tolak-ansur-9-tahun-jadi-isteri-hazama/

Sasha Saidin Rai Anniversary

Tanggal 20 Januari saban tahun pastinya menjadi detik terindah buat Sasha dan Sirhan kerana ia merupakan tarikh keramat mereka disatukan sebagai suami isteri.

Bersempena ulang tahun perkahwinan baru-baru ini, penyanyi kumpulan Elite berkenaan mengimbau momen istimewa hari perkahwinan di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Sasha kelihatan anggun berseri-seri dalam persalinan indah rona putih lengkap bersanggul sambil ditemani ibunda tersayang di pelaminan.

Tidak kurangnya juga Sirhan Wahab yang tampil segak berbaju Melayu rona sedondon putih.

Mengamati foto-foto itu, jelas terserlah wajah awet muda kakak kepada pelakon kacak Zain Saidin tersebut.

Mana tidaknya, 20 Disember 2025 Sasha Saidin genap berusia 49 tahun. Meskipun menghampiri umur 50 tahun tapi figura ini pandai jaga diri dan nampak lebih muda daripada usia sebenar.

Amalan Kecantikan Sasha Saidin

Sasha kini menetap di Dubai kerana mengikuti suami bertugas di sana. Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu, ibu kepada Adam Arya ini berkongsi amalan kecantikan.

“Rutin tak banyak mana cuma kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.

Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.

Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. Tapi sekarang ia kelebihan buat saya lebih-lebih lagi bila makin tambah usia.”

Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin berkahwin dengan Sirhan Wahab pada 20 Januari 2020.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Sasha dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Adam Aryasenna Notosoemarsono.

 

Share
Published by
Suzi