Fesyen

Indahnya, Interpretasi ‘The Bread Winner’ FIZI WOO! Macam Nak Miliki Semua

Fizi Woo terus menghasilkan karya eksentrik untuk lebaran 2018 dengan koleksi yang diberi nama ‘The Bread Winner’. Mengambil penetapan era pra Revolusi Perancis sekitar tahun 1780-an. Koleksi ‘The Bread Winner’ diilhamkan oleh bagaimana kekurangan makanan iaitu roti di kalangan golongan miskin dan kelas menengah Perancis yang telah mencetuskan pemberontakan yang dimulakan oleh sekumpulan wanita terhadap Raja Perancis sekaligus mencetuskan Revolusi Perancis pada tahun 1789.

Diilhamkan oleh pemberdayaan wanita pada zaman itu, koleksi Woo / Fiziwoo Aidilfitri 2018 juga memberi tumpuan kepada golongan wanita moden pada masa kini dengan sentuhan klasik melalui penekanan siluet klasik, mempertahankan tradisi Melayu dengan pemotongan tepat kurung panjang. Selaian itu aksen peplum asimetri, lengan lonceng dan juga elemen folding yang menjadi signature jenama ini dapat dilihat pada koleksi kali ini yang disesuaikan dengan gaya ready-to-wear. Selain itu, penggunaan fabrik tenun Poly-blend yang digunakan bagi mencetuskan kelainan hadir bersama percikan rona anggun antaranya Pastel Dusty Pink, Sky Blue, Powder Lilac, hijau olive, merah hati dan juga hitam.

Jom kita lihat koleksi anggun dari jenama terkenal ini!

IKLAN
Share